Foto: Rozanah Zakaria
Hidup ini ada pelbagai macam dugaan dan cabaran.
Dalam setiap dugaan dan cabaran itu, seringkali kita disanggah atau disokong oleh pendapat-pendapat manusia lain.
Adakala kita rasa mereka betul. Namun, kadang-kadang kita rasa kita saja yang betul.
Betulkah telahan kita setiap kali itu? Bagus benarkah kita sampai tidak perlu kepada pandangan orang atau manusia lain?
Waima manusia-manusia itu adalah ibu bapa kita sendiri?
Kalau kita orang yang kaya, siapa yang berjasa di sebalik mendidik kita menjadi orang yang berpendidikan seterusnya jadi berjaya dan kaya?
Hendak mendabik dada mengatakan ibu bapa kita jangan masuk campur urusan peribadi kita?
Kerana umur kita sudah lebih 18 tahun? Kita orang Islam bukan?
Yang mengatakan dan memomokka n kita dengan istilah 'free at 18' itu adalah penjajah di dunia sekular di barat sana!
Mengapa perlu kesampingkan ajaran agama sendiri yang mengatakan anak perempuan perlu taat kepada ibubapa selagi tidak berkahwin, dan anak lelaki perlu taat sehingga ke akhir hayat?
Mengapa perlu buat tidak tahu sedangkan ilmu agama kita sarat di dada dek usaha ibubapa yang memastikan kita mendapat didikan agama secukupnya?
Mengapa perlu ego mengatakan kita sudah dewasa, sudah ada kawan-kawan yang memahami?
Faham sangatkah kawan-kawan itu yang menyepikan diri tatkala kita ditimpa bala?
Ke mana mereka?
Kalau ada pun kawan yang sanggup sehidup semati, tergamakkah kita gantikan ibubapa kita dengan mereka ini?
Catatan ini untuk renungan kita bersama.
Moga kita semua dilindungi Allah dari bala bencana disebabkan tiada redha ibu dan ayah terhadap kita, mohon dijauhkan olehNya.
Amin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment