Monday, December 19, 2016

2017 tahun yang membosankan?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Nikmati saat-saat indah hidup anda.

Tahun baru bakal menjengah tidak berapa lama lagi. Pejam-celik, pejam-celik, sudah hampir ke penghujung 2016.

Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2017, perjuangan anda seharusnya sudah memasuki fasa 'full-gear'! Apa maksudnya, ya?

Maksudnya masa untuk anda membelek telefon bimbit (kecuali membaca nota peperiksaan atau yang berkaitan pembelajaran), masa untuk menonton drama bersiri kesukaan setiap hari, masa untuk melepak di pasaraya dan macam-macam lagi, semuanya harus dihentikan seketika ye!

Maksudnya, susun jadual harian anda dengan bijak sebelum sesi persekolahan bermula. Gunakan sebaiknya masa lebih kurang 10 bulan akan datang ini, untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persediaan peperiksaan anda.

Bagi yang tinggal di asrama, anda amat beruntung!

Kenapa?

Kerana jadual anda telah ditetapkan dari seawal bangun pagi, hinggalah apa yang anda akan lakukan di asrama sepanjang hujung minggu. Jadi, manfaatkan setiap slot yang telah disusun untuk anda.

Maksudnya, hidup mesti membosankan tahun hadapan, bukan?

Ops! Jangan salah faham!
Hidup mesti diteruskan seperti biasa, mungkin juga akan jadi lebih menarik! Siapa tahu? Kerana dengan perancangan rapi, anda masih boleh mengikuti keluarga pergi bercuti? Menarik bukan? Apa yang saya maksudkan di atas adalah hanya kebiasaan yang kurang bermanfaat sahaja yang patut diubah atau dibuang terus! Bagi yang lain-lain, semuanya seperti biasa. ☺️

Jadi, sudah mula membaca novel Sing to The Dawn, Captain Nobody atau Dear Mr Kilmer? Sepatutnya sebelum 31 Disember ini, anda sudah habis menelaah novel yang berkenaan, sekali! Apabila sesi persekolahan bermula, baca lagi sehingga anda dapat 'feel' cerita tersebut, mungkin 4 atau 5 kali, mungkin 10 kali? Terpulang kepada anda.

Kalau belum, anda ada 12 hari lagi! Usahalah membaca sehingga habis novel ini ye!

Selamat tahun baru 2017!!

No comments:

Post a Comment