Friday, January 25, 2019

Mahu Kurangkan Kesan Negatif Penggunaan Gajet Terhadap Otak?

Teks: Rozanah Zakaria (Olahan idea daripada Dr Rizal Abu Bakar)
Sumber: Group Telegram 'Neuroversiti by Dr Rizal'

Jika anda tidak menggunakan gajet untuk kerja, agak mudah untuk mempraktikkan 'less screen time' ini bukan? Bagi dewasa penggunaan gajet kurang daripada 4 jam sehari adalah had yang masih boleh diterima.

Namun, jika anda menggunakan gajet sepenuhnya untuk kerja, bagaimana? Mustahil anda hanya mengadap skrin untuk 4 jam, bukan?

Menurut Dr Rizal Abu Bakar dalam 'youtube channel' beliau bertajuk 'Neurobics 101 Tips Untuk Otak oleh Dr Rizal Abu Bakar', anda boleh mempraktikkan kaedah yang akan diterangkan di bawah untuk mengembalikan potensi otak anda ke tahap asal.

Kaedahnya:
Bagi setiap 20 minit penggunaan skrin, berhenti sebentar, pandang jauh (anggaran jarak 20 meter), selama 20 saat. Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk menjaga kesihatan otak anda jika anda bekerja dengan gajet.

Jadi, apa pun situasi anda, pasti ada caranya untuk anda menjaga kesihatan otak dan memastikannya sentiasa berada pada tahap tertinggi untuk memanfaatkan hidup yang indah ini.

Selamat berhujung minggu!


No comments:

Post a Comment