Thursday, March 19, 2015

Big Bad Wolf "Penang Chapter"

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Salam. Gembira sungguh hari ini rasanya dapat 'tangkap' buku di 'serigala besar'. Hehe. Khyra yang paling suka nampaknya! Habis diborongnya kebanyakan apa yang terlintas di depan mata! Haha. Jenuh mama jadi Sirim /QC menapis mana yang perlu/tidak berapa perlu, yang sesuai/tidak berapa sesuai dibeli.

Owh Cik Khyra! Ada ketika senyum tatkala mama mengangguk mengiakan pilihan buku dicapainya. Adakala muka cemberut bila mama kata, "Yang tu tak sesuai la untuk Khyra."🙆. Namun, pilih punya pilih, tidak sedar hampir 3 jam lebih berlegar di ruang jualan buku Big Bad Wolf, aras 'ground', Penang Times Square.

Haha, tidak selancar itu setiap outing yang Cik K saya ini turut serta! Cabarannya, walau tidak banyak, sedikit tetap ada. Hehe. Masuk ke ruang jualan dalam tidak sampai 15 minit, "Mama,sakit perut la, ada toilet dak kat sini?". Owh! Mama tepuk kepala sambil tersenyum. Okey, itu adalah kes klasik setiap kali berkunjung ke mana-mana dengan si kecil ini.

Kemudian, selesai semuanya (setelah agak dalam setengah jam juga, haha!), mama memilih buku mama. Cik K mula membebel, "Cepatlah mama, tak payahla stop lama-lama dekat buku-buku tu, jomla le tempat buku kanak-kanak!" Ha, sudah mula. 😊. Troli raga kecil ditarik, ditolak, dipusing. Pendek kata, kalaulah bakul merah itu boleh bercakap, agaknya sudah merayu minta Panadol dek kepeningan. Hehe.

Saya tidak hanya berdua sebenarnya dengan Khyra, Shaliza juga ada menemani. Shaliza sahabat baik sejak kami sama-sama mengajar di SMK Haji Zainul Abidin sehingga tahun 2010, apabila saya berpindah ke Seberang Perai Utara. Namun, persahabatan kami kekal hingga kini. Agaknya sudah serasi dan masing-masing sudah boleh membaca fikiran satu sama lain. Jadi, komunikasi antara kami sangat berkesan saya kira. Terutamanya bab-bab membeli-belah atau window shopping sekali pun.😊.

Jadi, hari ini, walaupun cuaca panas terik, jalan raya agak sesak dengan kenderaan, orang ramai di sana-sini, kami bertiga amat gembira dengan hasil 'tangkapan' hari ini. (Saya dan Khyra sebenarnya yang shopping sakan!). Sehingga apabila keluar dari ruang jualan, Khyra sangat lapar! Ketika itulah saya amat sayangkan Marry Brown tiba-tiba. Terasa hendak beli kesemua set burger yang dijual. Haha. Mana tidaknya, Marry Brown telah 'menyelamatkan' saya dan Shaliza. Khyra sangat lapar, keluar sahaja, gerai Marry Brown 'menyapa mesra'! Set burger dan air cuma RM5! Syukur sangat. Jika tiada makanan ketika itu, agaknya macam manalah saya hendak mengendong si kecil yang sedang mengamuk kelaparan. Kena pula tempat parking boleh tahan jauhnya. Hehe.

Selesai satu bab. Sebenarnya saya dan Shaliza juga sangat lapar! Yelah, asyik memilih buku, mana hendak ingat benda lain, makan pun lupa! 🙆😊. Keluar dari Times Square, tayar Swift membelok ke arah Queensbay Mall. Saja hendak jalan-jalan kata Shaliza. Namun, yang paling penting sekarang, menuju satu tempat yang boleh solat, makan dan window shopping.

Fuh! Panjang pula catatan ringkas ini ye. Okey, saya patut berhenti di sini. Hendak sambung hunting next chapter pula ni.

Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment