Saturday, April 30, 2016

Destinasi popular pilihan pelancong tempatan dan asing

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Pernah dengar nama Sungai Dua?

Ya, di Pulau Pinang ada dua Sungai Dua (nama pun memang sudah dua, kan?). Satu berhampiran Universiti Sains Malaysia (USM) di sebalah pulau, satu lagi berhampiran Tol Sungai Dua Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di tanah besar atau Butterworth.

Kali ini catatan saya berkaitan Sungai Dua, Butterworth.

Pekan Sungai Dua ini kategorinya adaalah luar bandar. Namun, saya selalu merujuk tempat ini sebagai 'the best of both worlds'. Kenapa ya? Teruskan membaca.

Di kawasan Sungai Dua ini masih terdapat banyak kawasan kampung. Hmm, bila sebut kampung, boleh bayangkan ketenangan di situ? Ha! Itu poin nombor 1! Tenang, sawah padi, burung berkicau, tupai melompat dari poko ke pokok serta melihat matahari terbenam dari halaman rumah. Itu kehidupan di kampung. Menarik tak?

'Dunia kedua'? Di kawasan Sungai Dua ini terdapat 3 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah. Ya! Itu salahsatu faktor penting sesuatu kawasan penempatan. Kemudian terdapat kemudahan masjid, pasaraya mini, klinik pergigian, klinik kesihatan (yang perkhidmatannya saya ingin beri 5 bintang!), kedai 'printing', 7-eleven, Pizza Hut, KFC, bank-bank utama (BSN, Maybank, Ambank, Hong Leong), kedai jahitan, kedai bunga serta kedai-kedai makan pelbagai jenis.

Dua dunianya macam mana ye? Okey, bayangkan anda boleh dapat semua kemudahan penduduk dibandar dapat, tapi bezanya di sini anda dapat suasana kampung yang damai, dan pada masa yang sama tetap tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Nampak? Jadi, itu istimewanya Sungai Dua, pada kaca mata saya yang berbingkai hitam ini. ;)

Jadi, kenapa pelancong perlu ke sini?

Catatan kali ini menjurus kepada maakanan.

Kedai-kedai makan di Sungai Dua, (tidak kira yang popular atau tidak) pada saya, semuanya ada keistimewaan tersendiri.

1) Gulai Sembilang (sebelah kiri sebaik saja keluar dari susur lebuhraya)

2) Gerai buah berangan goreng dan kacang rebus

3) Char Koay Teow Telur Dibasuh (sangat sedap, servis sangat efisyen, pekerja profesional. Kedai bukak jam 5 petang sehingga 2 pagi: tutup Rabu)

4) Mid Gulai Kawah (buka awal sekitar jam 10 pagi, lauk-pauk pelbagai jenis yang sangat sedap. Keisitmewaan kedai ini adalah gulai kawahnya yang dimasak di tengah-tengah kedai)

5) Aziz Mee PakNgah Sungai Dua (buka jam 1 tengahari sehingga lebih kurang 10/11 malam: tutup Isnin)

6) Gerai roti canai bertentangan Gulai Sembilang)

7) Gerai Coconut Shake (serius sangat sedap shake dia, wajib cuba!)

8) Ida Mee Ketam (sedap hingga hirupan kuah terakhir)

9) L.A Tea Garden makanan barat dan timur (makanan barat yang 'superb', kedai yang sangat menarik dan kreatif dekorasinya) (bertentangan Mee Pak Ngah)

10) Lala Seafood (peminat seafood boleh ke sini)

11) Jeruk Pak Ali (kiosk kecil tetapi memudahkan anda membeli jeruk di sini sekiranya anda tidak bercadang ke kedai jualan yang besar di Wakaf Seetee Aishah Seberang Jaya)

12) Mee Udang Pengkalan Tambang (Udang segar yang boleh dipilih - kuah mee sangat sedap, boleh dinikmati bersama air kelapa segar)

Jadi, apa lagi? Jom ke Sungai Dua, jika semata-mata untuk makanannya, percayalah, ianya sangat berbaloi!

Wassalam.

Foto: Pemandangan dari BORR (Butterworth Outer Ring Road)

No comments:

Post a Comment