Foto: Carian Google
E-book Asas Blog adalah e-book pertama dan wajib dibaca peserta Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Lama juga masa saya ambil untuk menghabiskan e-book ini. Bukan disebabkan isi kandungannya, tetapi komitmen saya yang pasang-surut melambatkan proses. :)
Dalam e-book asas blog ini, saya diberi panduan analisa dan senarai semak. Panduan ini sangat membantu menentukan arah penulisan saya. Bukan itu sahaja, dibekalkan dengan e-book ini pun saya sudah cukup gembira. Apatah lagi, diselang-seli dengan bimbingan berterusan oleh guru online Puan Anys Idayu Zakaria.
Contoh analisa antaranya melibatkan pengalaman kerja, minat/kepakaran dan matlamat dalam menulis blog. Sungguh, sebelum menyertai kelas ini, saya kerap juga mengemaskini blog namun, boleh dikatakan tanpa arah. Saya hanya menulis apa yang terlintas di fikiran tanpa satu matlamat yang jelas. Jadi, keputusan saya untuk menyertai Kelas Asas Blog Penulisan ini, saya kira amat tepat! Dan saya gembira dengan perkembangan blog saya. Sangat gembira. :)
Selain itu, peserta Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) juga didedahkan berkaitan penjenamaan diri. Walau bidang saya di universiti adalah Pemasaran, betul-betul saya tidak terfikir tentang ini semasa menulis blog. Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, saya dapat hasil yang amat menujakan apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang tiada langsung 'tapak' atau 'jejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembira bukan kepalang!
Selain itu, contoh-contoh penulisan analisa penulis-penulis blog yang telah mencipta nama dalam dunia berblog juga dimuatkan. Begitu banyak sekali contoh diberikan sehinggakan saya boleh terus menulis gaya sendiri setelah meneliti kesemua contoh penulisan tersebut.
Akhir sekali, e-book ini juga disertakan dengan langkah demi langkah penulisan pertama untuk pengenalan diri. Panduan yang diberikan oleh pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, sangat terperinci sehinggakan dimuatkan juga panduan menulis e-book.
Sungguh, pelaburan saya membayar yuran penyertaan ini, saya kira amat berbaloi dengan ilmu yang saya dapat. Memang benar, zaman sekarang, sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat, bagi setiap ilmu yang ingin dipelajari, haruslah ada guru yang membimbing kita, jika tidak, kemungkinan besar kita boleh terpesong dengan fikiran dan idea sendiri.
Akhir kata, jom sertai Akademi bekerja Dari Rumah kerana anda tidak akan tahu manfaatnya sehinggalah anda menyertai kami!
Jom sertai ABDR, klik pada 'tab' di atas untuk mengetahui lebih lanjut. Atau hubungi saya melalui aplikasi whatsApp/sms/email seperti di bawah:
SMS/whatsApp: 012 420 8212 (Rozanah Zakaria)
Email: rozanahz@yahoo.com
Wassalam.
No comments:
Post a Comment