Sunday, November 30, 2014

Mengembara di Bumi Tuhan

Teks: Rozanah Zakaria

Foto: Rozanah Zakaria

Salam pembaca budiman.

Ayuh gunakan masa cuti sekolah yang panjang ini, membawa anak-anak berkelana. Bukan sahaja menimba pengalaman baru, paling utama adalah ikatan kekeluargaan yang akan bertambah erat.

Perlu merancang untuk percutian? Sudah semestinya! Tetapi jangan keterlaluan merancang sehinggakan kembara yang sepatutnya santai menjadi terlalu 'rigid'. Maka akan hilang keseronokan dan keterujaan meneroka tempat baru yang sepatutnya disusuri secara santai dan penuh dengan warna-warni.

Jom bercuti! Rancang sebaiknya terutama 'itinerary' bagi yang mempunyai anak kecil seperti saya. Pastikan lampin pakai buang, bekalan susu, makanan seperti roti, baju persalinan, tuala, 'soft toy' kegemaran/buku dan plastik (bagi baju yang telah dipakai) diletakkan dalam 'back pack' bagi memudahkan pengurusan si kecil.

Paling penting, kembara mengajar kita erti kesabaran dan mengadaptasi diri dengan budaya masyarakat setempat. Jadi bertenang dan bersedialah mencuba sesuatu yang baru dalam hidup anda! Peluang mungkin hanya sekali, jadi 'just do it!'

Sampai bertemu lagi di lain catatan. Jom bercuti!

Wassalam.

Wednesday, November 26, 2014

Aku seorang guru



 

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Assalamualaikum.

Beberapa hari sebelum sekolah bercuti, saya sangat sibuk! Fuh, sampai ke hari ini setelah 4 hari mula bercuti, saya masih terkejar ke sana-sini! Haha, bukan mudah ye menjadi guru hari ini. :)

Kali ini catatan saya berkisar perjalanan saya sebagai 'teacher' atau 'lao shi' sebagaimana panggilan anak murid kepada saya.

Alkisahnya, beberapa hari sebelum bercuti - di tengah-tengah kesibukan saya terkejar-kejar menyelesaikan tugasan hujung tahun - saya terbaca satu mesej di Telegram sekolah bahawa terdapat acara memanah untuk para pelajar tingkatan 3 di padang sekolah. Kebetulan ketika itu, para pelajar telah selesai aktiviti memanah mereka. Jadi guru-guru yang berminat dan tiada kelas ketika itu dijemput mencuba aktiviti ini. Apa lagi, saya terus bergegas ke padang. Kebetulan pula hari itu saya ada kelas Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Jadi pakaian pun sudah sesuai, apa lagi yang ditunggu?

Saya sangat teruja memanah dengan tunjuk ajar Pak Lutfi, 'instructor' memanah. Walaupun saya adaalah seorang yang sangat suka mencuba apa sahaja perkara baru, ini adalah kali pertama dalam hidup, saya belajar memanah! Pengalaman yang tidak akan saya lupakan!

Pricsip saya, saya sangat percaya dengan mecari keseronokan dalam apa-apa yang saya laakukan. Kenapa? Kerana dalam hidup ini, bukan semua perkara yang kita suka dan inginkan, kita akan dapat. Ini adalah realiti! Jadi, bagaimana ingin hidup bahagia? Formulanya: suka apa yang kita terpaksa lakukan. In sha Allah, kita akan rasakan kebahagiaan itu milik kita dalam hidup yang sementara ini.

Selain itu, ingin saya tulis semula kata-kata yang saya 'jumpa' di Internet. "Bahagia tidak perlu dicari kerana kitalah yang sepatutnya mencipta bahagia. Kerana bahagia datang dari dalam diri, bukan ditagih dari sesiapa."

Jadi, dalam perjalanan hidup saya sebagai seorang pendidik, saya tidak pernah berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan. Jangan salah tafsir, bukan saya tidak mensyukuri apa yang saya ada. Tetapi, acapkali saya ingatkaan diri jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian diri agar saya sentiasa fikir bahawa, pada setiap masa, ada orang lain yang kebig bagus daripada saya. Jadi, dalam pengajaran, saya sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan kaedah dan mencari keseronokan dakam bidang yang amat dekat di hati saya ini.

