Wednesday, December 23, 2015

Bosan: Catatan sentap!

Teks: Rozanah Zakaria

Bosan.

Tak tahu hendak buat apa?
Buatlah apa-apa untuk hilangkan kebosanan.
Hidup ini pilihan.
Kita pilih sendiri apa yang kita kehendaki.
Mahu dengan tidak saja.

'Nanti apa orang ni kata?',
'apa orang tu kata?',
'macam mana kalau tak sempat?'

Itu semua alasan dari dalam diri.
Jangan salahkan orang bila kelak kita tersedar, kita telah kesuntukan masa.
Salahkan diri sendiri?
Yelah, siapa lagi?
 Tapi jangan hanya meratap sedih, bermuram durja.

Bertindak sekarang, jadi seorang yang bertindak!
Jangan hanya fikir dan fikir.
Akhirnya apa pun tak jadi!

Buat, mulakan dengan apa yang kita ada!
Bak kata orang tua-tua,
'Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga!'
Betul la tu. Sambil bermula, jangan biar jiwa dan minda terus-menerus kosong,
Tambah ilmu, cari pengalaman, belajar dari kesilapan.

Ingat, kejayaan besar bermula dengan langkah kecil.
Ha! Tunggu apa lagi?

Wassalam.

Monday, November 16, 2015

Hidup, roda dan kail

Teks: Rozanah Zakaria

Kata orang, hidup umpama roda.
Ada juga kata, jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Apa pun orang kata,
saya kata, hidup mesti terus.
Orang Inggeris kata 'life must go on.'

Apa pun orang kata,
Kita kena ingat, roda itu bulat
Banyak tafsiran yang kita boleh buat dengan roda.

Kala di atas, kita kena pandai imbangkan diri, agar berdiri tinggi dan tidak senget atau jatuh meyembah bumi
Kala di bawah roda pula, kena sedar diri bahawa Allah sayang kita.
Dia beri ujian mungkin kerana kita lupa berterima kasih padaNya
Kerana resmi manusia, jika terhantuk, baru fikir hendak tengadah.

Kail juga boleh dikias dengan hidup kita ini yang sebentar cuma.
Jika tali kail kecil, carilah lubuk kecil
Agar pelaburan kita berbaloi
Andai mahukan ikan besar, bersedia dengan tali yang lebih kukuh

Dalam ertikata sebenar, ilmu perlu ditambah setiap saat dalam hidup kita, kerana ilmu Tuhan itu luas, jadi jangan kita mendabik dada kitalah paling berilmu dari segala manusia.

Moga catatan insan kerdil ini bisa mengubah persepsi kita untuk sentiasa bersangka baik dengan manusia dan Tuhan.

Wassalam. 😊

Monday, November 9, 2015

kampung ku

Teks: Rozanah Zakaria

Hari ini aku masih di kampung.

Suasana berbeza dari kepulangan aku yang lepas. Hari itu, cuaca seolah-olah diselaputi awan putih yang berbahang, panas! Itu jerebu.

Pagi ini, agak terkejut juga aku, suasana pagi seolah-olah diselaputi awan tebal; aku berjalan 'membelah kawanan awan' ini. Terasa muka ditampar lembut dek kesejukan pagi. Owh, kabus rupanya.

Syukur, lama aku tidak melihat kabus. Tatkala aku menulis, matahari mula menampakkan diri. Namun, cahayanya lembut menerobos celahan dedaunan pokok-pokok bunga emak.

Terasa sayang pula ingin kutinggalkan suasana ini. Namun, aku punya tanggungjawab besar di sana. Aku pasti pulang lagi seperti selalunya. Namun kali ini benar-benar terasa kelainannya

Suasana damai pagi bendang yang telah lama bersembunyi kini muncul lagi.

Jom! Emak ajak aku ke Nat (pasar pagi, di Kedah dipanggil Nat).

Moga seri hari ini yang beransur hilang bakal diganti dengan luhurnya budi insan di bumi nan indah ini.

Jom ke Nat!

Friday, November 6, 2015

Kisah Kaira

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google

Pulangnya Kaira dari sekolah hari ini, terus kalut dia bercerita.

Katanya kawan baiknya, Aishah hadiahkan dia pembaris Hello Kitty.
Aku tersenyum.
Kemudian terfikir, alatulis dengan karakter kartun mesti mahal.
Lantas bertanya ibu ini kepada si kecil.

'Aishah belikan Kaira pembaris tu, dia makan tak waktu rehat tadi? Cukup ke duit dia makan?'.

Pantas Kaira menjawab soalanku,

'Mama, (sambil buat mimik muka yang sangat yakin) pembaris tu tak mahai la, seringgit lima kupang ja (bahasa Penang dia memang pekat).'

Terkejut aku mendengar! Bagi seorang murid sekolah rendah, bagi aku jumlah wang sebanyak itu sangat besar. Lantas aku bertanya lagi,
'Uish, mahainya, kenapa mahai sangat?'

 Kaira sekali lagi menjawab dengan yakinnya,

'Yela mama, pembaris tu, kalau ada lima kupang pun boleh bagi. Kalau takdak, bagi seringgit pun takpa, nanti dapat balik lima kupang. Seringgit lima kupang la tu.'

Muka Kaira nampak sangat puas hati setelah menerangkan dengan panjang lebar kisah dia dan pembaris Hello Kitty. Aku terkedu sekejap! Haha, kemudian aku ketawa! Rupanya pembaris comel tu harganya lima puluh sen, bukan seringgit lima puluh sen. Hehe. Kaira, Kaira.

Begitulah cerita Kaira. Kelakar? Aku gelak sungguh-sungguh mendengar cerita dia.
Dia pula? Seperti biasaa berlagak selamba, kerana dia sangat yakin dengan ceritanya.

Untuk Kaira, nanti Kaira baca tulisan Mama ni, jangan marah Mama ye! :)

Sumber: Carian Google

Saturday, October 24, 2015

bukan senang

Teks: Rozanah Zakaria

Jadi cikgu bukan kerja senang.
Jadi ibu bapa juga mana yang tidak susah.
Sesiapa juga, ada bahagian masing-masing.
Molek benar jika masing-masing faham tanggungjawab masing-masing,
kemudian saling berlapang dada serta saling membantu.
Di tengah-tengah kita, yang bakal mendapat manfaatnya anak kita juga, anak didik kita juga.

Andai semua berfikiran terbuka, pasti saling memuji antara satu atau dua kita yang lain.
Andai semua elak bermasam muka, banyak masa bakal terisi dihiasi ilmu duniawi malah ukhrawi.
Andai semua bersatu hati, dunia ini menjadi syurga kita sementara menunggu pulangnya kita ke alam abadi.

Amiin.
Wassalam.

Monday, October 5, 2015

Aktiviti musim jerebu bersama anak-anak di rumah: 2

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Apa lagi idea untuk aktiviti di rumah semasa musim jerebu ini? Memandangkan aktiviti di luar seperti ke taman permainan atau pantai tidak sesuai, jom terus baca di bawah.

Saya suka mewarna walaupun saya rasa saya tidaklah pandai dalam bab ini. Begitu juga kebanyakan kanak-kanak. Seperti anak saya, dia cukup gelisah jika pensel warnanya tidak cukup sekotak. 😊

Jadi, apa kata kita belikan buku mewarna seperti contoh di bawah? Apa sahaja gambarnya, saya pasti anak-anak kita suka, bukan? Paling malas hendak keluar rumah, cetak sahaja pelbagai imej yang menarik serta mengikut kesukaan anak dari Internet. Mudah bukan?

Bukan susah sebenarnya hendak ceriakan anak-anak anda, cuma anda perlukan kesabaran melayani karenah mereka yang hendakkan anda bersama mereka sepanjang masa aktiviti ini. Itu sahaja, demi anak kita sendiri, takkan tak boleh, kan?

Jom mewarna!

Saturday, October 3, 2015

Kenangan terindah

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Satu hari, aku sedang memandu dengan agak laju (biasalah naik lebuhraya, bukan. Mesti 110km/j. Ikut had laju. 😊) ke tempat kerja. Di sebelah aku adalah sahabat-baik-selamanya Cik Jaja (CJ).

Pagi yang sangat ceria, macam-macam cerita kami sembangkan seawal jam 6.45 bertolak. Sebelum jambatan, selit punya selit, tiba-tuba tersedar, aku terlajak! Argh! Sudah!

Bukannya panik, aku pandang CJ, dia pandang aku, dua-dua tergelak besar tiba-tiba. Gelak sampai berair mata sambil tangan memulas stereng Kancil 850 (transmisi manual tau!). Ayat yang keluar dari mulut aku ketika itu, 'alamak, terlepas!' (dalam nada yang amat perlahan).

Kemudian, aku siap berangan (dengan suara yang kuat dan sisa ketawa yang masih rancak) 'kalaulah waktu kerja lambat lagi, seronok juga 'pekena' kopi di Coffee Bean tu'. Ketawa CJ bertambah kuat. Kami bernasib baik hari itu jambatan tidak sesak seperti selalu. Jadi walaupun terpaksa hadapi satu pusingan U, (agak jauh juga), kami masih awal sampai ke tempat kerja.

Sampai di tempat kerja, setelah masing-masing imbas jari (tanda masuk kerja), kami terus ke meja. Sudahlah meja masing-masing bersebelahan. Setiap kali angkat kepala setelah siap tugasan, pandang muka masing-masing, ketawa kami meledak lagi!

Haha!

Apa yang lawaknya? Yelah, bertahun-tahun ulang-alik menggunakan jalan yang sama ke tempat kerja, boleh terlajak? Ini gara-gara bersembang sampai tidak ingat dunia la! Haha. Seharian hari itu, kami asyik ketawa, pantang terpandang muka masing-masing! Sampaikan naik hairan orang lain sebelah-menyebelah.

Namun, rahsia itu kami simpan dalam hati. Sampai sekarang, kalau aku rasa sedih sangat atau datang emosi negatif, aku 'korek' semula cerita ini dari memori di belakang kepala. Boleh ketawa terbahak-bahak, seorang diri!

Saat menulis ini pun, aku tersengih sendirian memandang skrin telefon. 😊. Untuk sahabat-baik-selamanya CJ, rahsia kita masih rapi sebab orang lain tak tahu cerita ini, kan? *wink* *wink*

Hehehe. (Aku hampir tidak boleh berhenti ketawa sekarang!)

Wassalam.

Monday, September 28, 2015

Pengurusan Homestay: Kekemasan

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Zulaikha & Rossa Fanpage (kredit Saudara Khairul Muqiit).

Aspek kekemasan adalah antara faktor terpenting dalam pengurusan homestay. Hatta susun letak pasu di meja kopi sekalipun memainkan peranan penting. Ini kerana ia bakal mencorak persepsi tetamu yang berkunjung ke homestay anda.

Antara perkara 'kecil' yang sering dianggap remeh tetapi mampu memberi impak besar jika diteliti adalah:

1) Meja kopi yang dilap berkilat
2) Jenis pasu dan bunga di atas meja makan
3) 'Rupa' pengelap kaki di hadapan pintu masuk rumah
4) Barangan hiasan yang teratur di rak
5) Susunan bantal serta cara lipatan selimut di katil
6) Susun atur alatan elektrik/pinggan mangkuk di dapur
7) Lantai rumah yang dimop
8) Bilik air yang berbau wangi dan pewangi dalam rumah
9) 'Complimentary drink/cookies'
10) Bantal/toto lebih.

Bayangkan jika anda masuk ke homestay yang disewa, kemudian semerbak hidung anda mencium bau haruman wangi. Kemudian, terlihat pula bantal di sofa yang disusun rapi. Ditambah lagi dengan pasu bunga yang ringkas tetapi comel di meja kopi. Apa perasaan anda? Agaknya tetamu tersebut akan kembali atau tidak ke homestay anda? Fikirkan.

Mahu tahu lebih lanjut tentang pengurusan homestay? Saya sedia membantu anda.

Boleh email saya di rozanahz@yahoo.com.

Jumpa lagi!

Sunday, September 27, 2015

Lipat kain kaedah 'undang-undang 3 helai'

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Siapa di sini ada masalah kain bertimbun di rumah? Sila angkat tangan! Haha. Saya pun termasuk sekali dengan anda! Bayangkan, sudahlah letih setelah bekerja di pejabat seharian (bagi kes saya mengajar seharian, haha), balik rumah kena lipat kain lagi? Alamak? Penat kan?

Saya pernah sampai ke satu tahap, kain penuh dalam 5 bakul besar, kemudian ada selonggok 'gunung' lagi di atas permaidani! Haha, anda pernah cipta rekod 'sehebat' ini? Hehe.

Apabila difikirkan, sampai bila hendak begini, bukan? Macam-macam cara saya cuba supaya semangat saya tetap utuh untuk melipat kain sehingga habis setiap hari. Tetap buntu! Huhu.

Akhirnya saya terfikir, 'kalau aku tak boleh lipat banyak-banyak, kenapa aku tak buat sikit-sikit? Lama-lama mesti habis juga kan?'. Kemudian saya terus buat keputusan untuk 'undang-undang 3 helai'. Haha. Bunyi macam kelakar, bukan? Saya pun sebenarnya tergelak sendiri dengan idea saya itu. Tapi, jangan tak tahu ye, saya berjaya membuatkan semangat saya tidak luntur! Sampai begitu sekali kan hendak selesaikan masalah melipat kain, haha!

Apa yang saya buat? Jom lihat, kalau menarik, boleh sama-sama cuba dan tinggalkan komen supaya kita boleh saling membantu!

1) Setiap kali saya lalu di tempat 'pengumpulan' kain, saya akan lipat 3 helai.

2) Setiap kategori saya ambil 3 helai. Contoh 3 jeans, 3 t-shirt saya, 3 t-shirt suami, 3 seluar panjang anak.

3) Berhenti! Jangan lipat lebih daripada 3 helai bagi setiap jenis kain tadi! Kenapa? Anda akan cepat rasa bosan. Jadi, ingat, jangan lebih tau!

4) Cepat! Lipat dengan cepat! Jika lambat, anda akan cepat bosan sebagaimana saya sudah rasai.

5) Ingat ini: jika selama 10 tahun anda tidak berjaya menghabiskan timbunan kain anda, jangan terlalu berangan hendak berjaya menggunakan kaedah ini dalam masa seminggu. Tenangkan fikiran, tenangkan diri, beri masa pada diri anda. Takkan pasal lipat kain tak habis hendak rasa tertekan pula? Relaks la kan?

Jom cuba! 

Raya korban dan pengorbanan

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria




Aku pernah bersuara pada suami, kalau ibu atau bapa mertua tidak sihat, aku sanggup ambil cuti separuh gaji untuk jaga mereka. Entahlah, agaknya Allah makbulkan hajat aku itu sekarang. Ibu dan bapa mertua kini semakin memerlukan perhatian kami (kerana kami tinggal bersama mereka). Ibu mertuaku sudah banyak hari demam. Semakin hari kulihat dia agak lemah. Belas pula dalam hati aku.

Kebetulan minggu ini, sehari selepas raya haji, aku dapat panggilan telefon dari sekolah mengatakan aku harus ke Pendang Lake Resort bagi satu ceramah SPM. Dua-dua adalah tanggungjawab aku yaang perlu aku lunaskan. Tapi berat rasa hati ini hendak meninggalkan rumah kerana pada masa yang sama, suamiku pula harus bekerja di luar kawasan. Inilah yang mungkin dikatakan pengorbanan.

Namun, aku buntu sekejap! Sudahlah ibu dan bapa mertua kurang sihat, takkan aku hendak tinggalkan anak aku pula untuk mereka uruskan si kecil itu ke sekolah. Akhirnya aku memohon untuk tidak menyertai ceramah SPM tersebut. Alhamdulillah diperkenankan Allah, mudah aku mendapat pelepasan. Namun, aku juga fikir kesusahan mereka untuk mencari ganti aku. Jadi, aku cuba sedaya-upaya mencari pengganti.

Setakat ini aku belum dapat mencari pengganti. Aku hanya mampu terus berusaha mencari, dan pada masa yang sama memohon agar Allah permudahkan aku.

Amin.


Saturday, September 26, 2015

Doa untuk Mina

Teks: Rozanah Zakaria

Tersentak membaca insiden di Mina.
Allah, hanya Engkau Maha Tahu di sebalik apa yang berlaku ini.

Kami di sini hanya mampu menitipkan doa buat mereka yang terkorban. Miga mereka semua ditempatkan di tempat yang mulia di sisiMu.

Moga aku, kamu, kita semua mengambil iktibar dan meneliti hikmah di sebalik kejadian ini.

Allah Maha Mengetahui segalanya.
Mati itu pasti.
Ampuni kami Ya Allah.

Amiin.

Thursday, September 24, 2015

Pengurusan Homestay

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Salah satu aspek pengurusan homestay adalah memastikan tempahan tidak bertindih. Terutamanya bagi pengurusan homestay yang mempunyai lebih daripada 1 premis.

Salah satu cara paling mudah adalah menggunakan aplikasi kalendar (bagi telefon pintar). Sebaiknya ada kalendar khas untuk tempahan homestay.

Satu contoh adalah kalendar Jorte yang saya guna untuk tempahan homestay-homestay saya. Aplikasi ini ringkas dan amat mudah digunakan. Cuma muat turun dari Play Store (bagi yang menggunakan android). Ia juga percuma.

Cubalah. 😊

Hari Raya Korban

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Sunday, September 20, 2015

Saturday, September 19, 2015

Kelas Asas penulisan Blog

Teks: Rozanah Zakaria

Salam.

Hari ini hari pertama cuti sekolah bagi Pulau Pinang.
Semangat pun lain macam, walau sebenarnya saya belum bercuti lagi.
Hari ini saya masih ada tuisyen SPM, begitu juga dengan Isnin depan.
Jadi saya akan mula bercuti sebenar-benarnya pada hari Selasa depan.
Tidak mengapalah, itulah rencah hidup seorang guru seperti saya.
Sebelum diri sendiri, keperluan anak didik perlu diutamakan juga. :)

Sudah lama entri ini tertangguh. Asyik terlupa saja. Hehe. Mujurlah saya dapat seorang guru blogging yang sangat penyabar, Puan Anys Idayu Zakaria. Bayangkan orang lain awal lagi sudah menyiapkan tugasan diberikan, semangat saya yang tenggelam timbul kurang membantu saya, malah membantutkan pula. Haha! Terima kasih ye cikgu Anys.

Saya mula diperkenalkaan dengan kelas dibawah naungan Akademi Bekerja Dari Rumah ini oleh sahabat semasa bersekolah dahulu, iaitu Sharimah Yahya. Terima kasih juga angah ye!

Jika hendak diikutkan, saya pernah terfikir bahawa saya tidak perlu masuk apa-apa kelas untuk berblog. Kenapa? Sebab saya sudah berblog sejak 2010 lagi. Jadi, kenapa tiba-tiba setelah 5 tahun saya perlu belajar 'semula' bagaimana berblog? Hmm, hendak tahu? Teruskan membaca ye. :)

Kesedaran timbul apabila perasaan saya untuk bekerja sendiri muncul. Kemudian saya terbaca entri sahabat saya ini di facebook miliknya, yang seterusnya membawa saya ke blog beliau sharimahyahya.blogspot.my. Kemudian saya teringat kata-kata ustaz saya, untuk menimba ilmu, walau bagaimana kita rasa kita pandai, kita harus berguru! Bukan saya tidak tahu selama ini bahawa belajar mesti berguru, namun saya fikir apa sangatlah berblog sampai hendak berguru, bukan? Tetapi dengan kuasa Allah, saya seperti ditarik untuk bertanya lebih lanjut dengan Sharimah. Tidak cukup dengan mesej, saya baca blog beliau, kemudian saya email beliau. Sejak itulah, persepsi saya tentang berblog berubah sama-sekali!

Rupanya masih banyak yang perlu saya pelajari untuk pembaca di luar sana menjumpai blog saya! Tidak hairanlah, selama 5 tahun saya berblog (tanpa berguru), saya sendiri tidak pernah jumpa blog saya di carian Google atau mana-mana enjin carian lain! Tetapi kini hanya dalam masa hampir setahun, 'pageviews' blog saya sudah mencecah hampir 6000! Berbeza dengan blog yang telah saya bangunkan sejak 2010, dalam masa 5 tahun, baru mencecah 'pageviews' 2000 lebih kurang. Hmm, itulah kuasa blog jika kita tahu selok-beloknya, bukan?

Jadi, apa yang diajar dalam kelas Asas Penulisan Blog yang saya sertai ini? Jika anda hendak tahu, setiap apa yang ditulis dalam blog kami protege ini, akan dipantaau oleh seorang guru online. Seperti saya, cikgu Anys sangat proaktif. Beliau akan membaca kesemua blog dibawah kendalian beliau, kemudian memberikan khidmat nasihat serta tunjuk ajar secara spesifik berkenaan apa-apa yang perlu diperbaiki. Sehinggakan cara dan gaya penulisan juga diberikan tunjuk ajar secara terperinci. Pada mula saya membayar RM300 untuk kelas ini, saya tiada idea apa yang saya akan dapat. Namun, apabila saya mendapat 'coaching' yang berterusan serta terperinci seperti ini, saya fikir sepatutnya nilai yang perlu dibayar adalah lebih lagi! Apalah sangat jumlah yang kita bayar jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang tidak ternilai yang kita dapat, bukan?

Bukan itu sahaja, jaringan ABDR ini sangat besar. Beribu-ribu blog bergabung, menghasilkan satu sinergi yang sangat hebat! Patutlah blog saya dahulu berkembang seperti siput bergerak, kerana saya bergerak secara solo. :)

Jadi, tunggu apa lagi? Berminat? Hubungi saya sekarang di:

WhatsApp: 0124208212
Email: rozanahz@yahoo.com
Facebook: Rozanah Zakaria

Selamat datang ke dunia ABDR!

Friday, September 11, 2015

Bagaimana dapat markah penuh Summary SPM?

Teks: Rozanah Zakaria
Pernah idamkan dapat 15/15 markah summary dalam Kertas 2 Bahasa Inggeris SPM anda?
Mimpi adik-adik bakal jadi kenyataan! Dengan 3 langkah, adik-adik bakal mendapat markah yang adik-adik inginkan. Apalagi? Teruskan membaca!
Jom lihat dan kongsi tip-tip ini bersama kawan-kawan! Hendak berjaya biarlah sama-sama, bukan?
Nota #1
Isi kandungan (content points) yang ditulis mestilah lebih daripada 10.
Ingat, walaupun markah untuk isi adalah maksimum 10, namun, anda perlu menulis sekurang-kurangnya 10-13 isi.
Kebiasaan bagi  setiap teks pemahaman SPM bahagian ini, terdapat antara 13-15 isi penting yang calon perlu kenalpasti kesemuanya.
Kemudian, tulis semuanya (dalam lingkungan 130 perkataan) dengan cara compound sentences dan complex sentences (ikuti catatan saya yang di bawah berkenaan struktur ayat-ayat ini).
Nota #2
Pastikan anda tulis semua isi menggunakan 2 jenis ayat yang disebut di atas.
Compound sentence dibina dengan memggabungkan sekurang-kurangnya 2 ayat dengan menggunakan and, but, or dan so, dengan syarat kedua-dua ayat tersebut lengkap (independent clause).
Complex sentence pula dibina, juga dengan menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan antaranya which, who, because dan lain-lain lagi. Ayat ini terbentuk apabila digabungkan satu ayat lengkap (independent clause) dengan  ayat tidak lengkap (dependent clause).
Dalam pembelajaran tatabahada (grammar), tajuk ini dipanggil struktur ayat (sentence structure). Jika anda konsisten menggunakan kedua-dua struktur ayat di atas, markah bahasa anda adalah 5/5*
*dengan syarat tiada langsung kesalaham tatabahasa (grammar) atau ejaan (spelling).
Nota #3
Pastikan tulisan anda tidak melebihi 130 perkataan (termasuk menyalin 10 perkataan pertama yang diberi). Pastikan ejaan anda semuanya tepat.
Tada!! Itu sahaja syaratnya!
Mudah bukan?
Memang mudah,
jika adik-adik sentiasa membuat latihan ulangkaji, kemudian gunakan tip-tip ini dalam setiap latihan yang dibuat. SPM bakal menjengah lebih kurang 6 minggu sahaja lagi. Jadi, jangan berhenti mencuba serta berdoa agar dimudahkan perjalanan adik-adik memghadapi peperiksaan yang bakal menjelang ini.
Selamat berjaya!

Tuesday, September 8, 2015

Kisah saya dan bidang masakan

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Salam. Ini kisah 'kecil' saya dalam bidang masakan.

Tiba-tiba saya ada kaitan? Haha, saya pun langsung tidak menyangka. Okey. Hendak dengar cerita saya? Jom!

Saya memang minat bidang masakan. Apa saja rancangan di televisyen yang ada kaitan dengan makanan dan masakan, walau apa bahasa sekali pun, saya akan menonton rancangan tersebut! Haha. Fanatiknya saya, bukan?

Dalam koleksi majalah saya pula, selain bahan bacaan ilmiah seperti Reader's Digest, Just English dan Her World (ilmiah bagi saya okey, haha) yang mengungguli carta koleksi saya adalah majalah masakan seperti Rasa dan Saji.

Tidak cukup dengan itu, saya beli Mingguan Wanita disebabkan resipi-resipi di dalamnya. Salah satu sebab saya beli surat khabar The Star pada hari tertentu juga adalah kerana ruangan masakan Amy Beh di dalamnya. Itu tidak dicampur lagi laman sesawang The Star Online yang saban hari saya asyik salin resepi-resepinya ke dalam Microsoft Word dan simpan dalam satu folder bernama 'recipes'. Hehe.

Selain resipi, saya sangat minat kraftangan. Kalau ada orang bertanya,  satu perkara yang saya sanggup lakukan tanpa bayaran (sebaliknya keluarkan duut saya pula), kraftangan adalaha jawapannya! Saya 'terjebak' dengan pertandingan masakan di sekolah juga disebabkan ini. Pulak? Kaitan saya dan masakan kini 'berjangkit' ke kraftangan pula. Haha. Jangan pening. Sebenarnya begini:

Saya terlibat dalam pertandingan masakan (membawa pelajar sekolah saya bersama seorang guru pembimbing masakan-guru ERT atau Ekonomi Rumah Tangga) ini kerana dua perkara:

1) Saya menjadi 'translator' bagi resipi dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan;
2) Saya ditugaskan bahagian hiasan (secara spesifik: bakul buah), iaitu menhias bakul untuk 'display' barangan yang akan digunakan dalama pertandingan masakan itu nanti.

Pendek cerita. Saya ikut serta sebagai guru pengiring kerana bidang saya Bahasa Inggeris dan minat saya dalam kraftangan.

Ha, nampak kaitannya sekarang?

Jadi, pendek cerita lagi, budak-budak comel sekolah saya ini jadi johan! Menangis terharu juga sekejap saya dan kawan saya R ini. Tidak langsung memyangka untuk menang. Huhu. Apa oun Alhamdulillah.

Jadi, tunggulah cerita kami di peringkat kebangsaan bulan Oktober nanti ya!

Jom tengok 'channel' 703!

Wassalam.

Sunday, September 6, 2015

Makan apa tengahari ni?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google
makcikmanggis.blogspot.com


Salam. Makan apa tengahari Ahad ni?

Biasanya saya memang jarang memasak. Hujung minggu pula agak padat dengan mengemas rumah serta selesaikan membasuh, melipat dan menyeterika baju kami sekeluarga untuk seminggu. Ha! Jangan tak tahu, sejak ada seterika Phillips ni (ala yang Amway jual tu) saya sanggup seterika semua baju sekali! Haha, hebat bukan? Psst! Saya sudah 'terjebak' jadi ahli Amway ni disebabkan 'seterika seribu lebih' itu lah! Hihi.

Okey, balik kepada cerita makan tengahari.

Apabila ibu mertua menyuarakan hendak ke rumah kakak ipar tengahri ini, saya hanya mengiakan. Berbelah-bahagi juga sebenarnya walaupun saya memang sudah lama tidak ke rumah kakak. Bukan apa, ada raga buah dan 'menu stand' menunggu untuk dihias untuk Pertandingan Memasak Nestle Sekolah Menengah Peringkat Negeri pada Selasa depan.

Jangan salah faham ye!

Saya bukan bahagian memasak, tetapi bahagian hiasan untuk alatan memasak serta menulis menu dalam Bahasa Inggeris, itu adalah kepakaran saya, tetapi bukan memasak! :).

Saya hanya suka menonton rancangan masakan serta mengembara mencari makanan sedap! Bercakap tentang ini, saya sedang berangan jadi seperti Qi, Zizan  atau Heliza yang berpeluang mengembara ke serata dunia untuk mencari makanan sedap disamping melihat budaya masyarakat luar. Seronoknya! Okey, simpan cita-cita saya yang akan saya tunaikan suatu hari nanti itu ye!

Jadi itulah saja sebenarnya dilema saya, haha!

Fikir punya fikir, saya buat keputusan ikut ibu mertua. Tetapi saya akan sampai sedikit lewat dari mereka kerana ada hal di bandar berdekatan rumah. Hendak membeli cadar tambahan dan gantian bagi Zulaikha Homestay dan Rossa Homestay kendalian saya dan suami yang kini hampir tidak menang tangan!

Syukur Alhamdulillah! Rezeki yang Allah bagi pada kita tidak sama bukan?

Sesetengah dikurniakan ramai anak, harta bertambah, naik pangkat, dapat melancong beberapa kali setahun dan macam-macam lagi. Jadi, kita hanya perlu bersyukur dan jangan pernah membandingkan diri kita dengan orang lain, kecuali untuk kita kutip semangat kental mereka demi menggapai sebuah kejayaan!

Wah, berpuitis pula saya di tengahari! :)

Okey, rasanya saya perlu 'bergerak' keluar rumah sekarang. Tidak sabar juga hendak lihat apa menu di rumah kakak ipar tengahari ini. Perut tiba-tiba berkeroncong lagu 'Keroncong untuk Ana' nyanyian M. Nasir. Lagu untuk sayalah tu! Haha, perasan! :)

Sampai jumpa lagi. Jom makan!

Wassalam.

Wednesday, August 26, 2015

Aduhai anak didikku

Teks: Rozanah Zakaria

Kes pelajar perempuan hilang/lari dari rumah makin menjadi-jadi. Usahkan yang di suratkhabar, kawasan berdekatan tempat saya tinggal saya.

Peperiksaan Percubaan SPM kini sudah bermula bagi hari kedua. Antara pelajar tingkatan lima, bukan seorang dua yang tidak hadir mengambil peperiksaan, ramai jugalah. Salah seorang dari mereka adalah seorang pelajar perempuan ini.

Kasihan jika ditelusuri sejarah keluarganya, berantakan, lantas tiada kasih sayang insan-insan bergelar ibu dan ayah. Bergenang air mata tatkala cerita ini sampai di telinga saya.

