Thursday, November 10, 2016

Toto dan kasut.


Lepas kerja, jalan-jalan cari toto (comforter dalam bahasa utara).
Selepas beli toto, rasa macam hendak makan pula.

Aku menjenguk kedai bihun sup dan moi sup, tak buka pula hari ini.
Sudah terbayang-bayang air gelas besar, hampir sebesar jag kecil di rumah aku.
Aku telan liur. Kecewa.

Aku pusing kiri kanan, ternampak kedai kasut.
Tidak pernah pula aku masuk kedai ini.
Menjenguk ke kedai kasut, ternampak pulak kedai menjual laksa, bihun sup dan mee kuah.
Ish! Sedapnya.

Aku menjenguk di bahagiaan belakang, mata meliar mencari tempat untuk duduk, penuh!
Terbayang pulak aku sedang makan laksa. Haish!
Last-last aku beli nugget sahaja. Teramat lapar, perut berkeroncong minta diisi. 

Sambil menjinjing plastik nugget, aku ke kedai kasut tadi.

Teringat pada Cik K yang rajin ke kelas KAFA, dengan selipar pink yang sudah makin kelabu pinknya.
Banyak kasut kanak-kanak di sini.

Aku meninjau sekitar dalam kedai.
Ingat hendak menjamu mata sahaja, akhirnya nampak selipar pink comel.
Tengok harga, tidaklah mahal sangat.
Aku ambil sepasang, kuhulur pada adik penjaga kedai.

Sambil berdiri di kaunter bayaran, mata aku melilau melihat sekeliling.
Tiba-tiba ternampak pula 1 kotak besar kasut atas lantai.

Aku tanya adik si penjaga kedai,
'kasut tu buat apa, juai ka?'

'Ha, juai murah kak. Kasut tu ada kuning-kuning sikit. Elok lagi, jenama tu mahal-mahal tu, kualiti pun elok', jawabnya ramah.

Aku terus ke kotak kasut.
Aku belek.

'Berapa satu ni dik?'
'Pat blas ja kak'
'Mai kira ada berapa pasang? Nak ambik semua'

Sambil adik tu mengira kasut, aku duduk di kerusi.
Aku minta izin hendak duduk sambil makan, teramat lapar!

Dipendekkan cerita (pendeklah sangat kan! Haha!😝)

Inilah kasut2 tu, aku dah prism-kan.

Nanti bila sudah sedia semuanya, aku tunjuk gambar sebenar & apa motif sebenar aku beli kasut-kasut ni.

(Walaupun aku percaya, buat apa-apa tidak semestinya perlukan motif dan tidak semestinya perlu menjelaskan dengan panjang lebar pada orang lain.)

Jeng! Jeng!
👻👻

Terima kasih kerana membaca sehingga setakat ini.
Tunggukan sambungannya!

Sekian.

#iamrozanne
#idowhatifeelright

Monday, October 24, 2016

Pengalaman mengajar

Teks: Rozanah Zakaria

Kalau ada yang tanya, apa pengalaman yang telah saya kutip sepanjang bergelar guru Bahasa Inggeris?

Antaranya:
- menjadi guru Bahasa Inggeris bagi peringkat SPM lebih dari 10 tahun
- menjadi Jurulatih Utama subjek Bahasa Inggeris bagi Negeri Pulau Pinang.
- menjadi penulis modul bersama untuk subjek Bahasa Inggeris SPM peringkat negeri Pulau Pinang.

Selebihnya saya berpengalaman sepenuhnya mengajar kelas-kelas menengah atas sepanjang khidmatbsaya sebagai guru Bahasa Inggeris.

Berminat sertai kelas tutorial eksklusif bersama saya? Jom sertai kelas saya bagi tahun 2017.

Hubungi saya di 012-4208212.

Selamat maju jaya! 🙋

Sunday, October 23, 2016

Demam SPM

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Kelas studi hujung minggu.

Saya yakin, demam peperiksaan SPM makin menngunung sekarang buat adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan besar ini bermula 7 November ini. Apa perlu buat di saat hati makin gelisah, minda semakin berkecamuk? Terus bertenang dan bekerja sepantas mungkin, menggunakan seoptimumnya masa dan ruang yang ada. Antara yang boleh dilakukan:

1) Patuhi jadual belajar anda dengan penuh kegigihan
2) Rehat secukupnya
3) Makan makanan yang berkhasiat, tinggalkan terus makanan ringan
4) Hindari terus aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, keluar meronda di kompleks membeli-belah
5) Jaga solat dan perbanyakkan solat sunat: contoh seperti Solat Dhuha, Solat Hajat dan sebagainya.

Akhir sekali, setelah semua usaha dilakukan, barulah berserah dan berdoa.
Inilah erti sebenar tawakkal kepada Allah.

Teacher doakan adik-adik semua berjaya mendapat keputusan yang diidamkan. Ameen.

-Teacher Rozanne-

Tuesday, October 11, 2016

Doa Secara Khusus

Teks: Rozanah Zakaria

Kata orang, 'be careful with what you wish for'.
Betul, memang kena berhati-hati terutamanya dalam percakapan kita seharian.

Jadi, jika kita ingin sesuatu menjadi kenyataan, perlukah kita sebut atau ulang hal tersebut?
Ya, perlu! Sangat perlu.

Bagaimana?

Salah satu cara adalah dengan berdoa.
Berdoalah dengan khusus.
Saya selalu praktikkan ini.

Kenapa?

Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Jadi, apa sahaja yang ibgin kita inginkan, mohon saja padaNya.
Ya, apa sahaja.
Bukankah alam ini dan seluruh isinya adalah milik Allah?

Jom dhuha?
Jom berdoa.

Sambil itu, jangan abaikan adab berdoa ye!

Selamat meneruskan hari ini dengan rahmatNya, in sha Allah. ☺️

Wednesday, September 7, 2016

SPM Paper 2 1119/2, Summary Writing

Teks: Rozanah Zakaria

Dalam summary, calon SPM perlu ingat, calon perlu:

1) menulis dengan ringkas dan padat (tiada contoh-contoh yang tidak perlu)

2) untuk tidak menggunakan linkers (furthermore, despite, though, next dan sebagainya) jika tidak perlu.

3) memastikan tiada kesalahan ejaan (nampak remeh tapi sangat penting!)

4) menulis dalam hanya 130 perkataan (termasuk 10 perkataan yang diberi).

Selamat menjawab!

Tuesday, September 6, 2016

Summary Kertas 2, Bahasa Inggeris SPM

Teks: Rozanah Zakaria

Dalam menulis summary SPM, pastikan anda TIDAK:

1) menambah point sendiri
2) mengubah MAKSUD ayat selain dari yang diberikan dalam teks
3) membuat kesalahan ejaan

Kenapa?

Kerana kesalahan yang sedikit, jika dilakukan berulang-ulang sehingga mencacatkan summary, membuatkan anda hilang markah. Rugi bukan?

Selamat menjawab!

Sunday, September 4, 2016

Section B SPM Kertas 2 Bahasa Inggeris

Teks: Rozanah Zakaria

Para pelajar calon SPM mesti sangat cermat dan berhati-hati menjawab bahagian B ini. Ini kerana pemarkahan bahagian ini adalah sangat 'strict' kerana ia antara bahagian yang paling 'senang' dalam kertas 2, Bahasa Inggeris SPM.

Antara hal penting yang perlu diambil perhatian adalah:

1) pastikan tiada langsung kesalahan ejaan (termasuk penggunaan kata nama khas)
2) jawab apa yang ditanya sahaja, ringkas tetapi padat (contoh: jika soalan bertanya tentang masa, jadi jawapan mesti berkenaan masa, bukan termasuk hari dan tarikh)

Itu sahaja, selamat skor 10/10 untuk bahagian ini!