Teks: Rozanah Zakaria
Pernah idamkan dapat 15/15 markah summary dalam Kertas 2 Bahasa Inggeris SPM anda?
Mimpi
adik-adik bakal jadi kenyataan! Dengan 3 langkah, adik-adik bakal
mendapat markah yang adik-adik inginkan. Apalagi? Teruskan membaca!
Jom lihat dan jaangan lupaa kongsi tip-tip ini bersama kawan-kawan! Hendak berjaya biarlah sama-sama, bukan?
Nota #1
Isi kandungan (content points) yang ditulis mestilah lebih daripada 10.
Ingat, walaupun markah untuk isi adalah maksimum 10, namun, anda perlu menulis sekurang-kurangnya 10-13 isi.
Kebiasaan
bagi setiap teks pemahaman SPM bahagian ini, terdapat antara 13-15 isi
penting yang calon perlu kenalpasti kesemuanya.
Kemudian, tulis semuanya (dalam lingkungan 130 perkataan) dengan cara compound sentences dan complex sentences (ikuti catatan saya yang di bawah berkenaan struktur ayat-ayat ini).
Nota #2
Pastikan anda tulis semua isi menggunakan 2 jenis ayat yang disebut di atas.
Compound sentence dibina dengan memggabungkan sekurang-kurangnya 2 ayat dengan menggunakan and, but, or dan so, dengan syarat kedua-dua ayat tersebut lengkap (independent clause).
Complex sentence pula dibina, juga dengan menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan antaranya which, who, because dan lain-lain lagi. Ayat ini terbentuk apabila digabungkan satu ayat lengkap (independent clause) dengan ayat tidak lengkap (dependent clause).
Dalam pembelajaran tatabahasa (grammar), tajuk ini dipanggil struktur ayat (sentence structure). Jika anda konsisten menggunakan kedua-dua struktur ayat di atas, markah bahasa anda adalah 5/5*
*dengan syarat tiada langsung kesalahan tatabahasa (grammar) atau ejaan (spelling).
Nota #3
Pastikan tulisan anda tidak melebihi 130 perkataan (termasuk menyalin 10 perkataan pertama yang diberi).
Pastikan ejaan anda semuanya tepat.
Tada!! Itu sahaja syaratnya!
Mudah bukan?
Mudah bukan?
Memang mudah,
jika
adik-adik sentiasa membuat latihan ulangkaji, kemudian gunakan tip-tip
ini dalam setiap latihan yang dibuat. SPM bakal menjengah lebih kurang 6
minggu sahaja lagi. Jadi, jangan berhenti mencuba serta berdoa agar
dimudahkan perjalanan adik-adik memghadapi peperiksaan yang bakal
menjelang ini.
Selamat berjaya!
#Masih kurang faham? Boleh email saya di rozanahz@yahoo.com untuk penerangan lebih lanjut.
Sya dpt cari 10 isi tpi patah perkataannya telah melebihi 130...mcm mna nak kurangkn?
ReplyDeletegooooddd
ReplyDelete