Tuesday, May 26, 2015

Pernah rasa geram?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google.



Pernah rasa geram? Apa anda buat bila geram?

Bila saya geram, macam-macam saya buat untuk melepaskan geram. Sebenarnya memang bila geram, rasa macam hendak lempar apa sahaja yang di depan mata kita, bukan? Bukan sekali saya terfikir bgitu, namun saya tukar objek. Kerana, pada saya, jika kita marah, tidak boleh terlalu simpan di dalam hati, parah jadinya! Haha.

Berbalik kepada objek yang saya tukar tadi. Objek paling selamat adalah bantal. Geram punya pasal, bantal jadi mangsa, kena tumbuk, kena baling, macam-macamlah. Hehe. Kerana apa? Kalau ambil pinggan, alamat jenuh hendak ke langkawi pula hendak beli yang baru, haha!

Selain itu, saya tidak boleh duduk diam jika geram atau marah. Saya boleh siapkan semua kerja seperti lipat kain, gosok pakaian, sapu lantai dan mop lantai, kemas dapur, kemas rak buku dan cuci bilik air. Itu antara yang selalu saya buat untuk melorongkan rasa marah atau geram.

Apabila selesai semua tugas, biasanya saya akan rasa lega yang teramat sangat. Fuh! Biasanya tidak mengira waktu. Pernah saya siapkan semua kerja-kerja ini sehingga jam 3 pagi! Selepas selesai, apa lagi, terus tidak sedarkan diri, tidur!

Alhamdulillah, dengan melakukan ini, saya selalunya berasa lega dan hilang beban dan rasa marah. Secara tidak langsung juga, tenaga marah atau geram itu saya salurkan untuk selesaikan kerja yang selalu tertangguh dek kurangnya semangat.

Hmm, itu cerita saya. Anda pula bagaimana? Apa anda buat bila geram atau marah? Boleh tinggalkan komen positif agar perkongsian kita sama-sama bermanfaat untuk kita semua.

Wassalam.

Nota: "What You Give You Get Back": Lagu Scorpion


2 comments:

  1. Salam.
    Saya kalau tengah geram, ada kalanya macam cik puan juga...sungguh2 buat kerja rumah (ni kalau geram dengan anak...). Cepat pulak tu siapnya, banyak kerja yang mampu buat. Pelik juga ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm Zaila. Tq for commenting & sharing. Hmm, bagus juga kan bila kita ada perasaan geram ni. Hihi. Semangat pun meningkat nak siapkan kerja. Hehe.

      Delete