Teks: : Rozanah Zakaria
Kita guna stove hampir setiap hari. Namun, musim PKP ni saya rasa ramai yang gunakannya setiap hari, bukan? Mustahil tak jika kita gunakan stove (dapur) setiap hari tapi masihh dapt kekalkannya supaya berkilat? Dulu saya pernah fikir ianya mustahil, namun PKP menubah kepercayaan saya itu.
Berikut adalah langkah mudah yang saya lakukan setiap hari supaya proses pencucian stove mingguan kita, tidak memenatkan.
1. Lap permukaan stove setiap kali selepas masak. Jika ianya diperbuat daripada kaca, boleh gunakan krim Cif dan span hijau untuk kesan kilat. Jika ianya permukaan logam, memadai gunakan cecair pencuci pinggan, kemudian lap bersih.
2. Cuci tungku seminggu sekali dengan berus dawai dan sabun Cap Kapak (warna hijau tau kuning).
3. Cuci bahagian dalam tungku (tempat keluar api). yang ini juga gunakan dawai besi (penggosok periuk dan krim Cif) untuk menghilangkan kesan hitam.
4. Lap tombol pemetik dapur dengan cecair campuran L.O.C dan Pursue (sukatan: 9 air, 1 pursue, 1 L.O.C). Cecair ini juga saya gunakan untuk lap permukaan kabinet di dapur.
5. Siap!
Akhir sekali, untuk setiap hujung minggu, bolehlah cabut tombol pemetik dan tungku bahagian dalam untuk pencucian yang lebih teliti.
Selamat mencuba!
Salam,
Teacher Rozanne
Info yang menarik
ReplyDeleteNak cuba lah
Terima kasih ye����
Sama2. Moga ada manfaatnya. 😍
Delete