Saturday, April 30, 2016

Berlari ke hutan teriakku

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

'Berlari ke hutan teriakku'
Hayati erti hidup yang dihadapanmu.


Itu saja yang aku hafal bait puisi Cinta dalam Ada Apa Dengan Cinta dulu.
Sekarang demam Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) pula.
Masih menunggu peluang untuk 'bertemu' Rangga semula.
Dalam kekalutan, pasti aku peruntukkan masaku.

Itu impian.

Realitinya?

Hidup, realiti dan impian adalah satu nyawa. Walau berbeza dimensi, arahnya sama.
Maka, jangan sekali kau perlekehkan impian demi satu realiti yang bakal kau genggam.

Dari anganan menjadi cita-cita untuk menggapai bintang.
Namun sandaranmu perlu kukuh.
Tidak ampuh andai kau hanya bersandar pada angin yang bertiup,
namun berdegar kau canang mulianya dan gahnya impianmu.

Realiti walau setinggi mana, pasti bakal kau genggam, andai impianmu sekuat azam dan segigih kudrat dan keringat yang dikerah.

Ayuh! bangunlah dari mimpi, wahai anak bangsaku, wahai anak bangsa Malaysia!

Kau punya tugas besar untuk digalas.

Demi masa depanmu, demi masa depan nusamu!

Kini, aku berlari ke hutan, teriakku adalah teriak riang, kerna aku tahu, 'Rangga'ku ada di situ, menunggu aku, memimpin tanganku demi merealisasi sebuah impian, bagi mengisi sedetik makna hidupku...:)

Demam AADC2.

Wassalam. ;)

Hendak bercuti? Bagaimana merancang percutian yang bermakna?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Pengalaman pertama Cik K menaiki ETS


Salam. Cuti sekolah akan menjelma kurang dari sebulan lagi. Ramai yang sudah buat tempahan umtuk bercuti. Sebagai pemilik homestay, saya ada beberapa saranan, panduan dan etika untuk orang-orang yang ingin bercuti atau 'holidaymakers':

1) Rancang awal percutian anda.

Lebih lama lebih baik. Samaada percutian anda melibatkan penginapan homestay atau hotel. Ada tetamu yang menempah homestay saya setahun lebih awal berserta deposit. Jadi kerja pemilik homestay jadi mudah, begitu juga dengan pelanggan.

2) Tentukan bilangan ahli rombongan untuk bercuti, catat.

Kira bilangan semua yang terlibat termasuklah kanak-kanak dan bayi. Ini kerana mereka juga ada hak untuk ruang sendiri (dalam kenderaan dan penginapan).

3) Buat pelan (itinerary) untuk panduan semasa percutian anda.

Itinerary yang lengkap bakal memudahkan pergerakan dan menjadikan percutian anda sesuatu yang tenang dan menggembirakan.

4) Minimumkan jumlah beg.

Jangan bawa terlalu banyak barang. Bawa hanya yang betul-betul perlu sahaja. Ini kerana ada risiko tertinggal beg jika anda bawa terlalu banyak barang.

Jadi, apa lagi? Rancang percutian anda sekarang! Kesibukan kerja tidak akan habis, 'cipta' masa percutian yang bermakna bagi anda sekeluarga sekarang! :)

Selamat bercuti!

Bagaimana mengajar Grammar bagi pelajar yang tidak minat Bahasa Inggeris?




Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Tip di sini adalah aktiviti yang telah saya jalankan di kelas bersama pelajar-pelajar saya yang seringkali pasif dan tiada minat dalam subjek ini.

Idea asal saya adaptasi daripada catatan facebook Little Chuckee oleh Saudara Muhammad Nazmi serta idea yang pernah diberikan rakan rasa Teacher Melorina. Namun, saya aktiviti daripada idea saudara Nazmi ini saya adaptasi mengikut kesesuaian bagi pelajar saya kerana beliau mengajar sekolah rendah manakala saya di sekolah menengah.




Kelas: Grammar (mengklasifikasi Noun dan Verb)
Tempat: Hadapan pentas mini, padang sekolah (kelas saya waktu pagi, jadi cuaca masih redup ketika itu)



Permulaan kelas: pelajar saya bahagikan mengikut kumpulan. (saya tentukan bilangan ahli kumpulan, tetapi saya beri kebebasan pelajar untuk memilih ahli kumpulan).

1) 'Paper and Bingo': bagi menentukan kumpulan yang akan memulakan aktiviti, saya beri 2 'bola' dibuat dari kertas warna.

Kelas grammar dimulakan dengan Aktiviti Bingo untuk menentukan kumpulan yang akan memulakan 'shaking'. Dalam kelas ini, saya arahkan pelajar membentuk 6 kumpulan. Mereka boleh memilih ahli kumpulan sendiri. Jadi, masing-masing sangat seronok bekerjasama daalam kumpulan yang 'satu kepala'. Kotak 'bingo' saya tandakan dengan nota post-it. Aktiviti dimulakan dengan setiap kumpulan menghantar seorang wakil ke hadapan pentas kecil untuk melontar bola kertas (dibuat daripada kertas pelbagai warna-untukkelas ini saya hanya gunakan dua warna-jadi, setiap kali lontaran, hanya dua wakil kumpulan berdiri di kotak -yang saya tandakan dengan kertas A4) yang disediakan di hadapan pentas kecil). Setiap kumpulan yang berjaya 'bingo' (dapat melontar bola ke dalam sekurang-kurangnya 2 petak berturut-turut), kumpulan tersebut tersenarai sebagai antara 3 kumpulan pertama yang akan melakukan aktiviti 'shaking'

  




Pelajar yang dipilih atau sukarela menjadi 'mangsa' atau 'yang terpilih' untuk dilekatkan nota-nota post-it yang terdapat 'nouns' dan 'verbs' di atasnya. Ahli kumpulan lain akan bersorak memberikan semangat serta menunggu untuk mengutip nota post-it yang terjatuh ke tanah untuk dilekatkan daalam kertas warna yang disediakan. 'Mangsa' hanya dibenarkan menggoyangkan kepala/badan atau mengerutkan muka bagi menjatuhkan nota yang dilekatkan di muka mereka. Mereka tidak dibenarkan menggunakan tangan

 


Selepas aktiviti, pelajar yang mengutip nota yang jatuh, beserta dengan ahli kumpulan yang lain perlu sama-sama mebincangkan kelas perkataan-perkataan yang diberikan, kemudian melekatkan nota-nota tersebut di atas kertas warna yang dibekalkan.

Selesai aktiviti klasifikasi, sayamempamerkan hasil kerja para pelajar di atas pentas kecil dalam satu baris. Kemudian setiap kumpulan mengambil giliran untuk 'memeriksa' hasil kerja kumpulan lain bagi menentukan pemenang serta mengenalpasti jika terdapat klasifikasi yang tidak tepat.

Bagi pemenang, kesemua klasifikasi yang betul serta masa terpantas yang diambil bagi melengkapkan cabaran diambilkira. Pemenang mempunyai kelebihan memilih jenis hadiah yang dikehendaki mereka. (Saya menyediakan seuncang hadiah yang terdiri daripada key-chain, buku nota kecil, gula-gula, nota post-it, pengasah pensel pelbagai warna serta beberapa jenis alatulis-barangan ini sentiasa ada dalam simpanan saya kerana saya akan membeli apa sahaja di jualan penghabisan stok-saya akan ceritakan bab hadiah ini di entri seterusnya). 

Akhirnya, semua pelajar mendapat hadiah atas usaha mereka namun semuanya berpuas hati terutama kumpulan yang menang kerana mereka mempunyai kelebihan memilih hadiah kegemaran. :)

Lanjutan daripada aktiviti ini, pelajar diminta menggabungkan perkataan yang dikelaskan, menjadi ayat-ayat yang bermakna.

Aktiviti ini sesuai dilakukan bagi kelas grammar untuk menyediakan para pelajar bagi kelas penulisan kelak.

Selamat maju jaya!

Komen anda amat saya alu-alukan.

Wassalam.