Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Salam petang Jumaat yang damai. Matahari malu-malu di Barat. Hampir menyembunyikan wajahnya yang ceria. Saya masih berteleku di sofa. Melayan mata yang sangat pedih - mengantuk yang teramat sebenarnya! Sekitar jam 5.30 tdi, tayar Swift baru bergolek meninggalkan kawasan sekolah. Saya baru selesai kelas tuisyen PDCA ketika itu bersama 24 pelajar tingkatan 5.
Semasa kelas lagi,saya sudah merasa 'sengsaranya' keletihan. Entahlah, mungkin 'berjemur' 3 hari di stadium menemani pelajar-pelajar kejohanan olahraga membuatkan badan terasa letih, dek cuaca yang terik. Namun, semangat saya melihat para pelajar bertekun, mematikan 'kesengsaraan' ditanggung. Haha. Begitu sekali?
Mungkin ini yang dikatakan kebahagiaan bagi seorang guru adalah melihat ketekunan para pelajarnya. Bukan hanya ketika mereka berjaya, tetapi kesungguhan mereka menjadi penawar segala jerih payah seorang guru berkorban masa dan tenaga. Ubat yang sangat mujarab saya kira. Itulah yang dikatakan passion saya kira. I always love teaching!
Kelas PDCA ini adalah anjuran PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang), Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang serta ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) Jabatan Perdana Menteri.
Saya terlibat dengan PDCA ini sejak saya berada di SMK Permatang Tok Labu pada 2010. Bagi kelas ini, hanya 25 atau 50 pelajar dipilih setiap tahun bagi tingkatan 5. Ada juga dahulu semasa sistem PMR (Penilaian Menengah Rendah) diadakan kelas untuk para pelajar tingkatan 3. Namun, sejak saya di SMK Desa Murni, memang saya hanya mengajar kelas PDCA tingkatan 5.
Pemilihan pelajar bagi kelas ini dibuat oleh Unit Kaunseling sekolah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tingkatan 4. Tahun lepas, hanya 25 pelajar dipilih, namun tahun ini 50 orang pelajar dengan 2 orang guru.
Semoga kelas yang dirancang dengan niat murni untuk membantu para pelajar berjaya dalam SPM mereka, akan membuahkam hasil cemerlang.
Bagi saya sebagai pendidik, usaha terbaik dari guru dan pelajar-pelajar adalah yang wajib dan utama. Selebihnya Allah yang akan menentukan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment