Saturday, October 7, 2017

28 days to SPM

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Hari ini tinggal 28 hari untuk SPM. Subjek apa anda study pagi ini?

Sesudah breakfast, sepatutnya hari anda dimulakan dengan mengulangkaji. Hendak keluar jalan-jalan? Apa salahnya, hari ni kan Ahad.☺️.

Tapi, sebelum keluar, apa kata ambil sedikit masa ulangkaji dulu?

Okey, katakan anda mula pada jam 9.15-10.15 untuk Bahasa Inggeris (untuk sejam, anda boleh ulangkaji section C, boleh buat soalan Reading Comprehension & Summary), kemudian rehat sebentar, minum milo atau sekadar melihat pemandangan ke luar jendela. 

Kemudian, jam 10.30-11.30 buat Matematik. Habis Matematik, bolehlah bersiap untuk keluar, kan?

Katakan anda keluar jam 12 tengahari. Plan masa anda sebaiknya. Ke mana hendak pergi, hendak beli apa? Atau hanya window shopping? Atau hendak berehat di taman? Katakan ada 2 tempat berdekatan anda ingin pergi, masa keseluruhan adalah 3 jam, bermakna 1 jam setengah untuk 1 tempat; jika anda sampai jam 12.30 tengahari, 3.30 anda sudah bersedia untuk balik. Sampai ke rumah jam 4, rehat dan solat asar. Jam 5 mungkin hendak menelek nota-nota kecil Sejarah yang anda telah buat sebulan yang lalu, sehingga jam 5.30 petang.

Ingat lagi saya ada sebut dalam entri yang lalu berkenaan pentingnya riadah? Okey, jam 5.30, tutup nota/buku. Kemudian salin pakaian untuk riadah. Anda boleh beriadah sehingga jam 7.

Kemudian balik ke rumah dan siap sedia untuk solat maghrib dan dinner. Setelah semuanya siap, selepas solat isya' (sekarang waktu isya' awal), jam 8.30 sudah boleh ulangkaji semula.

Katakan anda study Sejarah untuk setengah jam lagi, sehingga jam 9. Kemudian, rehat 15 minit, jam 9.15-10.15 mungkin buat latihan Sains pula. Rehat sebentar, jam 10.30-11.30 boleh pula buat latihan untuk Pendidikan Islam.

Now, masa untuk tidur! Jadi, berapa jam anda study hari ni? 5 jam jika dicampur dari pagi, kan? Siapa kata anda hanya perlu study dan 'tiada life' untuk benda-benda lain? Sempat lagi shopping dan beriadah bukan? That's great! 😍

Kesimpulannya: manage your time well and make sure you adhere to your schedule strictly. This way, you are living your life well and will be successful in your studies as well as in your life, in sha Allah. 😉😉

Get to work now!♥️



No comments:

Post a Comment