Monday, July 4, 2016

Kita tak akan selamanya serupa

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

'Second-home' birthday bash: Jakarta

Pernah rasa kita selalu berbeza dengan orang lain? Selalu? Ha, itu tandanya kita ni orang biasa, ok?

Tak faham? Cuba beritahu kat sini, ada ke dua manusia serupa 100%? Kalau ada sila maklumkan ye. Kena buat kajian mendalam. Orang kembar seiras pun, sikap mereka mesti ada sedikit pebezaan kan?

Apa maksudnya tu?

Maksudnya kita ini semuanya berbeza, unik! Jadi, jangan sesekali merasakan (walau pun dalam alam realiti memang kita kadang-kadang selalu rasa begitu) yang kita ni sentiasa tidak seperti orang lain.

Aku pernah rasa begitu. Semasa di sekolah rendah aku rasa akulah paling pandai. Sentiasa dapat nombor satu dari darjah 1-5. Kemudian ke sekolah menengah. Di sini bermula perasaan bercampur-baur aku. Masuk ke sekolah yang semua pelajarnya terpilih, aku sentiasa merasakan aku ni sangat 'kerdil' (memang saiz kecil pun).

Tapi aku beruntung, walaupun ayah tidak kaya seperti ayah-ayah orang lain (salah satu hal yang aku selalu fikir semasa aku di sekolah menengah), ayah kaya ilmu.

Kata-kata hikmat ayah,

'biar badan kita kecil, tapi ingat, jiwa kita mesti sentiasa besar.'

Kau rasa itu 'mudah' atau 'simple', hanya kata-kata. Tapi bagi aku, perasaan rendah diri kerana saiz aku yang kecil, diubati dengan kata-kata itu. Sejak itu, aku lawan perasaan yang aku lemah kerana aku kecil. Aku mahu lakukan apa yang aku inginkan. Ya, biar aku kecil, aku tak boleh mengubah hakikat itu. Namun, sesuatu yang boleh aku ubah, aku mulai berfikir, jiwa yang besar tak akan pernah mengalah pada keadaan.

Aku 'bangkit' selepas itu, memcari kekuatan dengan menambahkan ilmu dari pembacaan. Apa sahaja bahan bacaan yang ada di perpustakaan, aku pasti 'sambar'!

Kini, aku gembira dengan diri aku. Kerana akhirnya aku tahu, semua manusia tidak sama, tetapi unik dengan cara masing-masing.

Tugas kita? Mencari sebanyak mungkin titik persamaan dalam diri kau, aku, dia dan mereka. Jadi, dunia ni akan penuh dengan warna hitam, putih dan warna-warna pelangi. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment