Teks: Rozanah Zakaria
Section C: 25 Markah
10 markah - Reading Comprehension
15 markah - Summary
1) Teknik menjawab Reading Comprehension:
Teks bacaan peringkat SPM agak panjang. Jadi untuk bahagian ini, baca soalan dahulu, kemudian baru ke perenggan yang disebutkan. Gunakan kata kunci daripada soalan untuk memcaari jawapan di perenggan tersebut. Jawapan biasanya terdapat berdekatan kata kunci yang disoal. Jika terdapat ayat yang anda kurang pasti maksudnya, baca beberapa kali ayat tersebut termasuk ayat sebelum dan selepasnya. Teknik ini dipanggil intelligent guessing. In sha Allah anda akan faham maksud ayat tersebut.
Selepas membaca perenggan tersebut, rujuk semula soalan untuk memastikan anda memilih jawapan yang tepat.
Letak jawapan sahaja di ruang yang disediakan. Tidak perlu menyalin soalan.
2) Teknik menjawab Summary:
Baca soalan summary beberapa kali supaya anda jelas apa yang dikehendaki soalan. Tentukan range jawapan anda dengan memastikan line numbers yang dikehendaki. Gariskan range yang anda perlu rujuk untuk mencari content points, menggunakan pembaris dan pen.
Kemudian, berpandukan soalan yang diulang baca beberapa kali berselang-seli dengan rujukan kepada teks, garis atau highlight poin yang anda rasa berkaitan dengan soalan. Pandu pencarian anda dengan kata kunci seperti state the ways, what he had done, what he will be doing, how he went about dan sebagainya.
Setelah selesai menanda. Periksa kembali content points yang telah anda dapati tadi. Panduan untuk menentukan content points yang dicari adalah dalam had yang ditetapkan, daripada pengalaman saya, ketahuilah bahawa bagi summary dalam peperiksaan SPM, kebiasaannya terdapat sehingga 14 atau 16 content points dalam range yang ditetapkan. Kemudian, untuk memuatkan kesemuanya dalam 130 patah perkataan (termasuk 10 perkataan yang diberi), gabungkan ayat-ayat tersebut menjadi compound sentences atau complex sentences.
Kemudian, salin 10 perkataan yang diberi dan sambung serta jadikannya ayat yang lengkap. Ingat, ayat yang lengkap akan memungkinkan anda skor sekurang-kurangnya markah minimum 3 untuk bahasa (markah penuh bahasa adalah 5).
Kemudian tulislah kesemua poin anda tadi dalam had 130 perkataan yang ditetapkan.
Jaga ejaan anda kerana kekerapan ejaan yang salah bakal mempengaruhi markah bahasa anda.
Cara ini telah saya praktikkan bersama para pelajar saya dan kesemua yang mengikuti teknik yang diberikan mendapat sekurang-kurangnya 13/15 markah untuk bahagian ini. Selamat mencuba dan mulakan peperiksaan anda dengan Bismillah serta jawab dengan tenang!
Jumpa lagi di lain catatan. Wassalam.
Perlu buat perenggan tak bahagian summary ni teacher?thank you tcer
ReplyDeletetak yah
DeleteSaya nak tanya, yg 10 perkataan tu, perkataan apa ya?
ReplyDeleteBapak kai
DeleteHijau haha
Berbeza mengikut soalan😊
DeleteBiasa dia akan bagi lepas ayat 'begin your summary as follows'
DeleteMcm mna nak dpt 5 markah utk bahasa??
ReplyDeleteContohlah dia tanye "to survive, Crane knew he needed to avoid frostbite by......" kita jumpe bnyak cara tapi nak ambik brape dan perlukan huraian jugak ke?
ReplyDelete