Jom kita cari bahagia dalam diri tidak kira walau apa pekerjaan kita, walau apa yang kita lakukan. Ini kerana, "Happiness comes from within. Thus, it is to be created, not seek!"

Wassalam.

Saturday, November 15, 2014

Pentingnya Memilih Kasut Sesuai untuk Bercuti



Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google

Salam semua.

Beberapa hari saya bertungkus lumus 'mencuri' masa untuk diri sendiri. Fuh! Akhirnya saya akan pergi bercuti! Alangkah gembiranya hati.

Setiap kali hendak bercuti, perkara pertama yang saya akan fikirkan dan ambil berat adalah kasut. Ya, kasut! Satu benda paling penting bagi saya untuk percutian yang menggembirakan dan bermakna.

Jadi, kasut yang selesa adalah amat penting kerana saya hanya akan memakai hanya sepasang kasut sepanjang percutian. Saya percaya pada istilah 'travel light' atau 'backpacker' atau mengembara dengan membawa keperluan yang asas. Jadi satu kasut yang amat selesa adalah memadai.

Setiap kali memilih kasut, saya percaya pada kualiti kasut. Tidak penting harga mahal atau murah. Yang penting kaki terjaga elok serta dapat menjelajah sebanyak mungkin tempat yang saya ingin lawati.

Jadi, topik kita kali ini adalah tentang kasut. Jom kita lihat apakah yang patut diambil kira semasa memilih kasut:

#1 beli kasut d waktu siang kerana pada waktu siang kaki kita kebang jadi kita akan dapat saiz paling tepat.

#2 Ikut bajet anda, namun ingat keselesaan palig penting. Pakai kedua-dua belah kasut dan jalan di dalam kedai untuk memastikan keselesaan. Rupa kasut yang cantik di rak bukan jaminan kasut tersebut cantik dan selesa di kaki anda.

#3 Ambil masa untuk pilih kasut. Jangan beli kaaut dalam keadaan kelam-kabut.

#4 Pilih kasut selesa yang boleh dipakai untuk bercuri serta ke tempat kerja Jadi material kasut serta 'design' adalah penting. Denfan cara ini, anda bukan sahaja dapat kasut berkualiti, selesa dan cantik tetapi juga jimat bajet.

#5 Akhir sekali, sentiasa pastikan penjagaan kasut yang baik. Pastikan kasut ada sentiasa bebas kotoran. Pakai stokin atau 'foot cover' setiap kali menyarung kasut. Amalan ini dapat membantu memanjagkan jangka hayat kasut anda.

Semoga percutian anda meninggalkan kenangan bermakna bagi anda dan keluarga.

Wassalam.

Wednesday, November 12, 2014

Kerja Secara Bijak



3031554-poster-p-1-3031554-work-smart-5-free-apps-to-overcoming-your ...

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google

Assalamualaikum.

Catatan saya hari ini berkisar tentang apa yang kita buat setiap hari. Bagaimana ya mengurus hari-hari kita dengan efektif?

Di sini adad sedikit panduan yang saya dapat daripada buku The Happiness Project oleh Gretchen Rubin. Salah satu bab kecil dalam buku ini berbicara tentang 'Work Smart' atau Kerja Secara Bijak.


Berikut beberapa panduan yang digariskan di dalam buku ini. Di sini saya alih bahasa ke Bahasa Mekayu berdasarkan kefahaman saya. Saya selang-selikan dengan catatan sendiri daripada pengalaman yang saya rasakan dapat membantu anda. Untuk menguruskan masa harian kita dengan bijak, ikuti beberapa panduan berikut:

#1 Mula dengan menganalisa - bagaimana kita menghabiskan masa kita seharian 24 jam. Adakan buku log yang boleh kita catat, apa yang kita buat pada setiap blok waktu sejam selama 24 jam.

#2 Kenalpasti di bahagian mana yang kita selalu bazirkan masa atau di bahagian mana yang masa kita dihabiskan dengan kurang efisyen.

Cuma dua langkah ini. Ikuti langkah seterusnya apa yang penulis Gretchen Rubin telah lakukan hasil daripada dapatan ringkas di atas.

Sehingga jumpa lagi!

Wassalam.

Refleksi Pagi

 Morning Reflection

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google

Salam pagi Rabu. Saya doakan kita semua ceria dan bertenaga hari ini, melakukan apa sahaja pekerjaan yang diradhaiNya di muka bumi Allah ini.

Hari ini, jom sematkan kata-kata ini untuk panduan kita sehingga ke senja  berlabuh.

Mudah-mudahan catatan ringkas ini bisa menggamit naluri kita untuk bekerja hanya keranaNya. Juga, moga kata-kata ini menjadi sumber inspirasi untuk kita membahagiakab borang di sekeliling kita pada hati ini.

"Bagaimana anda bertindak, begitulah kesan yang akan anda dapat".

Jom fikir dan buat kerja kita bersungguh-sungguh. Moga kita sentiasa menjadi orang yang memberi manfaat kepada orang di sekeliling kita.

Amin.

Sekian catatan ringkas saya.

Wassalam.

Thursday, November 6, 2014

Teknik Menjawab Section D Novel SPM



Assalamualaikum.

Bagi Tingkatan 4 dan 5, terdapat 4 Poems dan 1 Novel yang perlu ditekuni bagi persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kertas 2.

Poems tingkatan 4 adalah:
1) In The Midst of Hardship oleh Latiff Mohidin
2) He Had Such Quiet Eyes oleh Bibsy Soenharjo

Poems tingkatan 5 adalah:
1) Nature oleh H.D. Carberry
2) Are You Still Playing Your Flute oleh Zurinah Hassan

Terdapat 3 Novel bagi seluruh Malaysia untuk peringkat SPM:
1) The Curse oleh Lee Su Ann
2) Step by Wicked Step oleh Anne Fine
3) Catch Us If You Can oleh Catherine MacPhail

Memandangkan saya mengajar di Pulau Pinang, jadi fokus saya untuk Novel akan berkisar tentang Catch Us If You Can oleh Catherine MacPhail.

Poems bagi tingkatan 4:

In The Midst of Hardship oleh Latiff Mohidin

At dawn they returned home
their soaky clothes torn
and approached the stove
their limbs marked by scratches
their legs full of wounds
but on their brows
there was not a sign of despair
The whole day and night just passed
they had to brave the horrendous flood
in the water all the time
between bloated carcasses
and tiny chips of tree barks
desperately looking for their son’s
albino buffalo that was never found

They were born amidst hardship
and grew up without a sigh or a complaint
now they are in the kitchen, making
jokes while rolling their cigarette leaves


He Had Such Quiet Eyes oleh Bibsy Soenharjo

Wednesday, November 5, 2014

Buku Merah

Malaysian passport

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google

Assalamualaikum.

'Buku merah, jangan lupa bawa.' Ingat lirik ini, lagu Zizan dan Kaka.

Apa yang anda patut ambil tahu/ buat tentang passport kita untuk memudahkan perjalanan/percutian anda?

#1 Simpan passport di dalam beg sandang. Sebaiknya di dalam poket yang tersembunyi. Contohnya beg Deuter ada poket rahsia, jadi simpan di situ untuk keselamatan.

#2 Ambil gambar muka hadapan serta bahagian dalam passport yang terdapat maklumat peribadi anda. Sebaiknya gunakan telefon pintar anda. Namun, tiada masalah untuk gunakan kamera anda. Ini bakal menyelamatkan keadaan andainya terjadi sesuatu yang tidak diingini (mohon dijauhkan). Jadi, apa pun, anda masih ada bukti yang anda adalah warganegara Malaysia!

#3 Sentiasa kemaskini passport. Sebaiknya buat pembaharuan setiap 5 tahun. Ini menjimatkan masa serta memberi kelapangan fikiran untuk anda merancang percutian anda dengan lebih baik.

#4 Simpan passport lama di tempat selamat. Anda tentu tidak mahu orang lain 'mengambil' identiti anda bukan?

Jadi, jagalah Buku Merah anda sebaiknya kerana ia adalah 'nyawa' anda ketika berada di luar negara. Inilah satu-satunya bukti anda warganegara Malaysia!

'Proud to be Malaysian!'

Jom semak Buku Merah kita!

Sekian.




Tuesday, November 4, 2014

Menghormati untuk Dihormati

 Lebaran, masa untuk memaafkan dan meleraikan dendam
Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google

Salam penuh keceriaan.

Hari yang mendung tapi suasana keceriaan terpancar di mana-mana tatkala saya melangkah kaki keluar dari rumah. Sambil melambai anak kecil bersama Abah di atas motosikal, saya tersenyum.

Tiba di tempat kerja, debaran bertambah dek anak didik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Saya berdoa Allah permudahkan segalanya.

Topik hari ini berkenaan menghormati. Dihari yang indah ini, agak 'malang' saya bertemu seseorang yang kurang berhemah dalam percakapan dengan saya seawal pagi. Astaghfirullah, cepat saya tersedar. Allah sedang menguji saya.

Saya set minda, 'hidup saya, fikiran saya, saya yang kuasai (dengan izinNya jua), bukan orang lain'. Ini salah satu kata-kata yang saya dengar daripada program-program Prof. Dr. Muhaya serta yang saya baca daripada buku The Secret, Rhonda Byrne.

Jadi, Alhamdulillah saya kembali tenang. Saya terfikir, satu bait dalam lagu Scorpion,'what you give you get back', atau 'life is like a boomerang' atau 'kindness reciprocate'. Kata-kata yang merumuskan kepada, hidup ini adalah satu pusingan. Setiap yang kita buat akan kembali kepada kita.

Saya tanamkan kata-kata ini di dalam diri, 'Perlu menghormati untuk dihormati'. Andai sesuatu berlaku diluar dugaan kita, ingatlah Allah sedang menguji kita. Muhasabahlah diri kerana datangnya ujian bersebab. Mungkin Allah ingin menyedarkan kita tentang sesuatu.

Sekian, jom bersangka baik dalam hidup kita dan pada masa yang sama beringat supaya kita sentiasa dilindungiNya daripada daripada apa-apa yang boleh memudaratkan kita. Amin.

Wassalam.

Monday, November 3, 2014

Rancang Percutian Anda.



Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Koleksi Peribadi Rozanah Zakaria

Salam pembaca yang sentiasa tersenyum dan kelihatan menawan setiap hari. :)

Pejam celik, kita kini sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2014. Terasa masa begitu cepat berlalu. Angan-angan dan impian saya yang beribu-ribu itu masih dalam proses dilaksanakan. Alhamdulillah sudah banyak terlaksana hasil perancangan teliti. Saya berpandukan bahan bacaan seperti majalah Libur, bacaan dan carian di Internet, carian daripada tawaran-tawaran hebat daripada syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines System (MAS), AirAsia serta penerbangan Indonesia Garuda Airlines.

Menjelang Disember, fikiran saya sekarang ni sudah berangan-angan tinggi ke awan. Disamping tugas rasmi semasa cuti sekolah, saya perlu bijak membahagikan masa andai ingin bercuti bersama suami serta anak tersayang.

No#1: Passport

Pastikan passport anda sentiasa 'hidup' untuk mengelakkan kesesakan saat akhir serta memudahkan anda merebut pakej ternbaik serta murah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Tempoh tawaran hebat biasanya hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek.

No#2 Jadual Perjalanan

Buat jadual perjalanan atau itinerary anda sendiri. Suami saya selanuya akan jadi master mind merancang itinerary untuk percutian kami sekeluarga. Setiap orang akan memegang satu salinan, secara tidak langsung melancarkan perjalanan percutian anda.

No#3 Barangan Keperluan

Saya selalu percaya istilah 'travel light'. Maksudnya bawa hanya barang yang betul-betul perlu. Bagi percutian saya sama ada dalam atau luar negara, saya hanya membawa satu beg beroda serta satu beg galas (digalas suami). Meminimumkan jumlah beg akan memudahkan perjalanan anda terutama jika anda bercuti bersama anak kecil, seperti saya.

No#4 Tukaran Wang

Tukar wang secukupnya. Rancang perbelanjaan anda semasa percutian. Tidak kiralah jika anda hendak 'berbelanja sakan' atau 'berjimat', pilihan adalah hak anda. dengan merancang, anda boleh mengalakkan rasa terkilan sekiranya ingin membeli sesuatu tetapi tukaran wang telah habis. Tempat yang anda lawati tidak semestinya mempunyai kemudahan tukaran wang asing. Jadi, 'sediakan payung sebelum hujan'.

No#5 Tanda Kenangan

Jika anda gemar merakam keindahan tempat-tempat dilawati, pastikan membawa kamera yang lengkap dengan bateri tambahan serta charger. Atau jika anda gemar merakam detik indah menggunakan telefon bimbit, bawa international travel adapter dan power bank (lebih baik bawa lebih daripada 1 unit). Untuk kemudahan berinternet, pasrikan anda menggunakan kad sim tempatan tempat yang anda lawati (untuk prepaid) atau daftar roaming dengan syarikat telekomunikasi anda, kemudiannya aktifkannya ketika berada di luar negara. Cara ini bakal memberikan kemudahan serta caj yang berpatutan.

Bagi saya, ketika ke luar negara, saya dan suami gemar memilih kad sim tempatan kerana ianya lebih mudah dan murah. Tanya pemandu van/pelancong anda untuk pembelian kad sim tempatan.

Akhir kata. Slamat merancang percutian anda! Apa pun yang anda rancang, ingat matlamat anda adalah untuk berseronok serta menimba pengalaman baru melihat keindahan Bumi ciptaan Allah Yang Esa. Jadi, dengan perancangan bijak, anda boleh menjimatkan kewangan disamping mendapat pengalaman yang tidak ternilai.

Wassalam.

Sunday, November 2, 2014

Teknik Menjawab Section C Summary SPM Kertas 2


Teks: Rozanah Zakaria

Section C: 25 Markah
10 markah - Reading Comprehension
15 markah - Summary

1) Teknik menjawab Reading Comprehension:

Teks bacaan peringkat SPM agak panjang. Jadi untuk bahagian ini, baca soalan dahulu, kemudian baru ke perenggan yang disebutkan. Gunakan kata kunci daripada soalan untuk memcaari jawapan di perenggan tersebut. Jawapan biasanya terdapat berdekatan kata kunci yang disoal. Jika terdapat ayat yang anda kurang pasti maksudnya, baca beberapa kali ayat tersebut termasuk ayat sebelum dan selepasnya. Teknik ini dipanggil intelligent guessing. In sha Allah anda akan faham maksud ayat tersebut.

Selepas membaca perenggan tersebut, rujuk semula soalan untuk memastikan anda memilih jawapan yang tepat.

Letak jawapan sahaja di ruang yang disediakan. Tidak perlu menyalin soalan.

2) Teknik menjawab Summary:

Baca soalan summary beberapa kali supaya anda jelas apa yang dikehendaki soalan. Tentukan range jawapan anda dengan memastikan line numbers yang dikehendaki. Gariskan range yang anda perlu rujuk untuk mencari content points, menggunakan pembaris dan pen.

Kemudian, berpandukan soalan yang diulang baca beberapa kali berselang-seli dengan rujukan kepada teks, garis atau highlight poin yang anda rasa berkaitan dengan soalan. Pandu pencarian anda dengan kata kunci seperti state the ways, what he had done, what he will be doing,  how he went about dan sebagainya.

Setelah selesai menanda. Periksa kembali content points yang telah anda dapati tadi. Panduan untuk menentukan content points yang dicari adalah dalam had yang ditetapkan, daripada pengalaman saya, ketahuilah bahawa bagi summary dalam peperiksaan SPM, kebiasaannya terdapat sehingga 14 atau 16 content points dalam range yang ditetapkan. Kemudian, untuk memuatkan kesemuanya dalam 130 patah perkataan (termasuk 10 perkataan yang diberi), gabungkan ayat-ayat tersebut menjadi compound sentences atau complex sentences.

Kemudian, salin 10 perkataan yang diberi dan sambung serta jadikannya ayat yang lengkap. Ingat, ayat yang lengkap akan memungkinkan anda skor sekurang-kurangnya markah minimum 3 untuk bahasa (markah penuh bahasa adalah 5).

Kemudian tulislah kesemua poin anda tadi dalam had 130 perkataan yang ditetapkan.

Jaga ejaan anda kerana kekerapan ejaan yang salah bakal mempengaruhi markah bahasa anda.

