Showing posts with label Catatan harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan harian. Show all posts

Tuesday, June 2, 2020

Leisure Time

Text: Rozanah Zakaria

I used too think I really need extra time for me to really enjoy it with my family. With this MCO enforcement, I was suddenly shocked at the ample time I have, that I wasted most of it with lack of planning. Days gone without me accomplishing anything extra. They were just like any ordinary ones before. Then, I started to think, ‘I shouldn’t let everything drift by without me reaping any benefits of it.’ Then, I plan. Though not too rigid, doing some mental image of what my next day would be, work wonders. So, I start doing that every other day. My life starts to change.

Happy staying at home everyone!

Regards,
Teacher Rozanne

Leisure Time

Text: Rozanah Zakaria

I used too think I really need extra time for me to really enjoy it with my family. With this MCO enforcement, I was suddenly shocked at the ample time I have, that I wasted most of it with lack of planning. Days gone without me accomplishing anything extra. They were just like any ordinary ones before. Then, I started to think, ‘I shouldn’t let everything drift by without me reaping any benefits of it.’ Then, I plan. Though not too rigid, doing some mental image of what my next day would be, work wonders. So, I start doing that every other day. My life starts to change.

Happy staying at home everyone!

Regards,
Teacher Rozanne

Tuesday, March 31, 2020

Kelas Online Teacher Rozanne

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
with beloved kids 

Musim Covid-19 ini, selain kebanyakan orang risaukan tentang kesihatan diri dan keluarga masing-masing, percayalah cikgu macam aku tetap risaukan pembelajaran anak-anak didikku yang terjejas dek limitation face-to-face learning.

Dengan capaian Internet yang langsung tidak membantu, angan-angan untuk laksanakan kelas MUET Speaking menggunakan aplikasi Zoom terbantut! Kecewa sungguh aku!

Namun, aku beritahu anak-anak didik, kelas mesti kita teruskn walau dalam sedikit kepayahan. Dengan hanya bersandarkan kepercayaan sepenuhnya kepada penggunaan aplikasi WhatsApp, alhamdulillah berjaya juga hari ini kelas ke-5 aku laksanakan. Fuh! Thanks to my students too, their determnation really touches my heart!

Kini, masih berbaki 14 hari sebelum tamatnya perintah kawalan pergerakan ini. Harapnya dapatlah aku bersua muka kembali dengan anak-anak murid bagi menyampaikan ilmu kepada mereka.

Sehingg itu, aku harap aku masih boleh bertahan dengan amaran daripada telefon yang 'mengatakan' screen time aku semakin meningkat saban minggu! Apa nak buat, tak banyak pilihan yang aku ada, itu pun, aku gunakan aplikasi WhatsApp Web apabila berinteraksi atau memeriksa hasil kerja serta menjawab soalan anak-anak didik.

Semoga ada sinar di hujung jalan untuk kita semua keluar daripada wabak ini! Jom doa!

Bye!
Regards,
Teacher Rozanne

Tuesday, February 11, 2020

Syukur selalu


Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Syukur selalu kerna kita tak tahu bahagian mana rahmat Allah akan menyinari hati kita.


Thursday, January 31, 2019

Parking

Teks: Rozanah Zakaria

Rules for parking:

1) Park in the designated area
2) Park inside the parking lot
3) Be considerate when you need to park behind others' car(s), ie shift your gear to Neutral and leave your phone number (can put under your wiper or display on the dashboard so it can be seen) to be contacted.
4) Never! Never! Never park in front of someone's gate! Whatever the reason may be. For god sake, go find a space for your car! Surely walking a little bit far won't do you any harm! *sigh*
5) Park your car responsibly, as you never know, your blocking a car might cause fatal as someone is denied a rush and immediate attention at the hospital for any emergency, simply because of ONE INCONSIDERATE 'parker' (if I may say so)!

Last note, always be considerate. Life doesn't just revolve around YOU alone!

Happy parking! ;)

Live to ease not burden

Text: Rozanah Zakaria

Live to ease, not to burden! Easier said than done. Most times, people are comfortable, or may I say, TOO COMFORTABLE in blaming-game rather than seeking for solutions. It is undeniable that there's quite a number of us who always think positively and look at problems as opportunities to help ease others' burdens instead of making them worse; however, I could say that our daily encounter is these people who love the finger-pointing game the most!

Let's us live our life to the fullest, in the sense that we always seek to understand, rather than always hoping to be understood!

Happy blessed Thursday!

Regards,
Teacher Rozanne

Thursday, January 3, 2019

Beban Guru Kurang 2019?

Teks: Rozanah Zakaria

Saya membaca lembaran kata-kata Menteri Pendidikan dalam suratkhabar The Star online. Hmm, I really hope it will REALLY materialise throughout this blessed 2019. Really hoping so as we teachers have been hoping for this for, like, forever?

Jika Malaysia mahu menjadi negara maju, institusi pendidikan mestilah kukuh dahulu. Untuk mengukuhkannya, guru-guru dan para pelajar haruslah diberi peluang untuk achieve their full potential by not giving them unnecessary workload that will disrupt their focus in reaching their full potentials.

Well, that's just my two cents, let's wait, pray and see what will happen in the coming 362 days. 

Happy new year!

Happy New Year!

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Happy New Year 2019, selamat tahun baru! semoga semua bersemangat menyambut tahun baru 2019 ini. Jom tanamkan azam untuk lebih berjaya pada tahun ini berbanding tahun-tahun yang lalu.

Jom set azam yang attainable dan realistic ones, ok? Set azam yang kecil-kecil untuk kita capai setiap hari, kerana a small step a day will get you to the big ones!

Apa pun azam anda, jom mula sekarang!

Selamat maju jaya semua! ;)

Thursday, November 29, 2018

Cuti sekolah

Teks: Teacher Rozanne

Cuti sekolah sudah bermula sejak 24 November yang lalu.

Apa yang anda ibu bapa, rancangkan untuk anak-anak bagi memenuhi ruang cuti mereka selama lebih kurang sebulan ini?

Sebaiknya kita sebagai ibu bapa libatkan anak-anak semasa merancang apa sahaja aktiviti untuk seisi keluarga. Percaya atau tidak, apabila anak-anak dilibatkan dan diberi sedikit autonomi untuk merangka aktiviti seharian mereka, kita tidak akan dapat menjangka daya imaginasi mereka yang kadangkala melebihi apa yang kita fikir mereka mampu.

Sebagai contoh, jika anak anda yang berumur dalam lingkungan 8-11 tahun mengutarakan keinginan mereka untuk membina aplikasi bagi telefon bimbit atau aplikasi permainan, apa kata anda cari di mana anak anda boleh belajar ilmu yang berkaitan. Saya kira, ini adalah lebih baik daripada kita yang menetapkan kesemua aktiviti tanpa mengambil kira pandangan mereka, bukan?

Ini hanyalah salah satu contoh yang saya ambil daripada adik saya yang meraikan pendapat dan minat anak-anaknya lalu mendorong mereka dengan tindakan yang positif serta proaktif sebegini. Apa pun minat anak anda, selagi ia sesuatu yang bermanfaat dan baik, saya fikir, tidak salah kita hormati minat mereka itu dan beri dorongan kepada mereka dalam kapasiti yang kita mampu.

Apa pun, jom sama-sama kita ambil peluang cuti sekolah yang panjang ini, untuk lebih 'mengenali' anak-anak kita. Walaupun kebanyakan dari kita bekerja dan tidak bercuti panjang seperti anak-anak, mengambil peluang untuk meluangkan lebih masa dengan anak-anak di waktu mereka bercuti pasti sangat dihargai mereka. Percayalah, apabila anak-anak rasa dihargai, tugas kita sebagai ibu dan ayah akan menjadi bertambah ringan kerana apabila anak-anak merasakan ibubapa sentiasa peka dengan keperluan mereka, mereka akan lebih mudah mendengar kata kita sebagai ibu bapa, kerana mereka rasa dihargai.

Selamat bercuti bersama keluarga!
Enjoy your holidays!

Regards,
Teacher Rozanne

Monday, June 4, 2018

What Do You Do While Waiting

Text: Rozanah Zakaria
Photo: Rozanah Zakaria








There are definitely numerous things you can do to occupy your time beneficially while waiting at the post office, hospital or airport.

You can:
- read
- write blog posts
- draw
- write the synopsis to a new book

Etc.

Most importantly, never do nothing while waiting as your time is precious more than all golds worth in  your life coz you can always find more golds but time wasted is irreplacable.

Till then, bye.


