Friday, May 20, 2016

Maafkan anak didikmu

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Cikgu, terasa hati dengan anak muridmu? Maafkan dia, walau hatimu sangat terluka.

Walau adakala diri tidak dihargai, bertabahlah wahai cikgu, kerna engkau insan terpilih oleh Tuhanmu, demi membina satu tamadun dunia.

Cekalkan hatimu walau ranjau merintangi jalan di hadapanmu.
Tekadkan azammu, walau seribu onak menikam langkahmu.

Kerana, engkau guru
Kerana engkau tahu, dirimu tidak akan pernah mengalah
Walau apa jua yang mendatang.

Kerana engkau seorang guru, cikgu!

Catatan rasa aku,
Seorang Cikgu.

Free Market Kangaq

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Skuad Senyum

Bukanlah sesuatu yang senang untuk kita berbuat keebaikan. Kalau buat baik pun orang mengata, apatah lagi buat sebaliknya, kan?

Menyertai keluarga besar Skuad Senyum adalah satu fasa baru dalam hidup aku bermula 2015. Keluaarga besar Skuad Senyum banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Bukan itu sahaja, ia 'membuka mata' aku ke dunia yang selama ini hanya aku pandang dari dinding kaca, tanpa aku berusaha untuk menjenguk ke dalam.

Kini, aku hidup di alam 'realiti', bukan hanya hidup yang berkisar tentang aku dan aku, semata-mata.

Terima kasih team Skuad Senyum!

Wassalam.

Mahu bercuti? Rancang!

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Mahu bercuti ke mana kali ini? Andai destinasi berdekatan, tidak perlu tunggu lama, bajet RM300 (ini untuk saya, bajeet anda mungkin berbeza mengikut keperluan masing-masing) untuk seorang, sudah boleh bercuti secara backpack di mana-mana di Malaysia.

Nampak mudah, bukan? Tetapi, bukan bermakna anda pergi tanpa perancangan langsung (melainkan bajet adalah sesuatu yang anda buat hanya sebagai hobi masa lapang!). Sentiasa ada perancangan walau ke mana pun anda ingin bercuti.

Sentiasa ada bajet bulanan untuk simpanan percutian andai anda dan pasangan sentiasa ada adhock plan sebegini. Pakaian pula sentiasalah kena ada spare dalam kereta ye! Sekurang-kurangnya serba dua pasang, satu pakai, satu untuk dibasuh.

Jadi, apa lagi? Jom bercuti!

:)




To write beautifully, read.

Text: Rozanah Zakaria
Photo: Credit Puan Noor Zaida


Want to write well? Then, read, read and read! Reading any materials everyday without fail will equip you with all the mechanics of the language.

By reading, unconsciously, your mind is 'patterned' to automatically start thinking in that particular language, well, in this case, English!

So, what are you waiting for? Start reading and thinking in English, now!

Wassaalam. :)

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru, Cikgu.

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria



Apa makna sambutan hari guru pada aku?
Apa 'hadiah' sebenarnya yang aku 'mahu'?

Puisi Aku Seorang Guru.

Anak didikku,
Bukan buku mahal kupinta sebagai hadiah untuk aku berasa bahagia,

cukuplah dengan melihat kau sentiasa mengelek buku itu di tanganmu yang menjadi punca bahagiaku;

Bukan hadiah bunga itu darimu yang kudamba demi gembira jiwaku,

cukuplah kesungguhan serta pencapaianmu dalam meraih ilmu yang mencambah bunga dihatiku;

Bukan juga Chanel, LV, Coach itu yang menjadi idamanku untuk kau beri padaku,

cukuplah dengan kau menjadi seorang yang menghargai serta menjaga maruah dirimu yang lebih berharga dari kemewahan dunia, menjadikan diriku mewah dengan ketenangan.

Anak didikku,
Ini sebenarnya hadiah teristimewa yang kupinta kau hadiahkan kepada semua gurumu!

Coretan guru untuk guru.

Wassalam.

Bagaimana Menjawab Soalan Summary SPM Kertas 2?

Teks: Rozanah Zakaria

Pernah idamkan dapat 15/15 markah summary dalam Kertas 2 Bahasa Inggeris SPM anda?

Mimpi adik-adik bakal jadi kenyataan! Dengan 3 langkah, adik-adik bakal mendapat markah yang adik-adik inginkan. Apalagi? Teruskan membaca!

Jom lihat dan jaangan lupaa kongsi tip-tip ini bersama kawan-kawan! Hendak berjaya biarlah sama-sama, bukan?

Nota #1

Isi kandungan (content points) yang ditulis mestilah lebih daripada 10.
Ingat, walaupun markah untuk isi adalah maksimum 10, namun, anda perlu menulis sekurang-kurangnya 10-13 isi.

Kebiasaan bagi  setiap teks pemahaman SPM bahagian ini, terdapat antara 13-15 isi penting yang calon perlu kenalpasti kesemuanya.

