Monday, June 27, 2016

Islam itu mudah, bukan untuk dipermudahkan

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google
Mengaku Islam tapi tiada adab, betul ke kau memang percaya ajaran Islam sepenuhnya?

Islam itu mudah bagi yang belajar bersungguh-sungguh untuk memahami.
Realiti?

Ramai yang faham Islam sikit-sikit, lepas itu buat kesimpulan sendiri.
Itu yang jadi kes bodoh sombong, kes yang kata Islam menindas wanita.
Contoh, jika semua faham Islam betul-betul, tiada masalah untuk wanita makan ketika haid, di rumah masing-masing.
Adik-beradik lelaki yang faham agama tidak akan mengejek atau memandang rendah mereka yang makan ketika waktu yang dibolehkan ini.

Mengapa terjadi yang dikatakan diskriminasi?
Mudah.

Kedua-dua pihak, kedua-dua belah pihak tidak mendalami dan cuba memahami Islam.
Istilah mudah, bongkak dengan hukum Tuhan.
Rasa diri adalah yang terbaik walau menutup aurat masih tidak sesempurna mana.
Lantas dengan lantang menuding jari kepada mereka yang pakar dalam agama, seolah-olah alim ulama ini tiada kemuliaan untuk disanjungi.

Inilah dunia akhir zaman.

Islam akan jatuh oleh perbuatan jahat umat Islam sendiri.
Aku ada ramai kawan-kawan dari agama lain.
Betapa mereka bawa adab sopan dalam menyantuni aku ketika berpuasa.
Tentu aku tidak kisah jika mereka makan di depanku ketika aku berpuasa, kerana aku faham, apa hak aku untuk menghalang.

Tapi kau tahu apa reaksi dan kata mereka?

Mereka akan pastikan aku berada di tempat lain ketika mereka makan.
Bukan aku minta begitu.
Tetapi kata mereka, mereka hormati aku yang berpuasa.
Lihat, betapa indah dunia ini dihiasi orang-orang yang berakhlak.

Jadi kau yang Islam, tidak mahu hormati orang Islam sendiri, hendak kata apa ye?
Aku rasa malu pada kawan-kawan aku yang sangat memahami fahaman agama aku walau kami berbeza kepercayaan.
Kami saling menghormati pegangan masing-masing.

Berbalik kepada orang Islam yang berbuat jahat kepada orang Islam sendiri, kemarin aku dengar Radio Malaysia Kedah.
Kata ustaz, orang yang begini, tidak menghormati saudara seagama, malah mencaci mereka, ini orang fasik.

Bukan aku kata, ustaz kata.
Ustaz ini pengajiannya tinggi dan mendalam dalam bidang agama Islam.

Jadi kau jangan hendak buat fatwa sendiri mengkafirkan aku pula.

Semoga kita orang Islam mati dalam Islam dan Iman.

Amiin.

Sekian.

No comments:

Post a Comment