Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Koleksi Peribadi Rozanah Zakaria
Salam pembaca yang sentiasa tersenyum dan kelihatan menawan setiap hari. :)
Pejam celik, kita kini sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2014. Terasa masa begitu cepat berlalu. Angan-angan dan impian saya yang beribu-ribu itu masih dalam proses dilaksanakan. Alhamdulillah sudah banyak terlaksana hasil perancangan teliti. Saya berpandukan bahan bacaan seperti majalah Libur, bacaan dan carian di Internet, carian daripada tawaran-tawaran hebat daripada syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines System (MAS), AirAsia serta penerbangan Indonesia Garuda Airlines.
Menjelang Disember, fikiran saya sekarang ni sudah berangan-angan tinggi ke awan. Disamping tugas rasmi semasa cuti sekolah, saya perlu bijak membahagikan masa andai ingin bercuti bersama suami serta anak tersayang.
No#1: Passport
Pastikan passport anda sentiasa 'hidup' untuk mengelakkan kesesakan saat akhir serta memudahkan anda merebut pakej ternbaik serta murah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Tempoh tawaran hebat biasanya hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek.
No#2 Jadual Perjalanan
Buat jadual perjalanan atau itinerary anda sendiri. Suami saya selanuya akan jadi master mind merancang itinerary untuk percutian kami sekeluarga. Setiap orang akan memegang satu salinan, secara tidak langsung melancarkan perjalanan percutian anda.
No#3 Barangan Keperluan
Saya selalu percaya istilah 'travel light'. Maksudnya bawa hanya barang yang betul-betul perlu. Bagi percutian saya sama ada dalam atau luar negara, saya hanya membawa satu beg beroda serta satu beg galas (digalas suami). Meminimumkan jumlah beg akan memudahkan perjalanan anda terutama jika anda bercuti bersama anak kecil, seperti saya.
No#4 Tukaran Wang
Tukar wang secukupnya. Rancang perbelanjaan anda semasa percutian. Tidak kiralah jika anda hendak 'berbelanja sakan' atau 'berjimat', pilihan adalah hak anda. dengan merancang, anda boleh mengalakkan rasa terkilan sekiranya ingin membeli sesuatu tetapi tukaran wang telah habis. Tempat yang anda lawati tidak semestinya mempunyai kemudahan tukaran wang asing. Jadi, 'sediakan payung sebelum hujan'.
No#5 Tanda Kenangan
Jika anda gemar merakam keindahan tempat-tempat dilawati, pastikan membawa kamera yang lengkap dengan bateri tambahan serta charger. Atau jika anda gemar merakam detik indah menggunakan telefon bimbit, bawa international travel adapter dan power bank (lebih baik bawa lebih daripada 1 unit). Untuk kemudahan berinternet, pasrikan anda menggunakan kad sim tempatan tempat yang anda lawati (untuk prepaid) atau daftar roaming dengan syarikat telekomunikasi anda, kemudiannya aktifkannya ketika berada di luar negara. Cara ini bakal memberikan kemudahan serta caj yang berpatutan.
Bagi saya, ketika ke luar negara, saya dan suami gemar memilih kad sim tempatan kerana ianya lebih mudah dan murah. Tanya pemandu van/pelancong anda untuk pembelian kad sim tempatan.
Akhir kata. Slamat merancang percutian anda! Apa pun yang anda rancang, ingat matlamat anda adalah untuk berseronok serta menimba pengalaman baru melihat keindahan Bumi ciptaan Allah Yang Esa. Jadi, dengan perancangan bijak, anda boleh menjimatkan kewangan disamping mendapat pengalaman yang tidak ternilai.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment