Saturday, April 30, 2016

'Cipta' Masa Untuk Diri Kita

Teks: Rozanah Zakaria
Foto:  Rozanah Zakaria

Pernah 'plan' masa untuk diri sendiri tapi saat-saat akhir kita batalkan begitu saja?
Mulai hari ini, berhenti buat begitu!

Anda mahu jadi orang berjaya, bergaya, dan semua yang ada 'ya' di belakang?;)
Jadi, mula tetapkan masa untuk 'hanya diri sendiri', hari ini.

Jika anda menunggu masa, sampai bila-bila ia tidak akan tiba.
Jadi bagaimana?
'Cipta' masa, 'cari' masa untuk diri sendiri, lakukannya sekarang!

Dalam hidup ini, tiada yang mustahil jika anda ingin lakukan sesuatu, asalkan anda mahu dan jangan berhenti berusaha. Bak kata jiran orang putih semasa saya di universiti, 'Never stop, keep going, no matter how fast or slow your pace is!'

*Keterangan gambar:

Setelah seharian bermesyuarat, memandu balik dengan trafik yang tidak membantu langsung, siap saya terlajak keluar 'exit highway' arah yang salah, haha. Tetapi hidup kita adalah pilihan yang kita buat setiap hari, jadi mengapa mesti 'kalah' kepada keadaan yang kita tidak boleh ubah? (yelah, macam mana saya hendak ubah semua kereta supaya jalan tidak sesak, bukan?) Akhirnya sebelum sampai ke rumah, saya pilih untuk 'manjakan' kuku saya. Apa salahnya kan? Kenapa perlu tertekan? Perasaan kita,  kita yang tentukan, bukan?

No comments:

Post a Comment