Friday, April 13, 2018

MUET life begins

Text: Rozanah Zakaria
Photo: Rozanah Zakaria


How’s MUET’s life? So asked a friend of mine. I shrugged and sighed. Looking at her as if it’s a trouble I couldn’t even spell, what more to construct sentences to describe it. Nope! Don’t get me wrong, that was the start of it. I guess it was the transition period to my ‘new life’. It seemed like the doors are all closed in front of me, for all its components, not even a strike of light, I could think of, at least for that moment.

Right, enough babbling, let’s talk of NOW. I am happy with this new venture in life, thinking of that my attitude which is always open to welcome new experiences; I am grateful for the decision made. Yep, truly grateful!

I love teaching MUET! That’s the only exact phrase to it. I find it enlightening and enriching, leading me to ‘new’ discovery in my quest for knowledge in life.

To put it briefly, saying YES to uncertain opportunities does present you with more, usually with ones you never expected to cross your path. Though it comes with a condition: always willing to learn, from anyone at all.

That’s all, till next thing on MUET.

Daaaa!

Regards,
Teacher Rozanne

Tuesday, December 12, 2017

Sedar

Teks: Rozanah Zakaria

Hari ini aku sedar.
Betapa kuasa fikir itu melangkaui batasan hati.
Betapa kuasa fikir itu bakal mendamai atau sebaliknya.
Betapa semua kejadian sudah ditentukan hikmahnya; hanya tinggal kita mencorak damai.

Aku mohon kekhilafanku dipadam, 
Aku tahu tiada mungkin kuundur waktu.

Cuma aku mahu kau tahu. 
Di sudut hati ini, kau masih sahabatku.
Sampai bila-bila.

~Nukilan subuh~

Belajar dari kesilapan

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Kita semua lakukan kesilapan.
Kau, aku, dia dan mereka.
Semua pasti ada buat silap.

Lantas, mengapa sukar benar kau mahu lafazkan kemaafan?
Mengapa kau pilih kesumat itu untuk kau genggam?
Mengapa kau pilih hitam itu dari putih yang menenangkan?

Kerna tatkala itu, kau hanya nampak titik hitam itu padaku.
Sudah tidak bermakna kanvas putih yang melatari titik kerdil itu.
Apakan daya, andai itu mahumu.
Aku bukan siapa-siapa mahu mengubah fikirmu.

Namun, kupinta secebis rasa, andai kau pernah sedar bahawa aku pernah disitu.
Aku pernah singgah walau sebentar di laluan hidupmu.
Aku pernah bermakna di sudut kecil dirimu.
Andai kau masih ingat itu.

Aku yakin, suatu hari Tuhan bakal tunjukkan kita,
bahawa suatu detik kehidupan itu,
antara kau dan aku,
tidak pernah Dia hadirkan untuk kita sia-sia.

Aku percaya itu.

Sampai saat itu, ketahui aku sentiasa maafkan kamu.
Dan kupinta kau ada sedikit rasa memaafkan aku.
Walau di hati kecil aku masih tertanya apa khilafku.
Aku percaya Tuhan tahu segalanya,
dan kau akan tahu jua andai Dia izinkan ukhuwwah kita ini berkekalan ke JannahNya.

Namun, andai takdir itu terhenti di sini,
aku mahu kau tahu,
aku tak pernah ada dendam atau keliru tentang dirimu.

Walau hanya hitam dan kelabu yang mereka cerca tentangmu,
aku tetap nampak yang putih itu dihatimu.

Semoga Tuhan sentiasa memberkatimu, kawanku.

Sunday, April 2, 2017

Life is about moving on

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Stay where you heart is.


Hidup perlukan perubahan untuk kita terus ke hadapan.
Perubahan mendadak atau 'slow motion' bak kata orang sekarang, terpulang.
Hidup masing-masing, kita sendiri tahu diri kita.

So, what are you waiting for?
Do it now!
Life's too short to keep waiting!

:)

Adios!

Wednesday, February 15, 2017

Never judge

Text: Anonymous
Adapted by: Rozanah Zakaria

I seldom read a very long message especially in any whatsApp @ Telegram group, except that it was of official matter.

But this one caught my attention that I feel the urge to share it with you, my friends.

~A 24-year old boy looking out through a train's window shouted, "Dad, look, "the trees are going behind; they are moving very fast" his Dad simply stared at him with so much joy and smiled!

A young couple seated nearby looked at the 24-year old and thought to themselves, he's so grown up but so childish, he must have a mental disorder for his father not to be bothered.

Suddenly the young man exclaimed again; Dad, look, "the clouds are running with us"

The couple could not resist and said to the old man, "why don't you take your son to a good doctor may be a psychiatrist?"

The old man smiled and said:
"I just did. We are just coming from a doctor but not a psychiatrist ; we are just coming from the hospital."

"My son was blind from birth. He just got his sight today for the very first time, his behavior may seem stupid to you, it's more than a miracle to me."

The young couple just sat down there, lost for words with a mixture of tears and shame in their eyes.

Everybody on earth has a story;

don't judge people so fast or jump into conclusion about their private affairs;

you don't know where they are coming from or what they have to deal with.

The truth behind their story might surprise you.

Take it easy with others, even if you have a perfect life.

Let us keep working towards the good of all."

Source: Anonymous

~This story inspired me.
I hope you are inspired too.~

#iamrozanne
#reflectinglife
#neverjudge

Diaclaimer: this is a story I randomly picked from one of my whatsApp group, it is a shared story, it's nit even my own writing. If you are the owner of this beautiful recount, do contact me so I can acknowledge your awesomely inspiring story. 😍

Friday, December 23, 2016

Holiday!

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

   Waktu makan adalah yang terpenting    
        untuk merapatkan ukhuwwah.

Holiday bukan semata-mata berseronok.
Ianya lebih dari itu.

Itulah waktu kita beramah mesra dengan adik-beradik.
Itulah masa kita beri tumpuan pada anak-anak.
Itulah masa untuk kita 'cover' masa untuk ibu bapa.
Itulah masa kita 'mencari' semula diri kita, yang mungkin 'hilang'.

Itulah masanya.

Hargai masa kita bersama ahli keluarga.
In sha Allah, urusan lain akan dipermudahkan Allah.

Syaratnya: jangan berhenti berusaha dan berharap. 
🌈🌈🌈

Wednesday, December 21, 2016

Indahkah hidupmu?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Hidup selalunya lebih indah dari yang engkau sangkakan!

Pagi yang indah, langit sudah cerah.
Kicauan burung menggamit nostalgia.

Aku?

Masih duduk berteleku, menelek jelapang ilmu di telapak tangan.

Arghh!
Ayuh bingkas!

Hidup kau bukan hanya menelek skrin!
Makna hidup lebih luas di luar sana;
dengan rumput menghijau,
dengan tupai berlarian lewat kabel di depan rumah.

Maka,
bingkas aku, menuju satu hakiki hidup;
yang kemudinya hanya pada jemariku.

Selamat bermusafir di alam realiti.



Monday, December 19, 2016

2017 tahun yang membosankan?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Nikmati saat-saat indah hidup anda.

Tahun baru bakal menjengah tidak berapa lama lagi. Pejam-celik, pejam-celik, sudah hampir ke penghujung 2016.

Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2017, perjuangan anda seharusnya sudah memasuki fasa 'full-gear'! Apa maksudnya, ya?

Maksudnya masa untuk anda membelek telefon bimbit (kecuali membaca nota peperiksaan atau yang berkaitan pembelajaran), masa untuk menonton drama bersiri kesukaan setiap hari, masa untuk melepak di pasaraya dan macam-macam lagi, semuanya harus dihentikan seketika ye!

Maksudnya, susun jadual harian anda dengan bijak sebelum sesi persekolahan bermula. Gunakan sebaiknya masa lebih kurang 10 bulan akan datang ini, untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persediaan peperiksaan anda.

Bagi yang tinggal di asrama, anda amat beruntung!

Kenapa?

Kerana jadual anda telah ditetapkan dari seawal bangun pagi, hinggalah apa yang anda akan lakukan di asrama sepanjang hujung minggu. Jadi, manfaatkan setiap slot yang telah disusun untuk anda.

Maksudnya, hidup mesti membosankan tahun hadapan, bukan?

Ops! Jangan salah faham!
Hidup mesti diteruskan seperti biasa, mungkin juga akan jadi lebih menarik! Siapa tahu? Kerana dengan perancangan rapi, anda masih boleh mengikuti keluarga pergi bercuti? Menarik bukan? Apa yang saya maksudkan di atas adalah hanya kebiasaan yang kurang bermanfaat sahaja yang patut diubah atau dibuang terus! Bagi yang lain-lain, semuanya seperti biasa. ☺️

Jadi, sudah mula membaca novel Sing to The Dawn, Captain Nobody atau Dear Mr Kilmer? Sepatutnya sebelum 31 Disember ini, anda sudah habis menelaah novel yang berkenaan, sekali! Apabila sesi persekolahan bermula, baca lagi sehingga anda dapat 'feel' cerita tersebut, mungkin 4 atau 5 kali, mungkin 10 kali? Terpulang kepada anda.

Kalau belum, anda ada 12 hari lagi! Usahalah membaca sehingga habis novel ini ye!

Selamat tahun baru 2017!!

Thursday, November 10, 2016

Toto dan kasut.


Lepas kerja, jalan-jalan cari toto (comforter dalam bahasa utara).
Selepas beli toto, rasa macam hendak makan pula.

Aku menjenguk kedai bihun sup dan moi sup, tak buka pula hari ini.
Sudah terbayang-bayang air gelas besar, hampir sebesar jag kecil di rumah aku.
Aku telan liur. Kecewa.

Aku pusing kiri kanan, ternampak kedai kasut.
Tidak pernah pula aku masuk kedai ini.
Menjenguk ke kedai kasut, ternampak pulak kedai menjual laksa, bihun sup dan mee kuah.
Ish! Sedapnya.

Aku menjenguk di bahagiaan belakang, mata meliar mencari tempat untuk duduk, penuh!
Terbayang pulak aku sedang makan laksa. Haish!
Last-last aku beli nugget sahaja. Teramat lapar, perut berkeroncong minta diisi. 

Sambil menjinjing plastik nugget, aku ke kedai kasut tadi.

Teringat pada Cik K yang rajin ke kelas KAFA, dengan selipar pink yang sudah makin kelabu pinknya.
Banyak kasut kanak-kanak di sini.

Aku meninjau sekitar dalam kedai.
Ingat hendak menjamu mata sahaja, akhirnya nampak selipar pink comel.
Tengok harga, tidaklah mahal sangat.
Aku ambil sepasang, kuhulur pada adik penjaga kedai.

Sambil berdiri di kaunter bayaran, mata aku melilau melihat sekeliling.
Tiba-tiba ternampak pula 1 kotak besar kasut atas lantai.

Aku tanya adik si penjaga kedai,
'kasut tu buat apa, juai ka?'

'Ha, juai murah kak. Kasut tu ada kuning-kuning sikit. Elok lagi, jenama tu mahal-mahal tu, kualiti pun elok', jawabnya ramah.

Aku terus ke kotak kasut.
Aku belek.

'Berapa satu ni dik?'
'Pat blas ja kak'
'Mai kira ada berapa pasang? Nak ambik semua'

Sambil adik tu mengira kasut, aku duduk di kerusi.
Aku minta izin hendak duduk sambil makan, teramat lapar!

Dipendekkan cerita (pendeklah sangat kan! Haha!😝)

Inilah kasut2 tu, aku dah prism-kan.

Nanti bila sudah sedia semuanya, aku tunjuk gambar sebenar & apa motif sebenar aku beli kasut-kasut ni.

(Walaupun aku percaya, buat apa-apa tidak semestinya perlukan motif dan tidak semestinya perlu menjelaskan dengan panjang lebar pada orang lain.)

Jeng! Jeng!
👻👻

Terima kasih kerana membaca sehingga setakat ini.
Tunggukan sambungannya!

Sekian.

#iamrozanne
#idowhatifeelright

Tuesday, October 11, 2016

Doa Secara Khusus

Teks: Rozanah Zakaria

Kata orang, 'be careful with what you wish for'.
Betul, memang kena berhati-hati terutamanya dalam percakapan kita seharian.

Jadi, jika kita ingin sesuatu menjadi kenyataan, perlukah kita sebut atau ulang hal tersebut?
Ya, perlu! Sangat perlu.

Bagaimana?

Salah satu cara adalah dengan berdoa.
Berdoalah dengan khusus.
Saya selalu praktikkan ini.

Kenapa?

Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Jadi, apa sahaja yang ibgin kita inginkan, mohon saja padaNya.
Ya, apa sahaja.
Bukankah alam ini dan seluruh isinya adalah milik Allah?

Jom dhuha?
Jom berdoa.

Sambil itu, jangan abaikan adab berdoa ye!

Selamat meneruskan hari ini dengan rahmatNya, in sha Allah. ☺️