Wednesday, November 26, 2014

Aku seorang guru



 

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Assalamualaikum.

Beberapa hari sebelum sekolah bercuti, saya sangat sibuk! Fuh, sampai ke hari ini setelah 4 hari mula bercuti, saya masih terkejar ke sana-sini! Haha, bukan mudah ye menjadi guru hari ini. :)

Kali ini catatan saya berkisar perjalanan saya sebagai 'teacher' atau 'lao shi' sebagaimana panggilan anak murid kepada saya.

Alkisahnya, beberapa hari sebelum bercuti - di tengah-tengah kesibukan saya terkejar-kejar menyelesaikan tugasan hujung tahun - saya terbaca satu mesej di Telegram sekolah bahawa terdapat acara memanah untuk para pelajar tingkatan 3 di padang sekolah. Kebetulan ketika itu, para pelajar telah selesai aktiviti memanah mereka. Jadi guru-guru yang berminat dan tiada kelas ketika itu dijemput mencuba aktiviti ini. Apa lagi, saya terus bergegas ke padang. Kebetulan pula hari itu saya ada kelas Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Jadi pakaian pun sudah sesuai, apa lagi yang ditunggu?

Saya sangat teruja memanah dengan tunjuk ajar Pak Lutfi, 'instructor' memanah. Walaupun saya adaalah seorang yang sangat suka mencuba apa sahaja perkara baru, ini adalah kali pertama dalam hidup, saya belajar memanah! Pengalaman yang tidak akan saya lupakan!

Pricsip saya, saya sangat percaya dengan mecari keseronokan dalam apa-apa yang saya laakukan. Kenapa? Kerana dalam hidup ini, bukan semua perkara yang kita suka dan inginkan, kita akan dapat. Ini adalah realiti! Jadi, bagaimana ingin hidup bahagia? Formulanya: suka apa yang kita terpaksa lakukan. In sha Allah, kita akan rasakan kebahagiaan itu milik kita dalam hidup yang sementara ini.

Selain itu, ingin saya tulis semula kata-kata yang saya 'jumpa' di Internet. "Bahagia tidak perlu dicari kerana kitalah yang sepatutnya mencipta bahagia. Kerana bahagia datang dari dalam diri, bukan ditagih dari sesiapa."

Jadi, dalam perjalanan hidup saya sebagai seorang pendidik, saya tidak pernah berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan. Jangan salah tafsir, bukan saya tidak mensyukuri apa yang saya ada. Tetapi, acapkali saya ingatkaan diri jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian diri agar saya sentiasa fikir bahawa, pada setiap masa, ada orang lain yang kebig bagus daripada saya. Jadi, dalam pengajaran, saya sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan kaedah dan mencari keseronokan dakam bidang yang amat dekat di hati saya ini.

Jom kita cari bahagia dalam diri tidak kira walau apa pekerjaan kita, walau apa yang kita lakukan. Ini kerana, "Happiness comes from within. Thus, it is to be created, not seek!"

Wassalam.

No comments:

Post a Comment