Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera kepada semua yang rajin membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Kali ini saya ingin bercerita perihal anak kesayangan saya. Alkisah anak kecil saya ini agak manja. Semasa umurnya 4 dan 5 tahun, Khyra merengek tidak mahu ke sekolah. Situasi yang agak membimbangkan bagi saya dan suami ketika itu kerana ia sampai ke tahap Khyra tidak mahu ke rumah pengasuh kerana takut Mak (panggilan kepada pengasuh) menghantarnya ke tadika. Kemuncak hal ini apabila Khyra menagis-nangis sehingga muntah kerana tidak mahu ke sekolah. Ketika itu si kecil ini berumur 4 tahun.
Akhirnya setelah berbincang dengan suami, kami menghentikan persekolahannya setelah 3 minggu ke tadika! Sabar sajalah saya ketika itu. Uniform semua sudah dibeli 4 pasang. :). Tetapi tidak mengapalah asalkan Khyra tidak mengamuk dan langsung tidak mahu ke rumah pengasuh. Setelah itu, keadaan kembali seperti sediakala. Dia saya hantar setiap hari ke rumah pengasuh. Alhamdulillah, pengasuh anak saya ini hanya mengambil seorang anak umtuk dijaga pada satu-satu masa. Lega juga saya kerana anak saya mendapat perhatian sepenuhnya daripada pengasuh.
Kini Khyra sudah 6 tahun, menunggu untuk menjejaki alam persekolahan tahun 1 pada 2015. Pertengahan tahun 2013, suami menemui ulasan di facebook Little Caliphs Sungai Dua tentang sistem tadika Islam menggunakan Bahasa Inggeris. Inilah yang kami cari selama ini kerana saya memang ingin anak saya ke tadika yang menggunakan perantaraan Bahasa Inggeris. Ditambah pula sistem tadika ini menekankan penghayatan agama, memang inilah pilihan tepat. Jadi saya dan suami sepakat mendaftarkan Khyra di Little Caliphs.
Saya masih ingat minggu pertama Khyra ke tadika. Kasihan juga melihat anak kecil meronta-ronta tidak mahu ditinggalkan di tadika, namun saya cekalkan hati. Setiap kali menghantar Khyra, saya harus mengendongnya ke pintu tadika, tinggalkan pada teacher yang bertugas, dan tanpa menoleh lagi terus ke kereta. Tidak sampai hati rasanya tetapi demi masa depan anak ini, saya tabahkan hati. Alhamdulillah berbaloi rasanya kerana masuk minggu kedua, Khyra sudah mampu tersemyum ke tadika.
Little Caliphs adalah program francais yang diasaskan oleh pasangan suami isteri Hajah Sabariah Faridah dan Haji Roslan Nordin. Kedua-dua mereka merupakan professional dalam bidang masing-masing iaitu Hajah Sabariah dalam bidang Kimia serta Haji Roslan dama bidang Komputer. Keduanya menjawat pelbagai jawatan penting dalam konglomerat terkenal dan institusi pendidikan berprestij sebelum meletakkan jawatan dan menumpukan sepenuhn masa membangunkan program tadika Islam menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama disamping bahasa Melayu.
Program Little Caliphs ternyata amat berkesan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Contoh terdekat adalah Khyra, puteri saya. Awal 2014, Khyra menyertai keluarga besar Little Caliphs dengan kemahiran membaca yang hampir kosong. Ditambah pula kemahiran Matematiknya yang agak kurang memberangsangkan. Namun, pada Oktober 2014, saya hampir tidak percaya anak saya sudah boleh membaca dengan baik. Yelah, kalau nak dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang masuk ke tadika pada umur 4 atau 5 tahun, pasti mereka lebih cekap. Namun, kurang dari setahun, Khyra sudah pandai membaca serta mengira 1-100! Bayangkan pada awal tahun, kalau disuruh mengira 1-10 pun masih tunggang-langgang, ini sudah mampu mengira hingga 100! Saya amat terharu dann berterima kasih atas semangat serta sikap dedikasi yang ditunjukkan oleh semua tenaga pengajar Little Caliphs Sungai Dua yang diterajui oleh Puan Azlaini Ahmad.
Akhir kata, moga ilmu yang telah dicurahkan oleh tenaga pengajar Little Caliphs Sungai Dua akan dapat dimanfaatkan anak saya yang bakal melangkah ke alam persekolahan beberapa hari sahaja lagi.
Terima kasih cikgu. Thank you Little Caliphs Teachers!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment