Friday, April 29, 2016

Berlari ke hutan teriakku

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

'Berlari ke hutan teriakku'
Hayati erti hidup yang dihadapanmu.


Itu saja yang aku hafal bait puisi Cinta dalam Ada Apa Dengan Cinta dulu.
Sekarang demam Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) pula.
Masih menunggu peluang untuk 'bertemu' Rangga semula.
Dalam kekalutan, pasti aku peruntukkan masaku.

Itu impian.

Realitinya?

Hidup, realiti dan impian adalah satu nyawa. Walau berbeza dimensi, arahnya sama.
Maka, jangan sekali kau perlekehkan impian demi satu realiti yang bakal kau genggam.

Dari anganan menjadi cita-cita untuk menggapai bintang.
Namun sandaranmu perlu kukuh.
Tidak ampuh andai kau hanya bersandar pada angin yang bertiup,
namun berdegar kau canang mulianya dan gahnya impianmu.

Realiti walau setinggi mana, pasti bakal kau genggam, andai impianmu sekuat azam dan segigih kudrat dan keringat yang dikerah.

Ayuh! bangunlah dari mimpi, wahai anak bangsaku, wahai anak bangsa Malaysia!

Kau punya tugas besar untuk digalas.

Demi masa depanmu, demi masa depan nusamu!

Kini, aku berlari ke hutan, teriakku adalah teriak riang, kerna aku tahu, 'Rangga'ku ada di situ, menunggu aku, memimpin tanganku demi merealisasi sebuah impian, bagi mengisi sedetik makna hidupku...:)

Demam AADC2.

Wassalam. ;)

No comments:

Post a Comment