Tuesday, May 26, 2015
Pernah rasa geram?
Foto: Carian Google.
Pernah rasa geram? Apa anda buat bila geram?
Bila saya geram, macam-macam saya buat untuk melepaskan geram. Sebenarnya memang bila geram, rasa macam hendak lempar apa sahaja yang di depan mata kita, bukan? Bukan sekali saya terfikir bgitu, namun saya tukar objek. Kerana, pada saya, jika kita marah, tidak boleh terlalu simpan di dalam hati, parah jadinya! Haha.
Berbalik kepada objek yang saya tukar tadi. Objek paling selamat adalah bantal. Geram punya pasal, bantal jadi mangsa, kena tumbuk, kena baling, macam-macamlah. Hehe. Kerana apa? Kalau ambil pinggan, alamat jenuh hendak ke langkawi pula hendak beli yang baru, haha!
Selain itu, saya tidak boleh duduk diam jika geram atau marah. Saya boleh siapkan semua kerja seperti lipat kain, gosok pakaian, sapu lantai dan mop lantai, kemas dapur, kemas rak buku dan cuci bilik air. Itu antara yang selalu saya buat untuk melorongkan rasa marah atau geram.
Apabila selesai semua tugas, biasanya saya akan rasa lega yang teramat sangat. Fuh! Biasanya tidak mengira waktu. Pernah saya siapkan semua kerja-kerja ini sehingga jam 3 pagi! Selepas selesai, apa lagi, terus tidak sedarkan diri, tidur!
Alhamdulillah, dengan melakukan ini, saya selalunya berasa lega dan hilang beban dan rasa marah. Secara tidak langsung juga, tenaga marah atau geram itu saya salurkan untuk selesaikan kerja yang selalu tertangguh dek kurangnya semangat.
Hmm, itu cerita saya. Anda pula bagaimana? Apa anda buat bila geram atau marah? Boleh tinggalkan komen positif agar perkongsian kita sama-sama bermanfaat untuk kita semua.
Wassalam.
Nota: "What You Give You Get Back": Lagu Scorpion
Monday, May 25, 2015
Tema Sambutan Hari Guru
Foto: Carian Google
Bahang sambutan hari guru masih terasa.
16 Mei tidak berlalu begitu sahaja setiap tahun tanpa meninggalkan kesan kepada saya. Sungguh, betapa saya berbangga menjadi seorang pendidik. Pernah saya terbaca satu petikan kata-kata (tidak diketahui siapa penulis asalnya) di laman muka buku saya. Bunyinya lebih kurang begini (saya ubahsuai sedikit dengan ayat saya):
Membaca status itu, hati saya berbunga. Tipulah jika tiada perasaan bangga dalam diri tatkala mendapat pujian atas amanah yang berat ini.
Bercerita tentang Hari Guru, minggu lepas sekolah anak saya mengadakan sambutannya. Saya awal-awal lagi sudah memastikan dengan guru kelas anak, nama guru-guru yang mengajar kelas anak saya. Hendak buat sedikit 'goodie' untuk guru-guru cemerlang ini, yang tidak jemu mendidik anak saya.
Petang hari sebelumnya, saya terfikir hendak membeli kek. Terus saya ke pekan berdekatan rumah, beli sebiji kek. Si kecil saya yang pilih sendiri kek untuk cikgu-cikgunya. Betapa saya lihat dia gembira. Begitu juga harapan saya, guru-gurunya gembira dengan tanda penghargaan saya yang tidak seberapa, jika hendak dibandingkan kesabaran mereka mendidik anak saya.
Selesai satu bab.
Sekolah saya pula, akhir minggu ini baru akan diadakan sambutannya. Hari terakhir persekolahan sebelum bercuti panjang dua minggu. Tema diberikan tuan pengetua: 60-an. Hehe. Tersenyum. Saya terus terbayang cerita-cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Mana hendak cari baju tema 60-an ye? Saya terfikir sebenarnya baju kurung 'peplum'. Baju ini kembang dari pinggang ke bawah. Hmm, menarik juga. Saya sempat menyuarakan kepada suami. Saya katakan, boleh terus buat untuk baju raya nanti. Suami mencadangkan baju kebaya. Haha, saya sudah pening.
Siang tadi, dalam perjalanan pulang dari berkursus, saya singgah menelek baju-baju tema 'polkadot'. Menarik juga. namun akhirnya tidak jadi membeli kerana kurang berkenan di hati. Jadi, misi mencari baju Cikgu Rose tinggal lagi 4 hari. Harap-harap saya dapat baju yang sesuai. :)
Tidak sabar rasanya menanti menjelangnya sambutan hari guru tahun ini. Bersemangat lain macam rasanya. Haha.
Apa pun, yang penting, tugas guru adalah sepanjang hayat. Andai suatu hari, saya tidak lagi bergelar guru secara hakiki, saya yakin, jiwa saya tetap di bidang ini. Namun, saya mungkin menyumbang dengan cara saya sendiri. In sha Allah.
Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik! Saya bangga menjadi guru Malaysia!
Wassalam.
Bila kali terakhir?
Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Bila kali terakhir anda merenung ke dalam cawan kopi?
Merenung saat kopi tersebut berputar melawan arah jam apabila sudu besi kecil mengacaunya.
Merenung butir-butir serbuk krimer larut sedikit demi sedikit.
Atau menguis-nguis krimer yang berketul-ketul dek terlalu tepu.
Atau melihat corak terjadi akibat krimer dan putaran kopi tersebut.
Bilakah kali terakhir?
Anda mengambil sedikit masa menikmati kopi dengan fikiran lapang.
Sambil sudu di tangan menguis-nguis bubur jagung cair bersama bukan roti benggali.
Ada bunga di meja.
Walau bunga plastik dengan jeli palsu sebagai hiasan; ternampak begitu indah.
Kenapa?
Kerana setiap detik indah yang kecil-kecil begitu; andai kita hanya 'berhenti' sebentar dan merenung,
maka;
kecilnya momen-momen indah ini jika dikumpul saban hari, pasti bakal menjadi kilauan gemerlapan hidup anda - hidup kita - bagai bintang-bintang di dada langit.
#Nota: saya bukan peminat tegar kopi. Namun, adakala saya 'layan' juga 'masa kopi'. Hidup yang indah adalah pilihan. Hidup anda, anda tentukan-dengan izin Allah jua.
Anda tidak perlu minum kopi untuk cipta 'masa kopi'.
Jom hari ini, cipta 'masa kopi' anda.
Wassalam.
Kemudahan tambahan di homestay
Foto: Rozanah Zakaria
E-book Super WAHM Super MOM
Foto: Carian Google
Sumber: E-book Super WAHM Super MOM oleh Puan Masayu Ahmad
Salam. Selesai membaca e-book ini, saya bertambah semangat.
Permulaan e-book ini (muka hadapan) dimuatkan dengan kata-kata ini, 'urus masa, urus tenaga, urus rumahtangga'. Sangat menarik minat saya. Saya percaya, para pembaca juga teruja dengan kata-kata ini, bukan?
Pada fikiran saya, zaman mutakhir ini, ramai yang bercita-cita seperti saya juga. Ingin mengejar kerjaya sebagai seorang profesional dalam bidang saya, tetapi pada masa yang sama ingin menjaga anak sendiri di rumah. Bukan kerana malas ingin keluar ke dunia luar, namun saya percaya ramai yang makin menyedari peri pentingnya sentuhan seorang ibu, mama atau umi dalam mengemudi kehidupan berumahtangga.
Apabila saya mula membaca e-book ini, saya sangat gembira! Kenapa? Kerana ia sarat motivasi dan inspirasi yang memberikan saya persepsi yang betul tentang bekerja di rumah.
Antaranya, Puan Masayu menyenaraikan 8 kegembiraan bekerja dari rumah. Saya selitkan beberapa contoh di sini:
1) Tidak terikat dengan sesiapa
2) Tinggalkan kebiasaan orang ramai. Contoh seperti tidap perlu menghadapi kesesakan lalulintas setiap hari.
3) Bercuti pada bila-bila masa.
Beberapa konsep bekerja di rumah seperti SAHM (Study at Home Mom/Stay at Home Mom), WAHM (Working at Home Mom) dan SOHO (Small Office Home Office).
Apa ada dalam fikiran anda sekarang? Terfikir hendak berhenti kerja kemudian baru mulakan bisnes dari rumah? Berhenti dulu! Fikir! Anda perlu singkirkan mitos itu dari fikiran anda! Itu kata-kata Puan Masayu.
E-book ini juga memuatkan banyak contoh-contoh 'kehidupan-sebenar' atau 'real life situation' tentang mereka yang telah menjadi WAHM. Membaca kisah-kisah ini menyuntik semangat dan inspirasi kepada saya.
Jadi, jika anda ingin menjadi WAHM, bila masa yang sesuai? Jawapannya ada di dalam e-book serba lengkap ini. Terdapat panduan asas dan persediaan sebelum berhenti kerja. Juga diselitkan kisah suri yang telah berhenti kerja dan menjalankan bisnes sendiri.
Hendak tahu lagi? Ha, kenalah menyertai ABDR, baru dapat kesemuanya! :)
Jom sertai ABDR hari ini! Saya teelah mendapat manfaatnya, anda? Bila lagi?
Hubungi saya unttuk maklumat lanjut di:
W/app@sms: 012 4208212
E-mail: rozanahz@yahoo.com
Wassalam.
Sunday, May 17, 2015
E-book Asas Blog Penulisan
Foto: Carian Google
E-book Asas Blog adalah e-book pertama dan wajib dibaca peserta Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Lama juga masa saya ambil untuk menghabiskan e-book ini. Bukan disebabkan isi kandungannya, tetapi komitmen saya yang pasang-surut melambatkan proses. :)
Dalam e-book asas blog ini, saya diberi panduan analisa dan senarai semak. Panduan ini sangat membantu menentukan arah penulisan saya. Bukan itu sahaja, dibekalkan dengan e-book ini pun saya sudah cukup gembira. Apatah lagi, diselang-seli dengan bimbingan berterusan oleh guru online Puan Anys Idayu Zakaria.
Contoh analisa antaranya melibatkan pengalaman kerja, minat/kepakaran dan matlamat dalam menulis blog. Sungguh, sebelum menyertai kelas ini, saya kerap juga mengemaskini blog namun, boleh dikatakan tanpa arah. Saya hanya menulis apa yang terlintas di fikiran tanpa satu matlamat yang jelas. Jadi, keputusan saya untuk menyertai Kelas Asas Blog Penulisan ini, saya kira amat tepat! Dan saya gembira dengan perkembangan blog saya. Sangat gembira. :)
Selain itu, peserta Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) juga didedahkan berkaitan penjenamaan diri. Walau bidang saya di universiti adalah Pemasaran, betul-betul saya tidak terfikir tentang ini semasa menulis blog. Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, saya dapat hasil yang amat menujakan apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang tiada langsung 'tapak' atau 'jejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembira bukan kepalang!
Selain itu, contoh-contoh penulisan analisa penulis-penulis blog yang telah mencipta nama dalam dunia berblog juga dimuatkan. Begitu banyak sekali contoh diberikan sehinggakan saya boleh terus menulis gaya sendiri setelah meneliti kesemua contoh penulisan tersebut.
Akhir sekali, e-book ini juga disertakan dengan langkah demi langkah penulisan pertama untuk pengenalan diri. Panduan yang diberikan oleh pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, sangat terperinci sehinggakan dimuatkan juga panduan menulis e-book.
Sungguh, pelaburan saya membayar yuran penyertaan ini, saya kira amat berbaloi dengan ilmu yang saya dapat. Memang benar, zaman sekarang, sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat, bagi setiap ilmu yang ingin dipelajari, haruslah ada guru yang membimbing kita, jika tidak, kemungkinan besar kita boleh terpesong dengan fikiran dan idea sendiri.
Akhir kata, jom sertai Akademi bekerja Dari Rumah kerana anda tidak akan tahu manfaatnya sehinggalah anda menyertai kami!
Jom sertai ABDR, klik pada 'tab' di atas untuk mengetahui lebih lanjut. Atau hubungi saya melalui aplikasi whatsApp/sms/email seperti di bawah:
SMS/whatsApp: 012 420 8212 (Rozanah Zakaria)
Email: rozanahz@yahoo.com
Wassalam.
Saturday, May 16, 2015
Selamat Hari Guru 2015
Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Aku cikgu.
Bertahan aku tatkala melihatmu muridku.
Aku cikgu.
Walau kelam-kabut siapkan failku,
Aku bahagia tatkala kau menyapaku anak didikku.
Aku ini seorang cikgu.
Perit hati ini
Luka perasaan ini
Pedih angananku
Semuanya terubat
Semuanya hanya singgah sebentar
Semuanya berwarna pelangi;
Kerana:
Anak muridku ubat hatiku
Anak didikku penawar luka itu
Anak-anakku mencorak pelangi itu.
Sayang kamu semua,
Anak didikku, warna pelangi hidupku.
Wednesday, May 13, 2015
Dr Azizan dan Prof Muhaya Idola Saya
Foto: Rozanah Zakaria
Salam.
Saya jarang menonton televisyen. Tapi, suatu pagi minggu, saya buka 'kotak lembab' itu (alih bahasa terus dari 'idiot box', boleh ke? Haha). Terus muncul satu rancangan bual bicara Prof Dr Muhaya. Ada juga bersama Dr Azizan Osman. Wah! Dua watak yang saya sangat kagumi. Terus mata saya melekat, telinga khusyuk mendengar bual bicara yang tentunya amat bermanfaat itu.
Tajuk perbincangan pagi itu adalah 'Berpagi-pagian Memberi Manfaat'.
Antara amalan rutin yang dilakukan Dr Azizan (mengikut kronologi) ialah:
1) Bangun jam 4 pagi - tunaikan ibadah sunat kepada Yang Maha Pencipta.
2) Baca buku.
3) Solat Subuh.
4) Berjalan-jalan (bersiar-siar ambil angin).
Manakala daripada Prof Muhaya, ini pula amalan harian beliau:
1) Bersyukur setiap hari kerana masih hidup
2) Doa - supaya hidup penuh dengan kebaikan serta niat untuk solat awal waktu
3) Tengok cermin dan senyum
4) Basuh tangan
5) Tonton Tanyalah Ustaz
6) Senaman
7) Ambil vitamin
8) Habiskan waktu pagi bersama keluarga
9) Niat untuk bekerja sebaik mungkin pada hari itu
10) Bangun setiap pagi lihat wajah ibu.
Jom audit diri kita.
Jom berazam untuk buat kebaikan sebanyak yang kita mampu. Moga hidup kita sentiasa dibawah bimbinganNya menuju ke arah yang diredhaiNya dunia dan akhirat. Amin.
Mahu kongsi amalan terbaik / positif anda setiap hari? Silakan penuhi ruang komen saya. Selamat beramal. :)