Cara ini telah saya praktikkan bersama para pelajar saya dan kesemua yang mengikuti teknik yang diberikan mendapat sekurang-kurangnya 13/15 markah untuk bahagian ini. Selamat mencuba dan mulakan peperiksaan anda dengan Bismillah serta jawab dengan tenang!

Jumpa lagi di lain catatan. Wassalam.




Bagaimana Mengurus Bisnes Homestay

 It’s the Weekend

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google

Salam.

Ahad datang lagi. Saya sangat suka Ahad kerana saya tingggal di Penang. jadi Ahad adalah secara rasmi hari cuti saya.  Sebagaimana saya sangat suka hari Jumaat semasa saya bersekolah menengah di Kedah kerana Jumaat bermaksud cuti! :)

Mempunyai bisnes 'kecil-kecilan' seperti homestay, tentu ada yaang berpendapat, 'Alah, mudah je uruskan homestay, bukan kena cuci rumah setiap hari!'. Adakah anda fikir begitu? Jadi, jika ada niat ke arah berniaga dalam bidang ini, jom kita lihat apakah realiti di sebalik bisnes yang 'mudah' ini. :)

Panduan Pengurusan Bisnes Homestay:

1) Kemudahan

Menyediakan kemudahan di homestay memerlukan persediaan kewangan yang cukup. Jadi ini bukan bisnes main 'terjah' saja ye! Kena ada perancangan. Saya dan suami mula merancang untuk memulakan bisnes homestay kami ini sejak saya mula membayar deposit untuk membeli rumah ini pada awal tahun 2012. Jadi, kami merancang kewangan dengan amat berhati-hati kerana saya percaya, asas memulakan perniagaan adalah dengan modal sendiri tanpa meminjam.

2) Mengemas

Saya sepakat dengan suami, saya yang akan mengemas homestay setiap kali sebelum dan selepas tetamu menginap. Ini kerana saya bercuti Sabtu dan Ahad, jadi saya ada lebih 'banyak' masa berbanding waktu cuti suami yang tidak menentu. Suami akan membantu jika berkelapangan.

3) Ketelitian

Mengemas homestay adalah seperti mengemas rumah anda sendiri! Walau hakikatnya memamg homestay itu adalah rumah saya sendiri, tetapi saya tidak tinggal di situ. Sapu serta mop sehari sebelum tetamu masuk untuk mengelakkan tetamu masuk ke rumah yang berhabuk. Pastikan bilik air dicuci sebersih-bersihnya. Berus sinki, cermin muka, dinding dan lantai. Isi semula/ganti cecair mandian serta syampu jika telah habis. Ganti kain pengelap kaki.

Bagi bilik tidur: Pastikan cadar dan sarung bantal ditukar setiap kali tetamu keluar. Anda tidak digalakkan menyediakan tuala untuk tetamu atas alaasan kebersihan. Namun jika anda ingin berbuat demikian, pastikan tuala dicuci menggunakan air panas setiap kali selepas tetamu menggunakannya. Ingat, anda tahu kemampuan dan kesanggupan anda. Ukur baju di badan sendiri.

4) Kekemasan dan Suasana

Apa perasaan anda jika masuk ke homestay yang berbau harum? Tentu gembira bukan? Jadi, buat sedikit pelaburan, letakkan pewangi yang boleh diset automatik untuk mengharumkan ruang tamu anda. Letakkan bunga di meja kopi serta meja makan. Letakkan table runner di meja makan untuk menyerikannya. Namun saya tidak berbuat demikian kerana saya lebih suka suasana simple. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

5) Kemudahan asas serta tambahan

Saya meletakkan sabuah rak buku di ruang tamu kerana saya sangat suka membaca. Namun, terpulang kepada anda menentukan apakah 'faktor penambah' yang anda ingin sediakan di homestay anda. Saya juga sediakan makanan ringan seperti Maggi dan biskut. Saya juga sediakan bahan makanan serta minuman asas seperti kordial, gula, teh, beras, serta peralatan memasak termasuk tong gas.

Kemudahan asas lain adalah peti sejuk, masin basuh, pinggan mangkuk, tisu, pecuci pinggan serta pencuci tangan.

Sekian, moga panduan ini berguna untuk semua!