Wednesday, March 25, 2015

Senang jadi guru.

Teks: Rozanah Zakaria

Senang jadi guru? Hmm, senang kata orang. Sebab? Sebab kata mereka:

Cikgu balik jam 3
Sabtu Ahad sudah tentu bercutinya
Malam-malam mana ada cikgu kerja?
Petang-petang cikgu boleh senang-lenang berehat.

Jumaat? Lagilah, jam 12.30 sudah keluar dari sekolah, siap boleh pergi shopping.

Cikgu, apa susahnya kerja mereka?
Masuk kelas keluar kelas.
Mengajarlah, apa susah?

Anak murid sekelas cuma 40 orang.
Apa susah? Kemudahan makmal, komputer, bukankah semua ada?

Hmm, mungkin juga betul kata mat saleh
"It's just the tip of the iceberg"
Apa yang orang lihat hanya di atas permukaan.

Apabila cikgu balik jam 3;
Solat, makan, tukar baju, ke sekolah pula untuk kelas tambahan, latihan sukan.

Sabtu Ahad? Bila ye kem pelajar dibuat?
"Oh! No! No! Mana boleh buat hari sekolah, ganggu masa belajar bukan?"
Perkhemahan Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Cikgu berkampung di sekolah.

Kelas tambahan? Tidak cukup masa kerana pelajar kurang faham.
Okey, tambah masa di hujung minggu.

Jumaat? Balik awal? Mungkin segelintir.
Kebanyakan? Petang akan kembali untuk siapkan kerja-kerja filing, dokumentasi, key in data pelajar, bla, bla, bla.

Cuma 40 dalam kelas.
Sekolah menengah pula, apa susahnya?
Masuk kelas, pelajar tidur dikejut.
Mula mengajar, terdengar suara mula bersembang.

Ditegur, akur. Senyap seketika. Menoleh menulis jawapan di white board, dengar bunyi sembang lagi. Tegur dan tegur lagi.

Kerja apa yang senang dalam dunia ini ye? Ada ke?

Bagaimana ibu bapa di rumah yang ada 10 anak?

Oh! Zaman sekarang tidak ramai, mungkin 4 orang?

"Oh! Mana sama, cikgu biasalah kalau kena ajar dan kena kawal 40 orang budak, itu kan kerja cikgu?"

Tapi, cikgu buat semua kerja. Bagilah apa sahaja.

Cikgu merungut? Alah, sekadar sesama sendiri di WhatsApp peribadi. Kata orang sekarang, "apa ada hal?". Selebihnya? Siapa mahu dengar?

"Sudahlah, pergi mengajar budak-budak di sekolah sampai pandai, tidak perlu komen banyak!"

Ini realiti.

Terkadang terlalu manis mengecapi kejayaan anak-anak didik.

Acapkali juga terluka dek anak didik.

Cakap mereka. Perbuatan mereka. Tingkah laku mereka. Riak wajah mereka.

Adakala hati seorang cikgu ini terguris. Namun, hati juga seringkali berkata, "mereka tu anak murid kau. Lupakanlah. Ini sudah jadi tanggungjawab kau mendidik."

I love educating!

Wassalam.



No comments:

Post a Comment