Friday, December 12, 2014

Teknik menjawab Section C Reading Comprehension

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Salam semua.

Adik-adik yang akan ke tingkatan 4 dan 5 tahun hadapan, sudah bersediakah fizikal dan mental untuk mengorbankan masa 'marathon' belajar? Set minda adik-adik dari sekarang kerana, matlamat yang jelas akan lebih memudahkan pembelajaran adik-adik seawal hari pertama persekolahan!

Jom lihat apakah tip-tip berguna untuk panduan adik-adik bagi memahami dan menjawab Section C bagi soalan Reading Comprehension.

Pertama: Baca dan fahami kehendak soalan mengikut 'paragraph'.

Kedua: Baca 'paragraph' yang dinyatakan pada soalan. Terus cari jawapan. Kata kunci ada dalam soalan yang ditanya. Buat begitu sehingga soalan 30.

Ketiga: Bagi soalan terakhir no. 31, soalan biasanya berkisar pendapat atau 'opinion'. Lazimnya jawapan adalah daripada calon sendiri dan tidak terdapat pada teks yang diberi. Namun, calon dibolehkan mengambil isi daripada teks dan diolah semula mengikut kehendak soalan.

Peringatan: 

Bermula tahun 2016, kertas Bahasa Inggeris SPM 1119 adalah wajib lulus. Jadi para pelajar harus bersedia awal dengan banyakkan membaca sendiri banyak bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Sumber utama yang sangat membantu dalam penguasaan bahasa ini bagi para pelajar antaranya adalah:

#1 Surat khabar The Star
#2 Majalah Reader's Digest
#3 Majalah Just English

Ingin saya ingatkan di sini juga, mulai tahun ini, elemen-elemen soalan berbentuk HOTS (Higher Order Thinking Skills) semakin banyak diterapkan di dalam kertas Bahasa Inggeris 1119 SPM. Namun, jangan panik kerana soalan-soalan sebegini bagus sebenarnya kerana ia membuatkan para pelajar lebih berfikir secara kritikal. Cuma ia amat membantu hanya sekiranya adik-adik banyak membaca. Jangan hanya harapkan apa yang diberi guru di dalam kelas kerana kekangan masa adik-adik berada di sekolah membataskan jumlah teks yang boleh adik-adik baca.

Sementara menunggu cuti sekolah yang masih berbaki lebih kurang hampir 3 minggu ini, adik-adik boleh ajak ibu bapa mengunjungi perpustakaan sekitar tempat tinggal untuk menambahkan ilmu dengan membaca. Ingat, kejayaan adik-adik menguasai sesuatu pelajaran adalah 95% usaha dan sikap adik-adik terhadap pembelajaran dan 5% daripada guru adik-adik.Jadi, fikir-fikirkanlah ya!

Moga jumpa lagi. Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment