Tuesday, December 27, 2016

Section B Paper 2 SPM

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Tekun dan saling-membantu adalah antara syarat utama untuk berjaya.
Bahagian B Kertas 2 SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) mengandungi 10 soalan.
Calon perlu mengisi tempat kosong yang disediakan, berdasarkan stimulus yang diberikan.
Bagi bahagian ini, semua soalan adalah agak 'straight-forward', maksudnya, jawapan boleh diambil terus daripada teks yang disediakan.

Namun, seiring pelaksanaan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), ada sedikit perubahan bagi teknik menjawab.
Mungkin ada beberapa soalan yang calon perlu tambah perkataan tertentu bagi menjawab soalan berkenaan dengan tepat.

Satu peringatan untuk menjawab bahagian B ini bagi mendapat markah penuh, calon mesti memastikan jawapan tidak melebihi apa yang dikehendaki oleh soalan, atau istilahnya dipanggil 'overlifting.'

Jaga ejaan supaya tidak tersilap walau satu huruf, kerana kesilapan yang selalu dianggap 'kecil' ini adalah antara punca calon hilang banyak markah bagi bahagian ini.

Selamat menjawab!

Monday, December 26, 2016

Essay Writing

Text: Rozanah Zakaria
Photo: Rozanah Zakaria

Life is like a cup of coffee.

Salam all students.
What to add to make your writing more interesting?

Below are some expressions you can use in your writing.

However, bear in mind to use these expressions appropriately.
It means that, you should understand the meanings of the expressions before using them in your essay.
Do not simply put them where they are not needed at, okay?

1) We need a breath of fresh air.
2) The seeds of respect cultivated a long time ago remain lush.
3) Clear fluorescent lighting illuminates row after row of sturdy shelves.
4) In the middle of the store stands a huge wooden pillar reminiscent of the trunk of a great tree.
5) The carefree Malacca girl fresh out pf university in the big city found herself in unfamiliar territory.
6) I was an appalling student in university.
7) I am not clever, but I had my moments of cunning.

These are all taken from various articles in the Star Online.newspaper.

All the best in your writing!

Friday, December 23, 2016

Holiday!

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

   Waktu makan adalah yang terpenting    
        untuk merapatkan ukhuwwah.

Holiday bukan semata-mata berseronok.
Ianya lebih dari itu.

Itulah waktu kita beramah mesra dengan adik-beradik.
Itulah masa kita beri tumpuan pada anak-anak.
Itulah masa untuk kita 'cover' masa untuk ibu bapa.
Itulah masa kita 'mencari' semula diri kita, yang mungkin 'hilang'.

Itulah masanya.

Hargai masa kita bersama ahli keluarga.
In sha Allah, urusan lain akan dipermudahkan Allah.

Syaratnya: jangan berhenti berusaha dan berharap. 
🌈🌈🌈

Wednesday, December 21, 2016

Ready to face your SPM?

Text: Rozanah Zakaria
Photo: Google Search

Hi to all 2017/2018 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) candidates! Are you ready for the challenging year(s) ahead? Well, you should!

If you are sitting for your SPM examination in 2018, should your first step taken the moment you are in your form 4, welcome to the world of fun learning! Your life won't be turn topsy-turvy since it's an early preparation!

So, ready for (a) fun yet challenging year(s) ahead learning English with me? Let's get get on board!


How to be good in writing, naturally.

Text: Rozanah Zakaria
Photo: Rozanah Zakaria
Try to recall and jot down any occurences throughout your day.

Hi to all readers!

Have you written anything in your writing book today?
Haven't? Well, you better do so now!

What to write?

As one of the SPM examintation candidates next year, you should start with your writing before the school reopen on 3rd January next year!

You can start writing a Daily Journal. It's actually quite similar to your diary writing. Make it a habit to jot down anything that comes to your mind, on papers. Plus, add a few new vocabularies every day.

When to write?

Even you are free to write at any time you wosh, I suggest the time before you go to bed.

Why?

It is the time before you retire for the day and usually that will be your quiet time, so you usually are able to think more clearly. Plus, writing at the end of the day - of all the occurences  throughout the day - will help you boost your memory as well. Does it not sound interesting? Sure, it is, right?

So, wait no more, hit the bookstore, get yourself a notebook for your Journal Writing today!

Happy writing.

Indahkah hidupmu?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Hidup selalunya lebih indah dari yang engkau sangkakan!

Pagi yang indah, langit sudah cerah.
Kicauan burung menggamit nostalgia.

Aku?

Masih duduk berteleku, menelek jelapang ilmu di telapak tangan.

Arghh!
Ayuh bingkas!

Hidup kau bukan hanya menelek skrin!
Makna hidup lebih luas di luar sana;
dengan rumput menghijau,
dengan tupai berlarian lewat kabel di depan rumah.

Maka,
bingkas aku, menuju satu hakiki hidup;
yang kemudinya hanya pada jemariku.

Selamat bermusafir di alam realiti.



Monday, December 19, 2016

2017 tahun yang membosankan?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Nikmati saat-saat indah hidup anda.

Tahun baru bakal menjengah tidak berapa lama lagi. Pejam-celik, pejam-celik, sudah hampir ke penghujung 2016.

Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2017, perjuangan anda seharusnya sudah memasuki fasa 'full-gear'! Apa maksudnya, ya?

Maksudnya masa untuk anda membelek telefon bimbit (kecuali membaca nota peperiksaan atau yang berkaitan pembelajaran), masa untuk menonton drama bersiri kesukaan setiap hari, masa untuk melepak di pasaraya dan macam-macam lagi, semuanya harus dihentikan seketika ye!

Maksudnya, susun jadual harian anda dengan bijak sebelum sesi persekolahan bermula. Gunakan sebaiknya masa lebih kurang 10 bulan akan datang ini, untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persediaan peperiksaan anda.

Bagi yang tinggal di asrama, anda amat beruntung!

Kenapa?

Kerana jadual anda telah ditetapkan dari seawal bangun pagi, hinggalah apa yang anda akan lakukan di asrama sepanjang hujung minggu. Jadi, manfaatkan setiap slot yang telah disusun untuk anda.

Maksudnya, hidup mesti membosankan tahun hadapan, bukan?

Ops! Jangan salah faham!
Hidup mesti diteruskan seperti biasa, mungkin juga akan jadi lebih menarik! Siapa tahu? Kerana dengan perancangan rapi, anda masih boleh mengikuti keluarga pergi bercuti? Menarik bukan? Apa yang saya maksudkan di atas adalah hanya kebiasaan yang kurang bermanfaat sahaja yang patut diubah atau dibuang terus! Bagi yang lain-lain, semuanya seperti biasa. ☺️

Jadi, sudah mula membaca novel Sing to The Dawn, Captain Nobody atau Dear Mr Kilmer? Sepatutnya sebelum 31 Disember ini, anda sudah habis menelaah novel yang berkenaan, sekali! Apabila sesi persekolahan bermula, baca lagi sehingga anda dapat 'feel' cerita tersebut, mungkin 4 atau 5 kali, mungkin 10 kali? Terpulang kepada anda.

Kalau belum, anda ada 12 hari lagi! Usahalah membaca sehingga habis novel ini ye!

Selamat tahun baru 2017!!

Monday, November 21, 2016

Online English coaching class SPM

Text: Teacher Rozanne
Photo: Teacher Rozanne



Assalamualaikum everyone!

Are you form 4 or form 5 students looking for guidance to go through your challenging year(s) ahead preparing for your SPM examination?

Whether you are taking your exam in 2017 or 2018, it's worth shifting to full gear from the now!

Well, I can be of help to you guiding you through with your exercises or essays.

What do you need to do is just email me and so I can provide you with necessary details on how to go about our teaching-learning sessions to come.

What about the fees?
Well, worry not, it is negotiable for sure depending on the hours we agreed upon.

So, what say you?
Interested in joining my online coaching class?

Email me today for a journey towards mastering your English Language!

rozanahz@yahoo.com

Thursday, November 17, 2016

Spm sedang berlangsung.

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Peperiksaan SPM sedang berlangsung. Semoga berjaya kepada semua anak-anak didik yang dikasihi serta semua calon SPM di luar sana.

Ingat, perjuangan hidup anda baru bermula. Bagaimana anda menangani perjalanan hidup di hari mendatang, gambarannya dipotretkan oleh kemudi anda hari ini.

Selamat maju jaya! Jumpa anda calon-calon SPM 2017!

Regards,
Teacher Rozanne.

Thursday, November 10, 2016

Toto dan kasut.


Lepas kerja, jalan-jalan cari toto (comforter dalam bahasa utara).
Selepas beli toto, rasa macam hendak makan pula.

Aku menjenguk kedai bihun sup dan moi sup, tak buka pula hari ini.
Sudah terbayang-bayang air gelas besar, hampir sebesar jag kecil di rumah aku.
Aku telan liur. Kecewa.

Aku pusing kiri kanan, ternampak kedai kasut.
Tidak pernah pula aku masuk kedai ini.
Menjenguk ke kedai kasut, ternampak pulak kedai menjual laksa, bihun sup dan mee kuah.
Ish! Sedapnya.

Aku menjenguk di bahagiaan belakang, mata meliar mencari tempat untuk duduk, penuh!
Terbayang pulak aku sedang makan laksa. Haish!
Last-last aku beli nugget sahaja. Teramat lapar, perut berkeroncong minta diisi. 

Sambil menjinjing plastik nugget, aku ke kedai kasut tadi.

Teringat pada Cik K yang rajin ke kelas KAFA, dengan selipar pink yang sudah makin kelabu pinknya.
Banyak kasut kanak-kanak di sini.

Aku meninjau sekitar dalam kedai.
Ingat hendak menjamu mata sahaja, akhirnya nampak selipar pink comel.
Tengok harga, tidaklah mahal sangat.
Aku ambil sepasang, kuhulur pada adik penjaga kedai.

Sambil berdiri di kaunter bayaran, mata aku melilau melihat sekeliling.
Tiba-tiba ternampak pula 1 kotak besar kasut atas lantai.

Aku tanya adik si penjaga kedai,
'kasut tu buat apa, juai ka?'

'Ha, juai murah kak. Kasut tu ada kuning-kuning sikit. Elok lagi, jenama tu mahal-mahal tu, kualiti pun elok', jawabnya ramah.

Aku terus ke kotak kasut.
Aku belek.

'Berapa satu ni dik?'
'Pat blas ja kak'
'Mai kira ada berapa pasang? Nak ambik semua'

Sambil adik tu mengira kasut, aku duduk di kerusi.
Aku minta izin hendak duduk sambil makan, teramat lapar!

Dipendekkan cerita (pendeklah sangat kan! Haha!😝)

Inilah kasut2 tu, aku dah prism-kan.

Nanti bila sudah sedia semuanya, aku tunjuk gambar sebenar & apa motif sebenar aku beli kasut-kasut ni.

(Walaupun aku percaya, buat apa-apa tidak semestinya perlukan motif dan tidak semestinya perlu menjelaskan dengan panjang lebar pada orang lain.)

Jeng! Jeng!
👻👻

Terima kasih kerana membaca sehingga setakat ini.
Tunggukan sambungannya!

Sekian.

#iamrozanne
#idowhatifeelright

Monday, October 24, 2016

Pengalaman mengajar

Teks: Rozanah Zakaria

Kalau ada yang tanya, apa pengalaman yang telah saya kutip sepanjang bergelar guru Bahasa Inggeris?

Antaranya:
- menjadi guru Bahasa Inggeris bagi peringkat SPM lebih dari 10 tahun
- menjadi Jurulatih Utama subjek Bahasa Inggeris bagi Negeri Pulau Pinang.
- menjadi penulis modul bersama untuk subjek Bahasa Inggeris SPM peringkat negeri Pulau Pinang.

Selebihnya saya berpengalaman sepenuhnya mengajar kelas-kelas menengah atas sepanjang khidmatbsaya sebagai guru Bahasa Inggeris.

Berminat sertai kelas tutorial eksklusif bersama saya? Jom sertai kelas saya bagi tahun 2017.

Hubungi saya di 012-4208212.

Selamat maju jaya! 🙋

Sunday, October 23, 2016

Demam SPM

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Kelas studi hujung minggu.

Saya yakin, demam peperiksaan SPM makin menngunung sekarang buat adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan besar ini bermula 7 November ini. Apa perlu buat di saat hati makin gelisah, minda semakin berkecamuk? Terus bertenang dan bekerja sepantas mungkin, menggunakan seoptimumnya masa dan ruang yang ada. Antara yang boleh dilakukan:

1) Patuhi jadual belajar anda dengan penuh kegigihan
2) Rehat secukupnya
3) Makan makanan yang berkhasiat, tinggalkan terus makanan ringan
4) Hindari terus aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, keluar meronda di kompleks membeli-belah
5) Jaga solat dan perbanyakkan solat sunat: contoh seperti Solat Dhuha, Solat Hajat dan sebagainya.

Akhir sekali, setelah semua usaha dilakukan, barulah berserah dan berdoa.
Inilah erti sebenar tawakkal kepada Allah.

Teacher doakan adik-adik semua berjaya mendapat keputusan yang diidamkan. Ameen.

-Teacher Rozanne-

Tuesday, October 11, 2016

Doa Secara Khusus

Teks: Rozanah Zakaria

Kata orang, 'be careful with what you wish for'.
Betul, memang kena berhati-hati terutamanya dalam percakapan kita seharian.

Jadi, jika kita ingin sesuatu menjadi kenyataan, perlukah kita sebut atau ulang hal tersebut?
Ya, perlu! Sangat perlu.

Bagaimana?

Salah satu cara adalah dengan berdoa.
Berdoalah dengan khusus.
Saya selalu praktikkan ini.

Kenapa?

Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Jadi, apa sahaja yang ibgin kita inginkan, mohon saja padaNya.
Ya, apa sahaja.
Bukankah alam ini dan seluruh isinya adalah milik Allah?

Jom dhuha?
Jom berdoa.

Sambil itu, jangan abaikan adab berdoa ye!

Selamat meneruskan hari ini dengan rahmatNya, in sha Allah. ☺️

Wednesday, September 7, 2016

SPM Paper 2 1119/2, Summary Writing

Teks: Rozanah Zakaria

Dalam summary, calon SPM perlu ingat, calon perlu:

1) menulis dengan ringkas dan padat (tiada contoh-contoh yang tidak perlu)

2) untuk tidak menggunakan linkers (furthermore, despite, though, next dan sebagainya) jika tidak perlu.

3) memastikan tiada kesalahan ejaan (nampak remeh tapi sangat penting!)

4) menulis dalam hanya 130 perkataan (termasuk 10 perkataan yang diberi).

Selamat menjawab!

Tuesday, September 6, 2016

Summary Kertas 2, Bahasa Inggeris SPM

Teks: Rozanah Zakaria

Dalam menulis summary SPM, pastikan anda TIDAK:

1) menambah point sendiri
2) mengubah MAKSUD ayat selain dari yang diberikan dalam teks
3) membuat kesalahan ejaan

Kenapa?

Kerana kesalahan yang sedikit, jika dilakukan berulang-ulang sehingga mencacatkan summary, membuatkan anda hilang markah. Rugi bukan?

Selamat menjawab!

Sunday, September 4, 2016

Section B SPM Kertas 2 Bahasa Inggeris

Teks: Rozanah Zakaria

Para pelajar calon SPM mesti sangat cermat dan berhati-hati menjawab bahagian B ini. Ini kerana pemarkahan bahagian ini adalah sangat 'strict' kerana ia antara bahagian yang paling 'senang' dalam kertas 2, Bahasa Inggeris SPM.

Antara hal penting yang perlu diambil perhatian adalah:

1) pastikan tiada langsung kesalahan ejaan (termasuk penggunaan kata nama khas)
2) jawab apa yang ditanya sahaja, ringkas tetapi padat (contoh: jika soalan bertanya tentang masa, jadi jawapan mesti berkenaan masa, bukan termasuk hari dan tarikh)

Itu sahaja, selamat skor 10/10 untuk bahagian ini!

Saturday, July 16, 2016

Jangan pernah hakimi aku

Teks: Rozanah Zakaria

Jika kau jauh di sana
Kau jangan hanya pandai menuding jari
Memerintah aku itu dan ini
Menilik kesalahan aku itu dan ini
Menilai apa yang kau nampak aku tidak lakukan

Kau masih di sana
Apa hak untuk engkau menilai aku?
Apa hak engkau?
Hanya kerna sehari kau lihat kepincangan aku
Kau canang akulah yang khilaf itu
Kau canang akulah yang tidak pernah usai melakukan itu dan ini

Tatkala mereka perlu bantuan di malam gelita
Ada kau di sini?
Tatkala aku setiap hari membahagi antara karier dan rumah ini,
Ada kau di sini?

Ya! Kau tiada di sini.
Jadi,
Sehingga suatu masa itu kau boeh menjadi aku
Sehingga kau boleh tinggal dan alaminya di sini
Jangan kau pernah menghakimi setiap apa yang kau nampak di mata kasar

Aku juga punya perasaan
Keluarga yang kutinggalkan
Pengorbanan dan kebebasan diri yang aku tinggalkan
Pernah kau lihat itu?
Pernah kau fikir sebelum mengatakan itu?
Pernah?

Jika kau tidak mampu berada di dalam situasi aku, jangan kau pernah lantang menghakimi aku.

Aku tidak sempurna, begitu juga kau.

Sekian.

Friday, July 15, 2016

Hidup untuk Tuhan

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Hidup ini bukan hanya untuk memuaskan hati orang lain. 

Hidup untuk diri sendiri, untuk Tuhan.

Manusia tidak akan pernah berhenti menyakitimu.
Tidak akan pernah jemu menjadikan deritamu senda-gurau mereka.

Juga, tidak akan pernah berhenti bersangka buruk serta menyiram ego dalam diri.

Justeru, hiduplah untuk Tuhanmu.
Dengannya, akan kau temui dirimu sebenar.

Tika dan saat itu, dendam yang membusung di dada mereka tidak akan menjadi bekas buatmu,

Kerna..

Kau tahu, kau ada Tuhanmu.

Amiin.

Rendang ayam pertama

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Rendang ayam pertama yang aku buat sendiri, seumur hidup aku! Menjadi juga! Fuh! Mula jam 11 malam sampai jam 2 pagi. Akhirnya selesai juga.

Walaupun rupa rendang aku tidaklah seratus-peratus seperti rendang-rendang yang aku pernah lihat, tapi aku rasa aku berjaya.

Mana tidaknya, tak sabar-sabar aku hendak merasa rendang ayam hasil titik peluh aku, akhirnya tengah kuah menggelegak, dua tiga kali aku cedok ke dalam mangkuk kecil dan makan. Haha.

Pada aku, rasanya tidaklah pelik, jadi aku fikir memang menjadilah rendang aku ni. 😆😆.

Apa-apa pun, dalam hidup yang singkat ini, aku fikir kita tidak boleh terlalu mementingkan untuk menjadi 'ms perfect' atau sangat sempurna sehinggakan kita takut untuk melakukan kesalahan.

Jadi, apa lagi? Ada angan-angan yang belum direalisasikan?

Mulakan langkah pertama hari ini, percaya kata aku, pencapaian yang hebat bermula dengan langkah pertama.

Jom!

Thursday, July 14, 2016

Makan

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria



Bila cakap bab makan, semua orang cerah mata. Yelah, siapa yang tidak sukan makan, bukan?

Tapi ada satu pasal bab makan ni yang memang aku tak boleh terima, bab prang suka tunggu nak bungkus makanan. Sampaikan sanggup bawa bekas untuk tapau makanan, bukan sahaja di tempat makan biasa, malahan di hotel! Maaf cakap, aku rasa ini perangai yang aku tidak dapat terima sama sekali.

Ramai di sekeliling aku macam ni. Tapi itulah, manusia boleh pakai baju sama warna, boleh jadi muka comel, tapi perangai tak semenggah. Lelaki? Perempuan? Sama je. Yang elok perangai memang ramai, tapi yang buruk perangai ni pun tidak kurang juga ramainya.

Apa nak buat? Kalau aku, aku pastikan duduk jauh dari mereka, aku malu, sebab mereka memang tak malu.

Maaf kalau terasa. Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.

Sekian.

Wednesday, July 13, 2016

Langkah Demi Langkah Menjawab Esei Novel: Sing to The Dawn

Teks: Rozanah Zakaria
Idea: Rozanah Zakaria

Bagi bahagian novel, tiada had jumlah perkataan diperuntukkan. Namun, saya sarankan, untuk memudahkan 'paragraphs and points organization', hanya tulis dalam 5 perenggan.

Paragraph/Perenggan:

1: Pengenalan (Introduction)
2/3/4: Isi/Sebab (Content/Reasons) 1/2/3
5: Penutup (Conclusion)

 Untuk menjawab bahagian ini, mulakan dengan ayat seperti berikut:

"In the novel Sing to The Dawn by Minfong Ho, there are many events that made me angry. One of the parts is when..."

Kemudian, dalam perenggan yang sama, huraikan perkara yang telah disebut dalam bahagian pertama ayat tadi.

Turutannya adalah seperti berikut:

1) Berikan 3 poin/isi penting yang hendak dihuraikan (biasanya merujuk kepada sebab-sebab atau 'reasons'.

2) Huraikan isi pertama secara ringkaskan. 

   i) Huraian mengandungi:

      - penerangan ringkas menggunakan interpretasi sendiri
      - diikuti contoh daripada novel secara spesifik (eviden)
      - diikuti pula huraian mengapa poin tersebut dipilih dan dikaitkan dengan soalan (huraian secara panjang  
         lebar di sini)
      - kemudian diikuti pendapat peribadi (point of view) serta ayat mengajak pembaca supaya 
         menghayati nilai yang ditampilkan.

3) Ulangi langkah 2 untuk kesemua 3 isi penting dengan menghuraikan secara MENDALAM setiap isi yang dikemukakan.

4) Perenggan penutup mestilah merangkumkan semula (recap) semua isi penting yang telah dihuraikan. 

Tekankan semula kaitan isi-isi ini dengan soalan yang ditanya.

Selamat menjawab!

Ikuti catatan saya seterusnya bagi contoh esei novel skor A serta kesalahan yang biasa dilakukan para pelajar dalam menjawab bahagian ini.

Wassalam.

Sepasang kasut kecil di pintu

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Aku selalu marah dia. Kadang-kadang aku rasa, kecil benar kesalahannya yang membuatkan aku marah. Kesian pula rsa hati.

Hal-hal kecil yang kadang-kadang aku ambil remeh. Balik kerja, aku tahu fia ada di rumah. Aku tahu, mesti depan televisyen. Selalunya aku duduk saja di sofa depan, tanpa bertanya khabarnya di sekolah pagi tadi.


Hari ini. Sampai di depan pintu. Ternampak kasut kecil ini di depan pintu. Seperti biasa tidak disusun elok. Aku tolak ke tepi.

Tiba-tiba terdetik di hati, alangkag bertuah aku memiliki dia. Tanpa dia, pasti sunyi rumah besar ini.

Masuk ke rumah, aku terus menuju ke depan televisyen, bertanya khabar dengan si kecil perihal perjalanan hidupnya hari ini. Dia nampak gembira.

Aku juga.

Hargai apa yang kita miliki sebelum kita kehilangan.

Sekian. 

Teknik Menjawab Section D Novel Kertas 2 SPM (Sing to the Dawn): Pengenalan

Teks: Rozanah Zakaria

Salam. Pejam celik, pejam celik, kita sudah memasuki bulan ke 7 tahun 2016.

Jadi, berkaitan itu, saya ingin ulang semula, secara lebih terperinci, bagaimana menulis pengenalan (introduction) bagi Section D (Novel), Kertas 2, Bahasa Inggeris SPM.

Masih ramai yang agak kabur bagaimana memulakan perenggan yang paling penting ini? Jom lihat di bawah!

Question/soalan:

"Write about a character that you like.
Tulis mengenai 1 watak yang kamu suka.

State whether you would like to emulate the character.
Nyatakan samaada kamu ingin lakukan sebagaimana apa yang dilakukan watak tersebut.

Give evidence based on the text."
Berikan bukti-bukti berdasarkan teks/novel.

Mulakan dengan:

         (1) The novel that I have studied is Sing to The Dawn by Minfong Ho. (2) The character that I like in the story is Dawan. (3) I really love to emulate her character as she is determined, obedient and far-sighted. These characteristics are shown by Dawan's act throughout the novel, in her dealings with those around her, to uphold her belief of furthering education in the city. (4) Dawan is a young Thai girl, staying with her family in a village. She studies in the same class as her brother, Kwai. Though they are equivalently smart in their studies, Dawan is treated inequally by her father, just because she is a girl.

Okey, itu sahaja yang perlu anda tulis dalam perenggan pertama. Bak kata orang putih, simple and sweet. Tidak perlu pengenalan yang panjang berjela tetapi tidak menjawab soalan yang ditanya. Jangan tulis nombor pula ye, itu adalah untuk panduan anda bagi tujuan penerangan yang akan saya sampaikan di bawah.

(1) Ayat ini adalah 'standard'. Tidak perlu ubah. Kecuali jika anda belajar novel yang berbeza. Itu sahaja. namun bagi para pelajar yang membaca novel ini di sekolah, ini adalah jawapan 'standard' anda.

(2) Ayat ini diambil 'sebijik' daripada soalan. Kenapa perlu salin soalan? Okey, menulis semula soalan dalam bentuk pernyataan menunjukkan anda mula memahami apa yang dikehendaki soalan. Kenapa penting? Kerana anda perlu buat pemeriksa faham bahawa anda faham soalan itu. itu adalah elemen penting bagi pelajar yang ingin skor 15/15 (markah penuh) bagi bahagian ini.

(3) Ayat ini menghuraikan bahagian kedua soalan apabila ditanya 'adakah anda ingin lakukan sebagimana apa yang Dawan lakukan'. Menjawab bahagian kedua soalan juga menunjukkan bahawa anda faham kehendak soalan.

(4) Seterusnya, dalam ayat ini, anda perlu menceritakan sedikit, secara jelas, cerita ringkas berkenaan watak yang anda pilih dalam novel yang dipelajari kerana dalam perenggan-perenggan seterusnya (kedua, ketiga dan keempat), anda akan menghuraikan apa amalan murni/perbuatan baik yang dilakukan oleh watak ini. (Dalam kes ini, Dawan).

Itu sahaja untuk kali ini. Huraian bagi perenggan-perenggan lain telah juga saya ceritakan dalam entri terdahulu. Anda boleh juga rujuk di sini.

Ingin bertanya lebih lanjut, boleh email saya di rozanahz@yahoo.com

Selamat maju jaya! 

Sekian.

Saturday, July 9, 2016

Bila kita dihargai

Teks: Zulaikha Rossa Homestay
Foto: Zulaikha Rossa Homestay


Bila kita dihargai. Hati rasa berbunga-bunga. Terima kasih Saudari Afni serta keluarga yang sudi menginap di Zulaikha Homestay pada minggu ini.

Sejuknya hati bila dapat pujian tetamu homestay. Bukan berbangga, tetapi rasa puas hati kerana perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi citarasa tetamu.

Moga bertemu lagi di lain ketika.

Potong kuku

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Potong kuku adalah hal biasa bagi kebanyakan orang. Tapi tidak bagi Ayah.

Ingat lagi, sewaktu aku masih di sekolah rendah, tugas potong kuku Ayah tergalas di bahu aku. Kata Ayah, aku anak sulung, mesti tahu buat semua perkara. Bak kata orang putih, 'capable of doing everything'. Hehe.

Itulah pentingnya kata-kata yang baik untuk anak-anak, kan? Jadi, dengan kata-kata Ayah itu, aku membesar dengan minda yang mengatakan tiada hal yang mustahil untuk aku lakukan kerana Ayah kata, sebagai aku mesti boleh buat semua perkara, cuba semua perkara, kerana aku contoh pada adik-adik. Faktor aku seorang budak perempuan bukan penghalang, sebab Ayah kata anak sulung tetap anak sulung, lelaki perempuan bukan persoalannya. Hmm, ianya betul2 mencorak pemikiran aku.

Berbalik pada hal potong kuku. Aku boleh kategorikan Ayah dalam golongan perfectionist. Kenapa ye? Hal potong kuku tadi. Kau tahu betapa 'terseksa'nya aku bila ditugaskan untuk potong kuku Ayah. Nak habis 10 jari tangan pun, berjela komen Ayah. Di situ aku belajar banyak tentang kesabaran atau 'perseverance' dengan kerenah orang; dalam kes ni, ayah aku lah. Hehe.

Apa yang susahnya potong kuku? Ok, potong tidak boleh terlalu pendek, tidak terlalu panjang. Kemudian, semua kuku mesti dipastikan bulat elok je, tak boleh senget-senget. Jenuh nak kena belek betul-betul satu-satu jari. Fuh! Kau ingat senang? Rasanya kalau aku ambil kursus manicure, mesti aku antara pelajar cemerlang, yelah practice makes perfect kan? 😁😁.  Masa tu aku selalu fikir, Ayah memang suka nak 'kenakan' aku. Masa itu lah. Tapi sekarang, aku dah faham kenapa.

Sampailah sekarang Ayah masih menjaga kuku dengan stail yang sama. Baru-baru ini balik beraya di kampung, aku terlihat kuku Ayah. Masih seperti dulu, rapi, bersih, dan yang penting masih 'curve' bulat macam dulu. Fuh! Tabik!

Terdetik juga di hati aku, 'dulu aku yang potong kuku Ayah,' ada nostalgia di situ yang membuatkan airmata aku bergenang. Bukan bermakna aku sudah
jauh dari Ayah, tetapi mungkin Ayah fikir tidak mahu 'menyusahkan' anak-anak.

Aku tahu, di sebalik ketegasan Ayah, Ayah perasa orangnya. Mudah terjentik sanubari bila bercerita hal anak-anak. Mak selalu beritahu aku, Ayah selalu puji anak-anak di belakang kami.

Walau tugas 'kecil' seperti potong kuku, ia mengajar aku tentang satu lagi hal kehidupan.

Terima kasih Ayah.

Sekian.

Tuesday, July 5, 2016

Motosikal berkuasa tinggi

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Latar belakang Monas, Jakarta

Kau pernah kena ikut rapat dengan notosikal berkuasa tinggi di lebuhraya? Aku pernah. Fuh! Bawa 110km/jam terasa macam perlahan dek kena ikut rapat oleh mereka ni dari belakang!

Siapa tak kagum tengok motosikal besar, bukan? Aku salah seorangnya. Tapi jika tiada hemah dan hormat pada pengguna jalan raya lain, maaflah, hilang rasa kagum, apatah lagi hormat.

Aku tahu bukan semua bersikap begini. Ada yang memang berhemah. Kau tengok pun, rasa macam nak suruh suami kau beli satu motor macam mamat tu. Haha!

Tapi sayangnya sikap segelintir pengguna motosikal berkuasa tinggi yang tidak mempedulikan pengguna lebuhraya lain, membuatkan rasa hormat aku kepada golongan ini kian terhakis. Maaflah!

Sekian.

Balik raya

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Layan bot keliling Pulau Aman. Superb!

Musim raya. Kalau kau naik motosikal balik kampung, tolong la ye, cek betul-betul, kedua-dua lampu depan belakang, pastikan terang dan sepenuhnya berfungsi. 

Apa kesannya? Bila memandu waktu malam, kenderaan di belakang tidak dapat melihat kau dengan jelas. Tolong la sayangi diri sendiri. Kalau kau tak peduli pasal orang lain pun, tolong jangan libatkan aku dan pengguna jalan raya lain. Sebab kalau terlanggar kau, susah hidup aku, haish!

Peringatan untuk kesejahteraan semua.

Wassalam. Selamat hari raya Aidilfitri.

Kita tak akan selamanya serupa

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

'Second-home' birthday bash: Jakarta

Pernah rasa kita selalu berbeza dengan orang lain? Selalu? Ha, itu tandanya kita ni orang biasa, ok?

Tak faham? Cuba beritahu kat sini, ada ke dua manusia serupa 100%? Kalau ada sila maklumkan ye. Kena buat kajian mendalam. Orang kembar seiras pun, sikap mereka mesti ada sedikit pebezaan kan?

Apa maksudnya tu?

Maksudnya kita ini semuanya berbeza, unik! Jadi, jangan sesekali merasakan (walau pun dalam alam realiti memang kita kadang-kadang selalu rasa begitu) yang kita ni sentiasa tidak seperti orang lain.

Aku pernah rasa begitu. Semasa di sekolah rendah aku rasa akulah paling pandai. Sentiasa dapat nombor satu dari darjah 1-5. Kemudian ke sekolah menengah. Di sini bermula perasaan bercampur-baur aku. Masuk ke sekolah yang semua pelajarnya terpilih, aku sentiasa merasakan aku ni sangat 'kerdil' (memang saiz kecil pun).

Tapi aku beruntung, walaupun ayah tidak kaya seperti ayah-ayah orang lain (salah satu hal yang aku selalu fikir semasa aku di sekolah menengah), ayah kaya ilmu.

Kata-kata hikmat ayah,

'biar badan kita kecil, tapi ingat, jiwa kita mesti sentiasa besar.'

Kau rasa itu 'mudah' atau 'simple', hanya kata-kata. Tapi bagi aku, perasaan rendah diri kerana saiz aku yang kecil, diubati dengan kata-kata itu. Sejak itu, aku lawan perasaan yang aku lemah kerana aku kecil. Aku mahu lakukan apa yang aku inginkan. Ya, biar aku kecil, aku tak boleh mengubah hakikat itu. Namun, sesuatu yang boleh aku ubah, aku mulai berfikir, jiwa yang besar tak akan pernah mengalah pada keadaan.

Aku 'bangkit' selepas itu, memcari kekuatan dengan menambahkan ilmu dari pembacaan. Apa sahaja bahan bacaan yang ada di perpustakaan, aku pasti 'sambar'!

Kini, aku gembira dengan diri aku. Kerana akhirnya aku tahu, semua manusia tidak sama, tetapi unik dengan cara masing-masing.

Tugas kita? Mencari sebanyak mungkin titik persamaan dalam diri kau, aku, dia dan mereka. Jadi, dunia ni akan penuh dengan warna hitam, putih dan warna-warna pelangi. 

Sekian.

Monday, June 27, 2016

Journal Writing to go

Text: Rozanah Zakaria
Photo: Rozanah Zakaria


For SPM candidates out there, I believe you have finished your mid-term examination. You should now already putting your full energy to preparing for the real SPM exam.

The most important element in SPM papers (paper 1 and 2), is your writing skills. Writing carries about 74 percent of your total marks in both papers. Does it not seem important still to you? It sure does, right?

So, what do you do to write good essays? If you are an avid reader, this should not be a big problem to you, since you have the language in your head. You just need to ponder the details with the mechanics of writing to master the techniques to at par with SPM level requirement.

However, if you are still finding your ways to writing, you should start NOW with Journal Writing. What is it? Journal Writing is a way for you to 'polish' your skills in writing with correct structures.

How do you go about doing it?

Just take a small note book, take it wherever you go, write whatever you feel, at anytime of the day. But, the best time, according to my experience doing this during my study, is to pour everything inside the journal just before you go to slumberland. This way, you get two benefits. Number one: you help ease the 'burrden' in your mind  by expressing your feelings in writing or happenings during the whole day. Number two: you are sharpening your memory as you will try to remember in sequence the happenings for the whole day.

Isn't that good for you as a student? Sure it does, I believe.

So, grab a book, write!

Till we meet again. Bye!

Islam itu mudah, bukan untuk dipermudahkan

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google
Mengaku Islam tapi tiada adab, betul ke kau memang percaya ajaran Islam sepenuhnya?

Islam itu mudah bagi yang belajar bersungguh-sungguh untuk memahami.
Realiti?

Ramai yang faham Islam sikit-sikit, lepas itu buat kesimpulan sendiri.
Itu yang jadi kes bodoh sombong, kes yang kata Islam menindas wanita.
Contoh, jika semua faham Islam betul-betul, tiada masalah untuk wanita makan ketika haid, di rumah masing-masing.
Adik-beradik lelaki yang faham agama tidak akan mengejek atau memandang rendah mereka yang makan ketika waktu yang dibolehkan ini.

Mengapa terjadi yang dikatakan diskriminasi?
Mudah.

Kedua-dua pihak, kedua-dua belah pihak tidak mendalami dan cuba memahami Islam.
Istilah mudah, bongkak dengan hukum Tuhan.
Rasa diri adalah yang terbaik walau menutup aurat masih tidak sesempurna mana.
Lantas dengan lantang menuding jari kepada mereka yang pakar dalam agama, seolah-olah alim ulama ini tiada kemuliaan untuk disanjungi.

Inilah dunia akhir zaman.

Islam akan jatuh oleh perbuatan jahat umat Islam sendiri.
Aku ada ramai kawan-kawan dari agama lain.
Betapa mereka bawa adab sopan dalam menyantuni aku ketika berpuasa.
Tentu aku tidak kisah jika mereka makan di depanku ketika aku berpuasa, kerana aku faham, apa hak aku untuk menghalang.

Tapi kau tahu apa reaksi dan kata mereka?

Mereka akan pastikan aku berada di tempat lain ketika mereka makan.
Bukan aku minta begitu.
Tetapi kata mereka, mereka hormati aku yang berpuasa.
Lihat, betapa indah dunia ini dihiasi orang-orang yang berakhlak.

Jadi kau yang Islam, tidak mahu hormati orang Islam sendiri, hendak kata apa ye?
Aku rasa malu pada kawan-kawan aku yang sangat memahami fahaman agama aku walau kami berbeza kepercayaan.
Kami saling menghormati pegangan masing-masing.

Berbalik kepada orang Islam yang berbuat jahat kepada orang Islam sendiri, kemarin aku dengar Radio Malaysia Kedah.
Kata ustaz, orang yang begini, tidak menghormati saudara seagama, malah mencaci mereka, ini orang fasik.

Bukan aku kata, ustaz kata.
Ustaz ini pengajiannya tinggi dan mendalam dalam bidang agama Islam.

Jadi kau jangan hendak buat fatwa sendiri mengkafirkan aku pula.

Semoga kita orang Islam mati dalam Islam dan Iman.

Amiin.

Sekian.

Saturday, June 25, 2016

Learning Language

Text: Rozanah Zakaria
Photo: Rozanah Zakaria


Sangkar Ikan, Pulau Aman

Can someone please tell me, is there any other ways to learn language rathaer than reading and speaking in the language? Another thing is, if someone, in any circumstabces at all, loathe the language and not at all motivated or have not the slightest passion to get to know the said language, how on earth can one say that, this and that someone else, is not 'helping' him master the language?

Please someone enlighten me on this matter.

I am never fed up, nor I feel bored doing this so-called 'mundane' task of educating those who are ever willing to learn. It's a noble path I hav echosen to do for the rest of my life, no matter what my career title is called.

Last words,

please take note the fact that (at least I believe it is) a language is universal, doesn't exclusively belong to any tribes or people, rather it is a gift from God for mankind, so that we get to know and embrace each other in this temporary planet called the Earth.

Till we meet again.

Never stop learning, as the more you learn, the more you realise you have known only a little.

Wassalam.

Friday, June 10, 2016

Sel-sel otak berhubung

Teks: Rozanah Zakaria

Susah juga kalau dalam kepala ni sel-sel otak sentiasa berhubung, berfikir tanpa henti. Fuh! Rasa macam nak bagi 'command' suruh otak ni berhenti fikir sekejap, 1 minit jadilah.

Tapi tak boleh juga. Hmm, apa-apa je lah.

'Keybai'.

Perkara ngeri dalam hidup Cikgu Bahasa Inggeris

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Benda paling 'ngeri' dalam hidup cikgu Bahasa Inggeris tingkatan 5 adalah, 'marking paper 2, keluar cerita pasal novel yang ada 'fakta baru' yang belum pernah dijumpai', maka garu kepala lah cuba ingat balik, 'betul ke ada fakta ni dalam novel ni?'. Maka, selak balik helaian novel dan didapati fakta tersebut adalah auta. Oh! Masa dah habis paling kurang 20 minit untuk cari tu je, ok? Haha. Sabar itu separuh daripada iman, ingat tu!

Kemudian, bab esei, kertas 1. Kalaulah dalam dunia ni ada orang-orang yang pemikiran dan sel-sel dalam kepala mereka boleh berhubung dengan aku, jadi pemikiran semua sama, boleh program apa yang aku nak, ala, macam kau programkan komputer la, tu pun nak kena cerita details ke? Haish!

Kalau ada, mesti aku nak upah mereka ni semua (harap-harap ada 20 macam ni pun jadilah), berapa bayaran pun aku sanggup pertimbangkan rasanya. Tapi ada ke? Tak ada lagilah rasanya setakat aku menulis catatan ni.

Jadi, kesimpulan? Baca sendiri, bersedia untuk ketawa, menangis, garu kepala, mata berpinau dan macam-macam simptom lagi, sehinggalah habis kesemua skrip karangan untuk diperiksa. 

Dalam kes aku, ada lebih kurang, 100 novel esei, 100 continuous essay dan 100 directed essay. Kesemuanya macam-macam 'genre' yang aku tak pasti samaada aku terlebih 'share knowledge' yang aku belajar kat universiti dulu, atau memang budak-bidak sekarang semua sel-sel otak 'terlwbih' berhubung? (Baca dengan nada positif).

Selamat maju jaya untuk aku.

Doakan aku sihat sampai sekolah buka minggu depan.

Amiin.


Monday, June 6, 2016

Masjid Istiqlal

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Setiap kali ke kota Jakarta, tempat wajib disinggahi adalah Masjid Istiqlal. Kawasan luar masjid nampak simple, tetapi di dalamnya sangat luas dan selesa. Setiap kali ke sana, samaada aku sesat di dalam masjid atau hampir sesat. Banyak arah untuk keluar dari masjid, namun harus dicari pintu mana yang dimasuki agar dapat ambil kembali kasut di kaunter yang betul.






Awan biru di Jakarta

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Awan biru di Jakarta bakal ditinggalkan.
Awan yang cantik, di Malaysia juga begitu, malah lebih cantik.
Walau secantik mana langit Jakarta, Malaysia tetap dihatiku.😍✈️


Crispy Sambal superb!

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Hakmilik Crispy Sambal

Sape pernah makan ni? Sedap sungguh tau, tak tahu macam mana nak cakap!

Jom order sekarang sementara stok masih ada! RM16 sebalang. 

Sekali makan pasti nak lagi!

Hubungi saya di:
012 420 8212 (Ana - w/app preferred)

Friday, May 20, 2016

Maafkan anak didikmu

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Cikgu, terasa hati dengan anak muridmu? Maafkan dia, walau hatimu sangat terluka.

Walau adakala diri tidak dihargai, bertabahlah wahai cikgu, kerna engkau insan terpilih oleh Tuhanmu, demi membina satu tamadun dunia.

Cekalkan hatimu walau ranjau merintangi jalan di hadapanmu.
Tekadkan azammu, walau seribu onak menikam langkahmu.

Kerana, engkau guru
Kerana engkau tahu, dirimu tidak akan pernah mengalah
Walau apa jua yang mendatang.

Kerana engkau seorang guru, cikgu!

Catatan rasa aku,
Seorang Cikgu.

Free Market Kangaq

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Skuad Senyum

Bukanlah sesuatu yang senang untuk kita berbuat keebaikan. Kalau buat baik pun orang mengata, apatah lagi buat sebaliknya, kan?

Menyertai keluarga besar Skuad Senyum adalah satu fasa baru dalam hidup aku bermula 2015. Keluaarga besar Skuad Senyum banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Bukan itu sahaja, ia 'membuka mata' aku ke dunia yang selama ini hanya aku pandang dari dinding kaca, tanpa aku berusaha untuk menjenguk ke dalam.

Kini, aku hidup di alam 'realiti', bukan hanya hidup yang berkisar tentang aku dan aku, semata-mata.

Terima kasih team Skuad Senyum!

Wassalam.

Mahu bercuti? Rancang!

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Mahu bercuti ke mana kali ini? Andai destinasi berdekatan, tidak perlu tunggu lama, bajet RM300 (ini untuk saya, bajeet anda mungkin berbeza mengikut keperluan masing-masing) untuk seorang, sudah boleh bercuti secara backpack di mana-mana di Malaysia.