Saya pernah mengenali pelajar ini. Baik budi bahasa, pernah ucap 'Selamat Hari Ibu' pada saya (selalunya pelajar akan ucap untuk hari guru, bukan hari ibu) dan pernah hadiahkan sehelai tudung ala-ala Naelofar kepada saya, dek pernah melihat saya memakai tudung Naelofar ke tempat kerja. :(

Saban hari, khabarnya semakin kerap ponteng sekolah. Akhirnya, berita terkini, langsung tidak hadir peperiksaan percubaan yang sudah masuk hari ke-3 di Pulau Pinang ini. Pelajar ini juga tidak dapat dikesan rakan-rakannya.

Luluh juga hati ini kerana suatu masa pernah mengenali insan yang luhur pekertinya. Terasa kerdil diri ini lantaran tiada daya untuk berbuat apa-apa bagi membantunya. Ya Allah, mungkin ini ujian untuk saya yang sekian lama bergelar pendidik. Saat ini airmata bergenang lagi.

"Nana (bukan nama sebenar), kalau Nana baca catatan Mama ini, Nana baliklah. Semua orang rindukan Nana. Nana ada peperiksaan penting yang perlu dilangsaikan, masa depanmu di sini. Kami di sini semua sayangkan Nana."

Jumpa lagi.

Monday, August 24, 2015

Teknik Menjawab Section D (Novel) Paper 2 Bahasa Inggeris SPM

Teks: Rozanah Zakaria

Bahagian D (Novel) mengandungi 15 markah. Untuk mendapat 15 markah, terdapat teknik-teknik khusus cara menjawab esei bahagian ini.

1. Tulis dalam 5 perenggan.

Contoh ini bagi soalan: 
With close reference of the text, choose a part of the novel that you like most.
(Pilih bahagian yang kamu paling suka dalam novel ini).

- Perenggan 1: Pengenalan (Introduction)
Contoh seperti ini, 'In the Novel Catch Us If You Can by Catherine MacPhail, the part that I love most throughout the novel is when Rory embarked on his Great Escape plan.'

- Perenggan 2/3/4: Isi/bukti (evidence).
Contoh penulisan seperti berikut. 'I like this part since Rory shows that he really loves Granda by putting all Granda's needs before his.' (Menerangkan dengan jelas sebab mengapa bahagian ini dipilih sebagai bahagian yang kamu suka).

- Perenggan 5:Penutup (conclusion).
Contohnya: 'All in all, I like this part of the story for it shows how Rory is matured for a boy of his age, putting Granda's life before his and how friendship flourishes in time of hardship. It teaches me to be a person that should benefit others around me, despite my young age. I am really happy reading this part throughout the novel as it inspires me to be a better person in the future.' (Kesimpulan hendaklah menegaskan sekali lagi mengapa bahagian tersebut dipilih).

2. Bagi perenggan 2, 3 dan 4, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti bagi mendapat esei yang berkualiti tinggi penulisaanya, sekaligus menarik minat pemeriksa dan membuktikan bahawa calon betul-betul telah membaca serta mendalami konteks penceritaan di dalam novel tersebut. Ikuti langkah-langkah di bawah:

a. Mulakan dengan sebab mengapa kita memilih bahagian tersebut.
b. Sertakan eviden-eviden daripada teks.
c. Huraikan eviden-eviden yang diberikan secara terperinci.
d. Tulis pendapat peribadi anda (POV: Point of View), tentang mengapa anda pilih eviden-eviden tersebut.

Ulang langkah a-d bagi setiap perenggan 2,3 dan 4.

Nota: Eviden daripada teks adalah contoh yang realistik yang diambil daripada penceritaan serta kejadian-kejadian (events) yang berlaku di dalam novel tersebut. Olah dengan ayat sendiri untuk menunjukkan kefahaman anda.

Sebarang persoalan berkaitan teknik menjawab boleh kemukakan kepada saya di:
email: rozanahz@yahoo.com

Selamat menjawab!


Biskut Bunga Cina

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Kadang-kadang kita ada satu perasaan teringin sangat hendak makan sesuatu, kan? Baik lelaki mahupun perempuan, saya fikir semua orang ada keinginan begitu rasanya. Ini kisah saya.

Tiba-tiba kepingin makan Biskut Susu atau ada orang panggil Biskut Bunga Cina. Alkisah, isteri kepada sahabat suami saya, Liza memang pandai buat biskut ni. Teruja saya ketika pertama kali rasa biskut ini. Dulu tidak pernah teringin pun hendak makan. Tapi setelah rasa, wah! Terus saya minta nombor telefon Liza. Hehe.

Kini, secara rasmi (cewah!) saya adalah salah seorang pengedar kuih buatan Liza. (Rasa macam terlebih pula penerangan tentang diri sendiri, hehe).

Bukan hendak promosi tau, tapi saya suka sangat tekstur biskut ini yang gebu dan licin. Kena makan sendiri baru tahu bagaimana rasanya. 😊

Okey, nanti saya tulis lagi, nak makan Biskut Bunga Cina ni. Nyam, nyam. 😋

Sunday, August 23, 2015

Siri Ceramah SPM edisi Pendang Lake Resort.

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal menjengah tanggal 2 November depan. Di Pulau Pinang, Peperiksaan Percubaan SPM peringkat negeri akan bermula esok (Isnin 24/8/2015). Debaran yang dirasa membuatkan adrenalin bergerak pantas, bukan sahaja para pelajar, malah guru-guru dan ibubapa juga.

Terkini, saya baru pulang daripada menjadi fasilitator bagi ceramah SPM anjuran PERDA (Perbadanan Kemajuan Wilayah Pulau Pinang), PUZ (Pusat Zakat Pulau Pinang) serta ICU (Unit Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang). Kali ini saya sebagai fasilitator. Sebelum ini di Bukit Merah Lake Town Resort sebagai salah seorang penceramah.

Para pelajar ini dipilih dari sekolah-sekolah dari seluruh Seberang Perai, seramai 290 kesemuanya. Bengkel terakhir sebelum peperiksaan percubaan ini merangkumi 13 jam pembelajaran Bahasa Inggeris tanpa-henti. Lebih kurang 90 peratus kandungan program adalah melaksanakan modul latih tubi, dengam bimbingan berterusan para penceramah serta fasilitator seramai 12 orang.

Di samping kesungguhan ditunjukkan para pelajar, faktpr disiplin masa amat dititikberatkan di sini. Namun, saya anggap kem ini berjaya untuk kesekian kalinya, membentuk disiplin tinggi para pelajar memgurus masa. Penggunaan masa yang optimum amat membantu melancarkan program ini.

Bagi setiap kem kecemerlangan akademik sebegini, untuk pemyampaian isi pengajaran selama 13 jam, persediaan modul dibuat oleh guru-guru yang sama 2 bulan sebelum program berjalan. Proses membina modul ini memerlukan pengetahuan serta pengalaman para guru dalam memastikan golongan pelajar sasaran ini mengalami kandungan pembelajaran yang menepati aras pengetahuan mereka. Walau terpkasa berkorban hujung minggu meraka untuk 'berkampung' bagi menyiapkan modul, para guru kumpulan saya ini amat dedikasi dalam menjalankam amanah yang dipertanggungjawabkan.

Syukur saya terpilih berada di kalangan para Jurulatih Utama yang sentiasa mempunyai aura positif yang kuat. Semiga sumbangan kecil saya dan rakan-rakan dapat membantu mentemarakkan lagi semangat cinta ilmu (secara spesifik pelajaran Bahasa Inggeris) di kalangan para pelajar SPM khususnya.

Semoga kalian berjaya dunia akhirat anak didikku. Sesungguhnya segala ilmu adalah milikNya yang dipinjamkan kepada kita untuk sementara di bumiNya ini. Amin.

Wassalam.

Wednesday, August 5, 2015

Sakit itu rahmat.

Teks: Rozanah Zakaria

Hari ini saya sakit perut seharian. Bukan hendak cerita sakit perut tu walaupun memang sakit. Hehe.

Sebenarnya sakit ni rahmat, bukan?
Apabila sakit, macam-macam muncul di benak fikiran.

Terfikir juga, andai sakit ini jadi sebab sampainya ajal, ya Allah, banyak lagi yang perlu saya selesaikan, banyak lagi yang ingin saya lakukan.

Terfikir buku kerja anak murid di sekolah yang masih berbaki untuk diperiksa.
Teringat 'charity job' yang berlegar di fikiran yang belum dapat saya laksanakan.
Terfikir juga banyak lagi yang perlu saya berikan untuk anak didik yang bakal menduduki SPM November ini.

Dan, senarainya tidak terbatas.
Sambil berfikir, dahi berkerut juga menahan sakit.
Saya cuma berhenti fikir setelah terlena dek ubat yang membuatkan saya mengantuk.
Hmm, bagus juga ubat yang diberi doktor tu. Agaknya kalau tidak tertidur, pasti saya tidak berhenti berfikir. 😊

Jom mulakan hari ini juga, apa-apa sahaja kebaikan yang anda ingin lakukan. Kita semua tidak pasti bila kita akan pergi. Yang pasti, kita pasti akan pergi.

Moga Allah panjangkan umur kita dalam berbuat kebaikan.

Wassalam.

Monday, August 3, 2015

Resolusi

Teks: Rozanah Zakaria

Resolusi saya hari ini.

1) Mahu tinggalkan sikap bertangguh.
2) Cipta masa sarapan pagi yang ceria bersama anak dan suami.

Mengambil inspirasi dari salah seorang Sifu ABDR kak Azura Abdullah.
Terima kasih kak Zura.

Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin.

Wednesday, July 22, 2015

Fikir dulu kawan.

Teks: Rozanah Zakaria

Kadangkala kita terlalu teruja.

Satu dunia hendak diberita tentang kelebihan kita.

Kita rasa,
apa salahnya berkongsi kelebihan yang kita ada.
Namun, fikirkan juga;
Kadangkala ada yang tersentak dengan keterlaluan kita.

Umum satu dunia kita sudah beranak lima.
Walhal ada di sana yang menunggu lama bermuram durja, tiada walau seorang waris jua.

War-war seantero Malaya kita sudah tukar kereta.
Walhal, ada di sana runsing kepala, mahu hantar anak ke hospital bagaimana, merenung satu-satunya yang tersadai si motosikal tua.

Gah mengkhabarkan berita kita mahu beli itu ini kerana kita mampu.
Walhal ada di sebalik tabir sana, yang mengira setiap sen yang tidak kecukupan  walau untuk susu si kecil kelaparan.

Tiada salah mengkhabar hal gembira. Tiada salah juga kerana boleh memberi semangat untuk yang mahu berjaya.

Namun jika sudah keterlaluan, acapkali hanya cerita kita dicanang satu semesta.

Berhenti sejenak.

Fikirkan dulu.

Mungkin keterlaluan kita itu, menambah duka dan lara, bagi mereka yang hanya mampu menggapai bintang di alam mimpi.

Mungkin keterlaluan kita itu, bakal mengundang duka berpanjangan si dia di seberang sana.

Ayuh, fikirkan dulu.

Kita semua tidak sama. Ada hikmah disebaliknya jika akal gigih mencerna.

Fikirkan dulu kawanku.

Nukilan jiwa di senjakala.

Wassalam.

Tuesday, July 21, 2015

Langkah menjawab Esei Novel: Catch Us If You Can

Teks: Rozanah Zakaria
Idea: Rozanah Zakaria

Novel tingkatan 5, Catch Us If You Can.
Bagi bahagian novel, tiada had jumlah perkataan diperuntukkan.
Untuk menjawab bahagian ini, mulakan dengan ayat seperti berikut:
"In the novel Catch Us If You Can by Catherine MacPhail, there are many events that made me angry. One of the parts is when..."
Kemudian, dalam perenggan yang sama, huraikan perkara yang telah disebut dalam bahagian pertama ayat tadi.
Turutannya adalah seperti berikut:
1) Berikan 3 poin/isi penting yang hendak dihuraikan (biasanya merujuk kepada sebab-sebab atau 'reasons'.
2) Huraikan isi pertama secara ringkaskan.
- Huraian mengandungi:
---penerangan ringkas menggunakan interpretasi sendiri
---diikuti contoh daripada novel secara spesifik
---diikuti pula huraian mengapa poin tersebut dipilih dan dikaitkan dengan soalan (huraian secara panjang lebar di sini)
---kemudian diikuti pendapat peribadi (personal opinion) serta ayat mengajak pembaca supaya memghayati nilai yang ditampilkan.
3) Ulangi langkah 2 untuk kesemua 3 isi penting dengan menghuraikan secara MENDALAM setiap isi yang dikemukakan.
4) Perenggan penutup mestilah merangkumkan semula (recap) semua isi penting yang telah dihuraikan. Tekankan semula kaitan isi-isi ini dengan soalan yang ditanya.
Selamat menjawab!
Ikuti catatan saya seterusnya setiap minggu bagi contoh esei novel skor A serta kesalahan yang biasa dilakukan para pelajar dalam menjawab bahagian ini.
Wassalam.

