Sunday, September 20, 2015

Rossa Homestay

Teks: Rozanah Zakaria

Perkembangan homestay saya kini agak memberangsangkan. Alhamdulillah.

Homestay Rossa (Rossa) ini berada dalam satu taman yang sama dengan Homestay Zulaikha (Zulaikha).

Zulaikha di nombor 31, lorong 20; manakala Rossa di nombor 28, lorong 3.

Kemudahan di kedua-dua homestay semuanya sama. Bezanya hanya Rossa ada buaian di ruang tamu, di Zulaikha tiada. :). Kemudahan lain semuanya sama, cuma Zulaikha di lot tengah, manakala Rossa di lot hujung (end lot).

Keluasan rumah juga semuanya sama, letak perabot dan kedudukan tangga juga sama. Bezanya kedua-dua homestay ini adalah penataan lampu di ruang tamu.

Zulaikha lampu berjurai-jurai berkonsep moden; manakala Rossa, lampu ruang tamunya berkonsep sedikit Inggeris klasik.

Di kedua-dua homestay ini, saya letakkan rak buku di ruang tamu, manakala televisyen di tingkat atas.

Mahu kemudahan yang lain? Saya juga sediakan toto (atas permintaan) dan bantal extra (juga atas permintaan).

Lagi? Homestay saya berdua beradik ini berada di Taman Sungai Dua Utama, berdekatan Mee Pakngah Sungai Dua, Char Kue Teow Telur Dibasuh Sungai Dua, LA Tea Garden, Ida Mee Ketam Sungai Dua dan Lala Food Garden.

Setiap satunya mempunyai senarai memu yang berbeza mengikut citarasa para pelanggan yang berkunjung. Kiranya saya berani cakap, Sungai Dua ini memang 'food heaven'. Tak percaya? Datanglah sendiri! 😊

Mahu ke sini untuk makan-makan sahaja? Tiada masalah! Hubungi saya, kita boleh bersembang pasal makanan. 😊😊

Ana: 0124208212 (sms/whatsapp juga dialu-alukan)
Zul: 0124818212 (sama seperti di atas)

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment