Showing posts with label Tip mahir bahasa inggeris. Show all posts
Showing posts with label Tip mahir bahasa inggeris. Show all posts

Saturday, October 27, 2018

SPM semakin mendekati

Teks: Teacher Rozanne

SPM tidak lama lagi bakal menjengah. Apa persediaan anda sebagai calon SPM? Setakat hari ini apa perasaan anda? Gelabah? Atau ada yang merasakan masa anda masih panjang sebelum menjelangnya hari keramat tersebut?

Apa pun yang anda rasai sekarang ini sebagai seorang yang bakal menghadapi peperiksaan besar ini, baca tips di bawah untuk persediaan subjek Bahasa Inggeris anda. Mudah-mudahan tips yang diberikan bakal merubah sedikit hala tuju anda ke arah melengkapkan lagi persediaan anda menghadapi SPM dengan 'senjata' yang ampuh. Jom lihat di bawah:

1) Ingat, komponen yang menyumbang markah terbanyak dalam kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 adalah 'writing'. Merangkumi: [Kertas 1] Directed Writing (35 markah), Continuous Writing (50 markah) & [Kertas 2] Summary (15 markah), Novel (15 markah). Jumlah keseluruhan adalah 74 peratus!

2) Jika masih lemah dalam 'writing', apa perlu dilakukan? Baca, baca & baca sebanyak mungkin 'sample essays', kemudian pilih 1 tajuk, simpan semua bahan rujukan tadi, dan tulislah dengan tekun, sambil mengingati sebanyak mungkin fakta-fakta yang telah dibaca tadi & masukkan dalam penulisan anda. Amaran: JANGAN SEKALI-KALI HAFAL DAN TULIS SEMULA TEKS YANG DIHAFAL! Tujuan anda membaca 'sample essays' adalah supaya anda mendapat idea bagi 'sentence structure' & percambahan idea untuk menulis mengikut tajuk yang diberikan. Menghafal dan menulis semula teks yang dihafal 'blindly' adalah amat berbahaya kerana anda mungkin tidak menjawab soalan yang dikemukakan. DO NOT EVER DO THAT PLEASE!

3) 'Bertarung' dengan diri sendiri. Pada masa-masa begini, jangan sesekali 'compare' diri anda dengan rakan yang lain. Ini boleh menyebabkan tekanan anda menjadi semakin hebat. So, do not put unnecessary pressure on yourselves. Ikut 'pace' sendiri tapi mesti konsisten & bersemangat tinggi kerana masa tidak menunggu anda!

4) Latih diri menjawab setiap bahagian dalam kertas peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan. Paling baik jika anda boleh kurangkan 5 minit bagi setiap bahagian, supaya anda boleh gunakan baki masa tersebut bagi memeriksa semula jawapan anda, andai ada yang anda cuai semasa menjawab tadi.

5) Jaga kesihatan diri. makan makanan berkhasiat, tinggalkan 'junk food', sekurang-kurangnya untuk ketika ini sehingga selesai peperiksaan. Pastikan rehat secukupnya dan buat jadual aktiviti seharian anda, jangan lupa masukkan riadah atau senaman dalam jadual anda. Ingat, minda yang cerdas datang dari badan yang sihat.

5) Akhir sekali, walau apa pun perasaan anda ketika ini, ingat bahawa Tuhan sentiasa mendengar dan tahu apa yang anda buat. Jadi, selain usaha tanpa henti, jangan berhenti berdoa.

Selamat maju jaya!

Teacher Rozanne

Friday, March 31, 2017

Panduan Menjawab Section B, Kertas 2, 1119/2 Bahasa Inggeris SPM

Teks: Rozanah Zakaria

Section B adalah section yang dikatakan paling 'mudah' dalam kertas 2, Bahasa Inggeris SPM.
Ya, section ini agak 'mudah' sebenarnya jika dibandingkan dengan bahagian-bahagian lain dalam kertas 2 ini.

Jom tengok apa yang 'mudah'?
Lihat juga nanti apakah 'trick' yang mungkin membuatkan anda 'terperangkap' jika tidak berhati-hati di bahagian ini.

1) Ejaan atau spelling amat PENTING bagi bahagian ini.

Jaga spelling dan capitalisation anda. Apa itu capitalisation? Maksudnya kena tahu bezakan yang mana perlu ditulis dengan huruf besar dan yang mana perlu ditulis dengan huruf kecil. Sound simple, tapi ramai SPM candidates yang cuai part ini, menyebabkan markah hilang.

2) Jawab hanya apa yang ditanya.

Jika ditanya 'date', jawab 'date' sahaja, jangan ditambah 'time' atau  'day'. Unnecessary extra information juga menyebabkan markah anda ditolak.

3) Unsur HOTS

Saya yakin semua pelajar maklum tentang hal ini. Eleman HOTS atau KBAT ini menjadi elemen wajib merentasi semua matapelajaran sekarang ini.

Bagaimana menjawab soalan-soalan sebegini?

Pastikan anda gunakan ayat yang diolah dari teks yang diberi atau gunakan ayat sendiri.
Biasanya soalan aras tinggi memerlukan anda faham teks yang diberi, kemudian membuat andaian atau kesimpulan berdasarkan maklumat yang diberi.

Jadi, sudah faham requirement Section B?

Sekarang, cuba buat latihan yang diberi guru anda, lihat samaada anda boleh mencapai perfect score 10/10 setiap kali latihan.

Jika tidak, banyakkan latihan sehingga anda berjaya mendapat perfect score ini!

Selamat maju jaya!

Wednesday, March 29, 2017

A Start to Good Writing

Text: Rozanah Zakaria
Photo: Rozanah Zakaria

      A good piece of writing is like ice cream of many flavours, you will never be       
             bored with varied choices.

There's two essential elements for one to produce a good piece of writing:

1) a strong foundation in grammar
2) a good set of vocabularies

Master these two, you will find your path to writing a masterpiece an easy task.

👍🏻

Friday, January 27, 2017

Summary Writing for 1119/2, SPM

Teks: Rozanah Zakaria

Bagaimana menulis Summary?

1) salin 10 perkataan diberi (the 10 words given)

2) lukis lines/box untuk tandakan range. 

Bagaimana?

Lihat soalan, ada dinyatakan anda perlu mencari isi penting 'from line ___ to line ___', kemudian buat garisan untuk memastikan tiada isi yang diambil sebelum atau selepas range tersebut.

Ini amat penting kerana jika terdapat sebarang isi penting yang diambil di luar range yang diberikan, markah 'language' anda mungkin terjejas.

3) mula mencari isi-isi penting berdasarkan soalan diberi. Beri tumpuan pada 'keyword' seperti what/how, untuk memudahkan mencari isi yang dikehendaki.

4) baca teks sambil merujuk samaada isi tersebut menjawab soalan yang diberikan.

5) tanda/highlight/garis isi-isi penting.

6) salin isi-isi penting tanpa mengubah struktur ayat. 

7) gunakan 'compund sentences' atau 'complex sentences' jika and yakin struktur ayat anda betul.

8) jika kurang pasti tentang bagaimana membina 'compund sentence' atau 'complex sentence', salin tanpa mengubah apa-apa ayat, ini adalah jalan selamat dari meletakkan diri anda berisiko kehilangan markah 'language'.

Jika anda salin semula isi-isi penting dengan betul, serta tiada langsung kesalahan ejaan, anda boleh mendapat 3 markah 'language', menjadikan jumlah markah summary anda 13/15, bagus bukan?

9) tulis sehingga sekurang-kuranganya 127 atau 130 patah perkataan. Jangan lebih walau satu huruf kerana ia akan menjejaskan struktur ayat anda. Markah hanya diberi sehingga mksimum perkataan yang ke-130 sahaja.

Selamat menulis!
👍🏻👍🏻👍🏻