Foto: Rozanah Zakaria
Dah dekat nak SPM ni, hari ni tinggal 29 hari lagi. Kepada yang bakal hadapi peperiksaan ni, gunakan 29 hari ni dengan bijak, ok? Nak buat apa dengan 29 hari lagi ni? Cukup masa ke nak study semua subjek? Mungkin ada yang ambil sampai 10 subjek kan? Saya dulu pun ambil 10 subjek. So, kita serupa.
Jom tengok apa anda boleh lakukan sebagai persediaan dalam 'waktu kritikal' ni:
1) jaga kesihatan
Pemakanan paling penting. Kenapa? Sebab anda pasti mahu masuk dewan peperiksaan dalam keadaan kesihatan yang paling baik, bukan? Apa yang perlu anda makan? Well, basically boleh makan semua benda (yang halal of course! 😇) tapi dalam kuantiti yang sederhana. Ikut piramid pemakanan tu should be ok dan jika boleh, tinggalkan junk food dan fast food for a while, ok?👌🏻
2) buat jadual untuk study semua subjek di rumah
Sampai ke tahap sekarang ni, jadual 'is a must'! Otherwise, anda akan rasa frantic, tak tahu nak fokus subjek mana. Rasa macam nak study semua subjek pada satu masa, kan? So jadual sangat penting. Anda tahu diri anda, setakat mana tahap penumpuan, setakat mana kemampuan, jadi susun jadual belajar sebaiknya and make sure you stick to it!
3) bersukan
Jangan tinggalkan riadah. Ini penting untuk bantu badan anda kekal cergas dan minda juga cerdas untuk mengulangkaji.
4) tetapkan masa rehat
Jangan study sehingga mengabaikan masa rehat. Masa rehat amat penting untuk recharge your energy, so anda akan akan lebih fokus dalam study.
All in all, always be positive and think positive that you can do this. Pastikan anda sentiasa berada dalam lingkungan aura positif sehingga selesai menduduki peperiksaan.
God willing, you will succeed! ☺️
No comments:
Post a Comment