Saturday, December 20, 2014

Senarai 20 perkara yang saya angankan dalam hidup

Teks: Rozanah Zakaria
Foto:Carian Google

www.challengefuture.org


Assalamualaikum.

Pernahkah anda berangan-angan dan mengimpikan sesuatu yang anda inginkan dalam hidup? Saya selalu berangan-angan pelbagai perkara. Seorang rakan baik saya selalu berkata, "Apa salahnya berangan-angan atau mempunyai impian tinggi, bukankah semua itu percuma?". Saya sangat bersetuju dengan rakan saya ini! Jom lihat apa impian yang ingin saya capai. Di sini saya senaraikan hanya 20 walaupun impian saya tidak terkira banyaknya! :)

1. Kafe butik untuk pakaian saiz 'petite'
2. Spa
3. Kereta Mini Cooper
4. Kereta Porsche Panamera terbaru di pasaran
5. Rumah agam di tepi laut lengkap dengan kolam renang
6. Menjadi blogger terkenal
7.Menjaga sendiri anak di rumah sambil menjadi WAHM
8. Menjana pendapatan RM50 000 sebulan
9. Mempunyai pembantu peribadi
10. Mengembara mengelilingi dunia
11. Mempunyai perpustakaan di rumah yang lengkap dan besar
12. Menjadi penulis novel dan buku kanak-kanak
13. Membaca 100 buku pelbagai genre setahun
14. Mempunyai 25 buah homestay
15. Membantu sebanyak mungkin sekolah agama persendirian/tahfiz
16. Menjalankan kelas 'art and craft' semasa cuti persekolahan
17. Menjadi 'tour guide' berlesen
18. Memasarkan koleksi shawl dan tudung bawal sendiri
19. Kereta Jaguar XJ
20. Kereta Aston Martin One-77

Oppss! Apabila menulis impian ke-20, saya sedar masih banyak impian yang berlegar di kepala saya. Haha! Tinggi impian saya bukan? Hmm, tidak mengapa kerana ini adalah angan-angan dan impian saya! Walaupun kereta Aston Martin model One-77 adalah antara yang termahal di dunia, betapa saya meningimpikan dapat memiliki kereta ini juga!

Apa pun, jom mimpi yang indah-indah dalam tidur kita malam ini. Moga dengan semangat baru, semua impian ini akan jadi kenyataan! Amin.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment