Tuesday, May 3, 2016

Jurnal Writing

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
       Murid-murid saya bersemangat 
   membentuk ayat semasa aktiviti 'Crack 
          The Code' bagi kelas 'writing'

Catatan ini khas untuk para guru yang ingin membantu anak didik anda memahirkan diri dalam penulisan bahasa Inggeris.

Gunakan kaedah Jurnal Writing. Saya pernah buat semasa di universiti dulu, semasa di Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Apa itu jurnal writing? Ianya amat mudah. Minta anak murid anda sediakan satu buku catatan kecil (biasanya saya suka buku saiz B5) untuk dia menulis catatan hariannya.

Minta murid anda mula menulis setiap hari, apa yang anda mahu mereka tulis, terpulang kepada anda. Bagi saya, saya beri sepenuhnya kebebasan kepada anak didik untuk menulis apa sahaja; iaitu  jadikan jurnal tersebut sebagai diari harian.

Mereka boleh menulis apa sahaja yang mereka ingin tulis, asalkan setiap kali menulis, mesti selitkan sekurang-kurangnya satu perkaraan baru.

Setiap minggu, mereka akan hantar jurnal kepada saya untuk diperiksa. Biasanya saya minta mereka hantar pada hari jumaat, jadi saya ada dua hari setengah untuk memeriksa jurnal tersebut.

Disebabkan saiz jurnal yang agak ke il, jadi mudah untuk saya bawa ke mana saja saya pergi walaupun pulang ke kampung.

Kaedah menyemak catatan jurnal murid: saya hanya tanda jika kesalahan tersebut sangat 'glaring', dengan cara ini, murid tersebut tidaka akan 'down' sekiranya tulisannya penuh dengan dakwat merah. 

Ini adalah salah satu cara menggalakkan pelajar menulis untuk mengembangkan idea mereka, bukan terlalu tertumpu pada kesalahan 'grammar' sehingga 'mematikan' idea mereka yang mencurah-curah.

Setelah dipulangkan, murid perlu menulis semula setiap karangan yang mempunyai tanda merah. Dengan ini, murid akan belajar menulis lebih baik, secara mereka tidak sedar.

Mahu cuba? Apa lagi? Mulakan hari ini. Kaedah ini boleh diubahsuai mengikut kebolehan murid-murid anda masing-masing. Feel free to share!

Wassalam.


No comments:

Post a Comment