Nampak mudah, bukan? Tetapi, bukan bermakna anda pergi tanpa perancangan langsung (melainkan bajet adalah sesuatu yang anda buat hanya sebagai hobi masa lapang!). Sentiasa ada perancangan walau ke mana pun anda ingin bercuti.

Sentiasa ada bajet bulanan untuk simpanan percutian andai anda dan pasangan sentiasa ada adhock plan sebegini. Pakaian pula sentiasalah kena ada spare dalam kereta ye! Sekurang-kurangnya serba dua pasang, satu pakai, satu untuk dibasuh.

Jadi, apa lagi? Jom bercuti!

:)




To write beautifully, read.

Text: Rozanah Zakaria
Photo: Credit Puan Noor Zaida


Want to write well? Then, read, read and read! Reading any materials everyday without fail will equip you with all the mechanics of the language.

By reading, unconsciously, your mind is 'patterned' to automatically start thinking in that particular language, well, in this case, English!

So, what are you waiting for? Start reading and thinking in English, now!

Wassaalam. :)

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru, Cikgu.

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria



Apa makna sambutan hari guru pada aku?
Apa 'hadiah' sebenarnya yang aku 'mahu'?

Puisi Aku Seorang Guru.

Anak didikku,
Bukan buku mahal kupinta sebagai hadiah untuk aku berasa bahagia,

cukuplah dengan melihat kau sentiasa mengelek buku itu di tanganmu yang menjadi punca bahagiaku;

Bukan hadiah bunga itu darimu yang kudamba demi gembira jiwaku,

cukuplah kesungguhan serta pencapaianmu dalam meraih ilmu yang mencambah bunga dihatiku;

Bukan juga Chanel, LV, Coach itu yang menjadi idamanku untuk kau beri padaku,

cukuplah dengan kau menjadi seorang yang menghargai serta menjaga maruah dirimu yang lebih berharga dari kemewahan dunia, menjadikan diriku mewah dengan ketenangan.

Anak didikku,
Ini sebenarnya hadiah teristimewa yang kupinta kau hadiahkan kepada semua gurumu!

Coretan guru untuk guru.

Wassalam.

Bagaimana Menjawab Soalan Summary SPM Kertas 2?

Teks: Rozanah Zakaria

Pernah idamkan dapat 15/15 markah summary dalam Kertas 2 Bahasa Inggeris SPM anda?

Mimpi adik-adik bakal jadi kenyataan! Dengan 3 langkah, adik-adik bakal mendapat markah yang adik-adik inginkan. Apalagi? Teruskan membaca!

Jom lihat dan jaangan lupaa kongsi tip-tip ini bersama kawan-kawan! Hendak berjaya biarlah sama-sama, bukan?

Nota #1

Isi kandungan (content points) yang ditulis mestilah lebih daripada 10.
Ingat, walaupun markah untuk isi adalah maksimum 10, namun, anda perlu menulis sekurang-kurangnya 10-13 isi.

Kebiasaan bagi  setiap teks pemahaman SPM bahagian ini, terdapat antara 13-15 isi penting yang calon perlu kenalpasti kesemuanya.

Kemudian, tulis semuanya (dalam lingkungan 130 perkataan) dengan cara compound sentences dan complex sentences (ikuti catatan saya yang di bawah berkenaan struktur ayat-ayat ini).

Nota #2

Pastikan anda tulis semua isi menggunakan 2 jenis ayat yang disebut di atas.

Compound sentence dibina dengan memggabungkan sekurang-kurangnya 2 ayat dengan menggunakan and, but, or dan so, dengan syarat kedua-dua ayat tersebut lengkap (independent clause).

Complex sentence pula dibina, juga dengan menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan antaranya which, who, because dan lain-lain lagi. Ayat ini terbentuk apabila digabungkan satu ayat lengkap (independent clause) dengan  ayat tidak lengkap (dependent clause).

Dalam pembelajaran tatabahasa (grammar), tajuk ini dipanggil struktur ayat (sentence structure). Jika anda konsisten menggunakan kedua-dua struktur ayat di atas, markah bahasa anda adalah 5/5*

*dengan syarat tiada langsung kesalahan tatabahasa (grammar) atau ejaan (spelling).

Nota #3

Pastikan tulisan anda tidak melebihi 130 perkataan (termasuk menyalin 10 perkataan pertama yang diberi). 

Pastikan ejaan anda semuanya tepat.

Tada!! Itu sahaja syaratnya!
Mudah bukan?

Memang mudah,
jika adik-adik sentiasa membuat latihan ulangkaji, kemudian gunakan tip-tip ini dalam setiap latihan yang dibuat. SPM bakal menjengah lebih kurang 6 minggu sahaja lagi. Jadi, jangan berhenti mencuba serta berdoa agar dimudahkan perjalanan adik-adik memghadapi peperiksaan yang bakal menjelang ini.

Selamat berjaya!

#Masih kurang faham? Boleh email saya di rozanahz@yahoo.com untuk penerangan lebih lanjut.

Sunday, May 15, 2016

Teknik Menjawab Section D (Novel) Paper 2 Bahasa Inggeris SPM (Sing To The Dawn)

Teks: Rozanah Zakaria

Bahagian D (Novel) mengandungi 15 markah. Untuk mendapat 15 markah, terdapat teknik-teknik khusus cara menjawab esei bahagian ini.

1. Tulis dalam 5 perenggan.

Contoh ini bagi soalan: 
With close reference of the text, choose a part of the novel that you like most.
(Pilih bahagian yang kamu paling suka dalam novel ini).

- Perenggan 1: Pengenalan (Introduction)
Contoh seperti ini, 'In the Novel Sing to the Dawn by Minfong Ho, the part that I love most throughout the novel is when Dawan succeeded in her attempt to convince her father to further her study in the City.'

- Perenggan 2/3/4: Isi/bukti (evidence).
Contoh penulisan seperti berikut. 'I like this part since Dawan shows that she respects her father by using kind words and not raising her voice while arguing with him about her winning the scholarship to further her study in the City. That way, it eventually worth it when her father decides to give her a chance to prove herself by granting her permission to study there.' (Menerangkan dengan jelas sebab mengapa bahagian ini dipilih sebagai bahagian yang kamu suka).

- Perenggan 5:Penutup (conclusion).
Contohnya: 'All in all, I like this part of the story for it shows how Dawan is matured for a girl of her age, putting respect for the elderly, namely her father, as of utmost importance. This shows how filial piety is uphold in this family, portraying Asian culture as a whole, where young ones have high respect for those older than them. It teaches me to be a person that should respeect everyone in my life, even at times when we have disagreement, like what Dawan has gone through. It also teaches me to hold firm with what I believe, as long as I am doing the right thing. I am really happy reading this part throughout the novel as it inspires me to be a firm, considerate and  better person in the future.' (Kesimpulan hendaklah menegaskan sekali lagi mengapa bahagian tersebut dipilih).

2. Bagi perenggan 2, 3 dan 4, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti bagi mendapat esei yang berkualiti tinggi penulisannya, sekaligus menarik minat pemeriksa dan membuktikan bahawa calon betul-betul telah membaca serta mendalami konteks penceritaan di dalam novel tersebut. Ikuti langkah-langkah di bawah:

a. Mulakan dengan sebab mengapa kita memilih bahagian tersebut.
b. Sertakan eviden-eviden daripada teks.
c. Huraikan eviden-eviden yang diberikan secara terperinci.
d. Tulis pendapat peribadi anda (POV: Point of View), tentang mengapa anda pilih eviden-eviden tersebut.

Ulang langkah a-d bagi setiap perenggan 2,3 dan 4.

Nota: Eviden daripada teks adalah contoh yang realistik yang diambil daripada penceritaan serta kejadian-kejadian (events) yang berlaku di dalam novel tersebut. Olah dengan ayat sendiri untuk menunjukkan kefahaman anda.

Sebarang persoalan berkaitan teknik menjawab boleh kemukakan kepada saya di:
email: rozanahz@yahoo.com

Selamat menjawab!


Section D, Novel: Sing to the Dawn: Introduction

Teks: Rozanah Zakaria

Salam. Peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berlangsung di kebanyakan sekolah menengah kini.

Jadi, berkaitan itu, saya ingin ulang semula, secara lebih terperinci, bagaimana menulis pengenalan (introduction) bagi Section D (Novel), Kertas 2, Bahasa Inggeris SPM.

Masih ramai yang agak kabur bagaimana memulakan perenggan yang paling penting ini? Jom lihat di bawah!

Untuk soalan ini:
"Sibling relationship should be valued and not taken for granted." With close reference to the text, describe how the siblings in the novel portray this statement.

[Source: Understanding New Lit: Selected Poems and Novel: Sing to the Dawn SPM by Christine Tan (page 119)]


Mulakan dengan:

         (1) The novel that I have studied is Sing to the Dawn by Minfong Ho. (2)Sibling relationship should be valued and not taken for granted. These relationships  are portrayed throughout the text. (3)Dawan and her brother Kwai and Bao and her brother Vichai portray different angles of sibling relationships in the novel.

Okey, itu sahaja yang perlu anda tulis dalam perenggan pertama. Bak kata orang putih, simple and sweet. Tidak perlu pengenalan yang panjang berjela tetapi tidak menjawab soalan yang ditanya. Jangan tulis nombor pula ye, itu adalah untuk panduan anda bagi tujuan penerangan yang akan saya sampaikan di bawah.

(1) Ayat ini adalah 'standard'. Tidak perlu ubah. Kecuali jika anda belajar novel yang berbeza. Itu sahaja. namun bagi para pelajar yang membaca novel ini di sekolah, ini adalah jawapan 'standard' anda.

(2) Ayat ini diambil 'sebijik' daripada soalan. Kenapa perlu salin soalan? Okey, menulis semula soalan dalam bentuk pernyataan menunjukkan anda mula memahami apa yang dikehendaki soalan. Kenapa penting? Kerana anda perlu buat pemeriksa faham bahawa anda faham soalan itu. itu adalah elemen penting bagi pelajar yang ingin skor 15/15 (markah penuh) bagi bahagian ini.

(3) Ayat ini menghuraikan bahagian kedua soalan apabila ditanya 'bagaimana hubungan adik-beradik ditunjukkan dalam novel ini?'. Menjawab bahagian kedua soalan juga menunjukkan bahawa anda faham kehendak soalan. Masukkan juga watak-watak yang terlibat, dalam ayat ini.

Itu sahaja untuk kali ini. Huraian bagi perenggan-perenggan lain telah juga saya ceritakan dalam entri terdahulu. Anda boleh juga rujuk di sini.

Ingin bertanya lebih lanjut, boleh email saya di rozanahz@yahoo.com

Selamat maju jaya!

Sekian.


Wednesday, May 11, 2016

Peperiksaan dan pertandingan.

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Dalam hidup ini, berapa kali kita hadapi peperiksaan? Banyaknya tidak terkira rasanya, kan? Bagaimana kita hadapi peperiksaan tersebut? Bagaimana pula perasaan kita tiap kali menghadapi hari peperiksaan?

Ada orang kata, 'relax la, exam je, bukan nak mati pun!', ada pula orang yang tiap-tiap kali nak exam, demam seminggu! Setiap orang pasti menghadapi pengalaman yang berbeza kerana tiada satu manusia di muka bumi ini yang sama, walau mereka itu kembar seiras!

Bagaimana pula dengan pertandingan? Kalau saya dulu, ayah siap pesan, 'naik atas pentas tu, tengok ke arah penonton, anggap penonton tu semua macam tiang batu,'. Haha. Bunyi macam kelakar, kan? Tapi disebabkan saya banyak menyertai pertandingan, saya memang amalkan petua ayah! Memang berkesan!

'Akibatmya'? Sampai sekarang saya 'pantang' disuruh untuk berada di pentas, pasti saya 'tergedik-gedik', selalunya siap volunteer lagi! Haha.

Selain itu, apa perlu buat untuk hilangkan gementar di pentas? Selain petua-petua yang pelbagai, kunci kejayaan untuk berada tenang dalam pertandingan serta berada di atas pentas, adalah bersedia, bersedia, bersedia! Itu sahaja.

Persediaan rapi akan membantu kita untuk mengurangkan rasa gemuruh atau gementar.

Apa relevannya topik saya? Hidup kita ini ibarat peperiksaan dan pertandingan. Bezanya dalam hidup kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi.

Namun, suatu yang pasti, untuk kita berupaya menghadapi cabaran yang tidak terduga, hubungan dengan Tuan yang memberi dugaan kepada kita perlu terlebih dahulu selesai. Hubungan dengan yang Maha Pencipta. Jaga hubungan itu, maka setiap ujian dan dugaan, in sha Allah bakal kita hadapi dengan ketenangan dan keyakinan, tanpa gentar sedikit pun, kerana kita tahu, Dia sentiasa ada untuk kita.

Sekian. Wassalam.

Tuesday, May 3, 2016

Jurnal Writing

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
       Murid-murid saya bersemangat 
   membentuk ayat semasa aktiviti 'Crack 
          The Code' bagi kelas 'writing'

Catatan ini khas untuk para guru yang ingin membantu anak didik anda memahirkan diri dalam penulisan bahasa Inggeris.

Gunakan kaedah Jurnal Writing. Saya pernah buat semasa di universiti dulu, semasa di Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Apa itu jurnal writing? Ianya amat mudah. Minta anak murid anda sediakan satu buku catatan kecil (biasanya saya suka buku saiz B5) untuk dia menulis catatan hariannya.

Minta murid anda mula menulis setiap hari, apa yang anda mahu mereka tulis, terpulang kepada anda. Bagi saya, saya beri sepenuhnya kebebasan kepada anak didik untuk menulis apa sahaja; iaitu  jadikan jurnal tersebut sebagai diari harian.

Mereka boleh menulis apa sahaja yang mereka ingin tulis, asalkan setiap kali menulis, mesti selitkan sekurang-kurangnya satu perkaraan baru.

Setiap minggu, mereka akan hantar jurnal kepada saya untuk diperiksa. Biasanya saya minta mereka hantar pada hari jumaat, jadi saya ada dua hari setengah untuk memeriksa jurnal tersebut.

Disebabkan saiz jurnal yang agak ke il, jadi mudah untuk saya bawa ke mana saja saya pergi walaupun pulang ke kampung.

Kaedah menyemak catatan jurnal murid: saya hanya tanda jika kesalahan tersebut sangat 'glaring', dengan cara ini, murid tersebut tidaka akan 'down' sekiranya tulisannya penuh dengan dakwat merah. 

Ini adalah salah satu cara menggalakkan pelajar menulis untuk mengembangkan idea mereka, bukan terlalu tertumpu pada kesalahan 'grammar' sehingga 'mematikan' idea mereka yang mencurah-curah.

Setelah dipulangkan, murid perlu menulis semula setiap karangan yang mempunyai tanda merah. Dengan ini, murid akan belajar menulis lebih baik, secara mereka tidak sedar.

Mahu cuba? Apa lagi? Mulakan hari ini. Kaedah ini boleh diubahsuai mengikut kebolehan murid-murid anda masing-masing. Feel free to share!

Wassalam.