Teks: Teacher Rozanne
SPM tidak lama lagi bakal menjengah. Apa persediaan anda sebagai calon SPM? Setakat hari ini apa perasaan anda? Gelabah? Atau ada yang merasakan masa anda masih panjang sebelum menjelangnya hari keramat tersebut?
Apa pun yang anda rasai sekarang ini sebagai seorang yang bakal menghadapi peperiksaan besar ini, baca tips di bawah untuk persediaan subjek Bahasa Inggeris anda. Mudah-mudahan tips yang diberikan bakal merubah sedikit hala tuju anda ke arah melengkapkan lagi persediaan anda menghadapi SPM dengan 'senjata' yang ampuh. Jom lihat di bawah:
1) Ingat, komponen yang menyumbang markah terbanyak dalam kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 adalah 'writing'. Merangkumi: [Kertas 1] Directed Writing (35 markah), Continuous Writing (50 markah) & [Kertas 2] Summary (15 markah), Novel (15 markah). Jumlah keseluruhan adalah 74 peratus!
2) Jika masih lemah dalam 'writing', apa perlu dilakukan? Baca, baca & baca sebanyak mungkin 'sample essays', kemudian pilih 1 tajuk, simpan semua bahan rujukan tadi, dan tulislah dengan tekun, sambil mengingati sebanyak mungkin fakta-fakta yang telah dibaca tadi & masukkan dalam penulisan anda. Amaran: JANGAN SEKALI-KALI HAFAL DAN TULIS SEMULA TEKS YANG DIHAFAL! Tujuan anda membaca 'sample essays' adalah supaya anda mendapat idea bagi 'sentence structure' & percambahan idea untuk menulis mengikut tajuk yang diberikan. Menghafal dan menulis semula teks yang dihafal 'blindly' adalah amat berbahaya kerana anda mungkin tidak menjawab soalan yang dikemukakan. DO NOT EVER DO THAT PLEASE!
3) 'Bertarung' dengan diri sendiri. Pada masa-masa begini, jangan sesekali 'compare' diri anda dengan rakan yang lain. Ini boleh menyebabkan tekanan anda menjadi semakin hebat. So, do not put unnecessary pressure on yourselves. Ikut 'pace' sendiri tapi mesti konsisten & bersemangat tinggi kerana masa tidak menunggu anda!
4) Latih diri menjawab setiap bahagian dalam kertas peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan. Paling baik jika anda boleh kurangkan 5 minit bagi setiap bahagian, supaya anda boleh gunakan baki masa tersebut bagi memeriksa semula jawapan anda, andai ada yang anda cuai semasa menjawab tadi.
5) Jaga kesihatan diri. makan makanan berkhasiat, tinggalkan 'junk food', sekurang-kurangnya untuk ketika ini sehingga selesai peperiksaan. Pastikan rehat secukupnya dan buat jadual aktiviti seharian anda, jangan lupa masukkan riadah atau senaman dalam jadual anda. Ingat, minda yang cerdas datang dari badan yang sihat.
5) Akhir sekali, walau apa pun perasaan anda ketika ini, ingat bahawa Tuhan sentiasa mendengar dan tahu apa yang anda buat. Jadi, selain usaha tanpa henti, jangan berhenti berdoa.
Selamat maju jaya!
Teacher Rozanne