Teks: Rozanah Zakaria
Musim PKP ni, saya percaya kesabaran kita sering teruji. Manakan tidak, selalunya dahulu, jika ada apa-apa sahaja yang membelenggu fikiran, kita ada pelbagai cara untuk menghilangkan kebosanan atau tekanan. Boleh keluar jalan-lan atau membeli-belah tanpa ada sekatan.
Namun dengan PKP aatau PKPb sekarang ini, kita seolah 'tersekat' untuk melakukan apa-apa. Hendak ke mana-mana, memerlukan perancangan, kena berfikir samaada perlu atau tidak kita keluar. Kemudian, jika harus keluar rumah untuk urusan tertentu, apakah amalan kebersihan standard yang patut kita amalkan? Semua ini berlegar-lear di fikiran membuatkan sesetengah daripada kita acapkali membatalkan niat untuk keluar rumah jika tiada keperluaan mendesak.
Di sinilah bermuanya ujian kesabaran untuk kita, termasuklah saya. Hendak buat apa-apa, pergerakan kita terbatas hanay di rumah - dan sekeliling rumah sahaja - itu pun kita beruntung jika kita ada halaman rumah seperti yang tinggal di kampung atau yang bina rumah di atas tanah yang luas.
Apa jua keadaan kita, ingatlah tiada yang kekal dalam hidup ini, termasuklah kebebasan yang kita kecapi selama ini. Syukur adalah kunci utama untuk kita 'keluar' daripada 'belenggu' keterbatasan ini. dengan bersyukur dan menginsafi bahawa ada insan di lar sana yang lebih teruk eadaan hidup mereka berbanding kita, kita akan nampak bahawa kehidupan kita adalah sangat indah dan kita akan sedar bahawa kebahagiaan itu bermula daripada dalam diri kita. Daripada dalaman inilah, kita cipta luaran yang kita mahuan. Jangan hanya nampak alasan, namun ciptalah peluang daripada 'keterbatasan' yang sedang kita hadapi ini.
Caiyok semua!
Salam,
Teacher Rozanne
No comments:
Post a Comment