Friday, December 12, 2014

Cerita Cinta Big Bad Wolf

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Big Bad Wolf 2014 facebook page

Salam semua.

Demam Big Bad Wolf di Selangor membuatkan saya tidak senang duduk. Haha. Memang sangat-sangat tidak senang! Benci saya sebab saya tidak berkesempatan hendak ke sana disebabkan kekangan tugas yang mendesak saya hanya 'berkisar' di sekitar Sungai Dua! Haha. Alangkah sadisnya, bukan? Jika anda tidak merasakan perasaan itu, cubalah bertanya sesiapa sahaja peminat atau fanatik buku, pasti kekecewaan yang saya sedang rasakan ini dikongsi bersama! 😊

Alkisah pengkisahan 'percintaan' saya dengan dunia Big Bad Wolf ini bermula tahun lalu. Itulah pertama kali saya sangat teruja hendak ke Penang Times Square kerana jualan diadakan di situ. Bayangkanlah sejak konpleka itu dibuka, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sana! Sebab? Keadaan trafik yang saya rasa 'berserabut' di bahagian pulau, ditambah dengan komen 'membina' suami saya bahawa kompleks itu pasti tidak akan memenuhi keinginan saya ber'shopping' sakan kerana suasana suram & masih tidak banyak kedai yang dibuka di dalam kompleks. Walaupun saya bukanlah selalu berbelanja sakan, tetapi untuk aktiviti terapi 'window shopping' saya, saya perlukan tempat yang agak meriah tetapi tidak terlaku sesak! Hehe. Suami sangat memahami saya dalam hal ini. Jadi mall ini bukan tempat pilihan saya. Jadi saya tidak ke sana kerana ia bukan di dalam senarai 'must visit' saya. Haha!

Berbalik kepada cerita serigala tadi. Pertama kali ke Penang Times Square, saya 'meredah' jalan sahaja kerana tidak tahu sebenarnya di mana letaknya kompleks ini. 😊. Kedengaran kelakar? Entah apalah di fikiran saya ketika itu?

Setibanya di Times Square, Alhamdulillah perkarangan letak kereta masih banyak yang kosong. Manakan tidak, saya telah merancang bersama sahabat baik, Shaliza untuk keluar awal. Kami sampai di sana jam 9 pagi. Masih awal dan masih tidak ramai pengunjung.

Masuk ke tempat jualan, wah, saya terkedu dan hampir hilang arah! Hendak pengsan pun iya juga rasanya ketika itu! Betapa luasnya tempat jualan, dengan buku-buku yang saya rasa hendak borong kesemuanya! Terus saya berazam dalam hati, tahun depan saya hendak bawa RM1000 untuk shopping buku di sini! 😃

Kami berjalan ke bahagian yang disukai masing-masing. Buku masakan, buku belajar bahasa, novel yang pelbagai, buku pengetahuan am, buku uji minda serta buku macam-macam buku lagi. Harga semuanya sangat-sangat betpatutan atau boleh dikatakan 'dirt cheap'!

Paling mengujakan adalah bahagian buku kanak-kanak! Pelbagai jenis buku 'hard cover' serta 'pop-up' (antara minat dan kegilaan anak dara kecil saya) yang comel, murah serta amat menarik hati. Sudahnya, lebih separuh wang yang saya bawa, saya belanjakan untuk buku si kecil saya! Geram melihat buku-buku berkualiti dengan harga yang amat murah!

Jadi, bagi ibu bapa, rancanglah lawatan ke Big Bad Wolf bersama anak-anak anda kerana, dari sini anda boleh menanamkan perasaan cinta buku dan cinta ilmu dalam diri anak-anak kita. Tambahan pula, fokus Big Bad Wolf adalah bagi buku berbahasa Inggeris. Jadi, dekatkan anak anda dengan bahasa ini sedari awal kerana dengan ini, mereka tidak akan berasa asing apabila mereka mula diperkenalkan di sekolah.

Paling penting, bincang dengan ahli keluarga had perbelanjaan setiap orang untuk membeli buku. Sedikit atau banyak peruntukan tidaka sepenting pengalaman yang amat bernilai kerana dapat memilih sendiri bahan bacaan yang disukai, dengan panduan ibu bapa.

Semoga saya dapat betul-betul bersabar dalam menahan diri menunggu ketibaan Big Bad Wolf 2015! Kali ini anak saya pasti akan saya bawa bersama!

Jom membaca! Wassalam.

No comments:

Post a Comment