Kemudian, tulis semuanya (dalam lingkungan 130 perkataan) dengan cara compound sentences dan complex sentences (ikuti catatan saya yang di bawah berkenaan struktur ayat-ayat ini).

Nota #2

Pastikan anda tulis semua isi menggunakan 2 jenis ayat yang disebut di atas.

Compound sentence dibina dengan memggabungkan sekurang-kurangnya 2 ayat dengan menggunakan and, but, or dan so, dengan syarat kedua-dua ayat tersebut lengkap (independent clause).

Complex sentence pula dibina, juga dengan menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan antaranya which, who, because dan lain-lain lagi. Ayat ini terbentuk apabila digabungkan satu ayat lengkap (independent clause) dengan  ayat tidak lengkap (dependent clause).

Dalam pembelajaran tatabahasa (grammar), tajuk ini dipanggil struktur ayat (sentence structure). Jika anda konsisten menggunakan kedua-dua struktur ayat di atas, markah bahasa anda adalah 5/5*

*dengan syarat tiada langsung kesalahan tatabahasa (grammar) atau ejaan (spelling).

Nota #3

Pastikan tulisan anda tidak melebihi 130 perkataan (termasuk menyalin 10 perkataan pertama yang diberi). 

Pastikan ejaan anda semuanya tepat.

Tada!! Itu sahaja syaratnya!
Mudah bukan?

Memang mudah,
jika adik-adik sentiasa membuat latihan ulangkaji, kemudian gunakan tip-tip ini dalam setiap latihan yang dibuat. SPM bakal menjengah lebih kurang 6 minggu sahaja lagi. Jadi, jangan berhenti mencuba serta berdoa agar dimudahkan perjalanan adik-adik memghadapi peperiksaan yang bakal menjelang ini.

Selamat berjaya!

#Masih kurang faham? Boleh email saya di rozanahz@yahoo.com untuk penerangan lebih lanjut.

Sunday, May 15, 2016

Teknik Menjawab Section D (Novel) Paper 2 Bahasa Inggeris SPM (Sing To The Dawn)

Teks: Rozanah Zakaria

Bahagian D (Novel) mengandungi 15 markah. Untuk mendapat 15 markah, terdapat teknik-teknik khusus cara menjawab esei bahagian ini.

1. Tulis dalam 5 perenggan.

Contoh ini bagi soalan: 
With close reference of the text, choose a part of the novel that you like most.
(Pilih bahagian yang kamu paling suka dalam novel ini).

- Perenggan 1: Pengenalan (Introduction)
Contoh seperti ini, 'In the Novel Sing to the Dawn by Minfong Ho, the part that I love most throughout the novel is when Dawan succeeded in her attempt to convince her father to further her study in the City.'

- Perenggan 2/3/4: Isi/bukti (evidence).
Contoh penulisan seperti berikut. 'I like this part since Dawan shows that she respects her father by using kind words and not raising her voice while arguing with him about her winning the scholarship to further her study in the City. That way, it eventually worth it when her father decides to give her a chance to prove herself by granting her permission to study there.' (Menerangkan dengan jelas sebab mengapa bahagian ini dipilih sebagai bahagian yang kamu suka).

- Perenggan 5:Penutup (conclusion).
Contohnya: 'All in all, I like this part of the story for it shows how Dawan is matured for a girl of her age, putting respect for the elderly, namely her father, as of utmost importance. This shows how filial piety is uphold in this family, portraying Asian culture as a whole, where young ones have high respect for those older than them. It teaches me to be a person that should respeect everyone in my life, even at times when we have disagreement, like what Dawan has gone through. It also teaches me to hold firm with what I believe, as long as I am doing the right thing. I am really happy reading this part throughout the novel as it inspires me to be a firm, considerate and  better person in the future.' (Kesimpulan hendaklah menegaskan sekali lagi mengapa bahagian tersebut dipilih).

2. Bagi perenggan 2, 3 dan 4, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti bagi mendapat esei yang berkualiti tinggi penulisannya, sekaligus menarik minat pemeriksa dan membuktikan bahawa calon betul-betul telah membaca serta mendalami konteks penceritaan di dalam novel tersebut. Ikuti langkah-langkah di bawah:

a. Mulakan dengan sebab mengapa kita memilih bahagian tersebut.
b. Sertakan eviden-eviden daripada teks.
c. Huraikan eviden-eviden yang diberikan secara terperinci.
d. Tulis pendapat peribadi anda (POV: Point of View), tentang mengapa anda pilih eviden-eviden tersebut.

Ulang langkah a-d bagi setiap perenggan 2,3 dan 4.

Nota: Eviden daripada teks adalah contoh yang realistik yang diambil daripada penceritaan serta kejadian-kejadian (events) yang berlaku di dalam novel tersebut. Olah dengan ayat sendiri untuk menunjukkan kefahaman anda.

Sebarang persoalan berkaitan teknik menjawab boleh kemukakan kepada saya di:
email: rozanahz@yahoo.com

Selamat menjawab!