Monday, November 3, 2014

Menghormati untuk Dihormati

 Lebaran, masa untuk memaafkan dan meleraikan dendam
Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google

Salam penuh keceriaan.

Hari yang mendung tapi suasana keceriaan terpancar di mana-mana tatkala saya melangkah kaki keluar dari rumah. Sambil melambai anak kecil bersama Abah di atas motosikal, saya tersenyum.

Tiba di tempat kerja, debaran bertambah dek anak didik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Saya berdoa Allah permudahkan segalanya.

Topik hari ini berkenaan menghormati. Dihari yang indah ini, agak 'malang' saya bertemu seseorang yang kurang berhemah dalam percakapan dengan saya seawal pagi. Astaghfirullah, cepat saya tersedar. Allah sedang menguji saya.

Saya set minda, 'hidup saya, fikiran saya, saya yang kuasai (dengan izinNya jua), bukan orang lain'. Ini salah satu kata-kata yang saya dengar daripada program-program Prof. Dr. Muhaya serta yang saya baca daripada buku The Secret, Rhonda Byrne.

Jadi, Alhamdulillah saya kembali tenang. Saya terfikir, satu bait dalam lagu Scorpion,'what you give you get back', atau 'life is like a boomerang' atau 'kindness reciprocate'. Kata-kata yang merumuskan kepada, hidup ini adalah satu pusingan. Setiap yang kita buat akan kembali kepada kita.

Saya tanamkan kata-kata ini di dalam diri, 'Perlu menghormati untuk dihormati'. Andai sesuatu berlaku diluar dugaan kita, ingatlah Allah sedang menguji kita. Muhasabahlah diri kerana datangnya ujian bersebab. Mungkin Allah ingin menyedarkan kita tentang sesuatu.

Sekian, jom bersangka baik dalam hidup kita dan pada masa yang sama beringat supaya kita sentiasa dilindungiNya daripada daripada apa-apa yang boleh memudaratkan kita. Amin.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment