Thursday, July 14, 2016

Rendang ayam pertama

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Rendang ayam pertama yang aku buat sendiri, seumur hidup aku! Menjadi juga! Fuh! Mula jam 11 malam sampai jam 2 pagi. Akhirnya selesai juga.

Walaupun rupa rendang aku tidaklah seratus-peratus seperti rendang-rendang yang aku pernah lihat, tapi aku rasa aku berjaya.

Mana tidaknya, tak sabar-sabar aku hendak merasa rendang ayam hasil titik peluh aku, akhirnya tengah kuah menggelegak, dua tiga kali aku cedok ke dalam mangkuk kecil dan makan. Haha.

Pada aku, rasanya tidaklah pelik, jadi aku fikir memang menjadilah rendang aku ni. 😆😆.

Apa-apa pun, dalam hidup yang singkat ini, aku fikir kita tidak boleh terlalu mementingkan untuk menjadi 'ms perfect' atau sangat sempurna sehinggakan kita takut untuk melakukan kesalahan.

Jadi, apa lagi? Ada angan-angan yang belum direalisasikan?

Mulakan langkah pertama hari ini, percaya kata aku, pencapaian yang hebat bermula dengan langkah pertama.

Jom!

No comments:

Post a Comment