Masih suasana raya.

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Salam Aidilfitri.
Suasana raya masih terasa.
Hening pagi suara burung berkicau.
Suasana raya masih terasa.

Aku masih mahu raya.
Melihat kuih masih di meja.
Jom beraya.

Di sini masih menunggu.
Masih mahu beraya?
Datanglah rumah ya!

Wassalam.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Monday, July 20, 2015

Yeay Raya!

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Salam Eidulfitri.

Saya suka raya kerana banyak sebab.

Satunya kerana semua orang yang sibuk, tiba-tiba ada masa yang banyak untuk balik kampung.

Duanya kerana ramai yang sanggup berjam-jam harungi jem di jalanan kerana ingin bertemu orang tersayang di kampung halaman.

Tiganya kerana masa rayalah, segala teknologi yang kita ada, semuanya membantu mendekatkan, bukan sebaliknya.

Saya suka jika teknologi mendekatkan. Kita hidup kan di zaman moden, mana boleh tanpa teknologi kan. Jadikan teknologi sebagai alat, bukan kita menjadi alat teknologi.

Faham kan?

Saya suka raya kerana ia eratkan kasih sayang dan hubungan yang memang sudah utuh.

Amiin.

Jom beraya!

Thursday, July 16, 2015

Esok Raya

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria






Salam. Mood raya sangat kuat hari ini. Mungkin esok raya, Inshaa Allah, jika ikut kalendar lah. Apap pun, kita sama-sama tunggu pengumuman malam ini di kaca televisyen (atau patut saya tulis l.e.d televisyen?). :)

Saya bersemangat. Seawal sebelum Subuh (selepas bersahur pagi tadi), saya telah memulakan ttugasan untuk hari ini tanpa berlengah. salah sat faktor agaknya tidak sabar untuk balik kampung malam ini. Nostalgia kan? Saya suka suasana malam raya sejak dari dulu. Walau hanya berbual-bual kosong sesama sendiri, perasaannya amat berlainan. Aura keceriaan, kegembiraan serta kemesraan amat dirasai. Agaknya sebab semua orang berfikir perkara yang sama. Agaknyalah kan?

Usai solat subuh, saya sudah siap untuk menyidai pakaian dari mesin basuh. Lihat di ampaian, baju sudah penuh. Terlupa pula malam tadi sudah menyidai seraga besar baju. Hehe. Tidak mengapa, tengahari, semua pakaian di ampaian bakal kering, jadi tali penyidai akan menerima pakaian lain di atasnya.

Kini, hampir selesai tugasan mengadap laptop. Anak kecil seawal jam 8.30 sudah keluar mengikut kakak-kakak sepupu ke pekan hari, katanya hendak ke Menaga. Haha. Istilahnya untuk Penaga. saya tersenyum dan iakan saja. Tidak mahu mencacatkan mood ceria si kecil di pagi hari.

Usai tugasan ABDR yang diberikan Cikgu Anys Idayu untuk ulasan e-book, saya berasa lega. Fuh! Siap akhirnya. Juga siap e-mel laporan untuk kerja saya. Nampaknya 'raya' saya sudah 'bermula' hari ini.

Selepas ini, kerja-kerja rumah pula: mencuci karpet, tingkap serta menyusun baju untuk pulang berhari raya di kampung. Saya siap tulis senarai barangan, takut tercicir apa-apa, terutama buah tangan untuk mak ayah serta anak saudara. Ha, tiba-tiba teringat, sampul raya masih belum diisi! Tambah satu lagi dalam senarai raya saya. :)

Okey, jom berkemas!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin!

Bisnes Butik Online/Offline

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google
Sumber: e-book Bisnes Butik Online/Offline oleh Puan Masayu Ahmad






Anda ada cita-cita membuka butik? Samaada bisnes anda online atau offline, e-book ini memberi gambaran serta panduan yang amat berguna bagi anda yang baru hendak merancang memulakan bisnes butik. Atau jika anda telah ada butik sekalipun, e-book ini bakal membantu anda memperkemaskan lagi pengurusan di btuik anda. Mengapa saya berakata begini? Jom lihat catatan saya seterusnya!

E-book ini dimulakan terus dengan langkah-demi langkah memulakan bisnes butik secara ringkas. Seterusnya, satu demi satu kriteria yang disebut dihuraikan secara terperinci. Ya, setiap satu! Sebanyak 181 mukasurat! Betapa komprehensif serta terperinci penerangannya. Sehinggakan, usai saya mentelaah e-book ini, saya rasa seolah-olah nampak di depan mata jalan untuk saya menekusuri bidang ini dengan serius di masa hadapan. Orang putih kata nampak 'clear picture'.

Langkah demi langkah ini termasuklah antaranya pelan, pemilihan nama butik sehinggalah kepada sumberpembekal/pemborong. Di mana lagi anda hendak dapat e-book sebegini detail penerangannya dengan harga yang amat berpatutan? Mungkin ada buku lain di luar sana yang anda boleh rujuk untuk bisnes butik, tetapi sudah pasti harganya mahal.

Diterangkan juga di dalam e-book ini kemahiran yang biasanya perlu ada jika seseorang ingin menceburi bidang ini. Jika tiada kemahiran tersebut, juga ada diterangkan apa boleh anda lakukan untuk menjalankan bisnes menggunakan kepakaran yang ada pada orang lain. Kedengaran menarik? Percayalah, jika anda baca e-book ini, anda tidak akan boleh berhenti selagi tidak sampai ke mukasurat terakhir!

Terlalu banyak yang dihuraikan di dalam e-book ini sehunggalah di bab 12 yang dimuatkan sedikit Tip Bisnes Orang Cina. Antara tips yang diberikan adalah: 1) perlu ada kesungguhan, 2) disiplin dalam pengurusan kewangan serta 3) tidak menangguhkan kerja.

Demikian ulasan ringkas saya berkenaan e-book yang sangat menarik ini. Jika anda hendak tahu lebih lanjyt, hubungi saya di:

e-mel: rozanahz@yahoo.com
telefon: 012-420 8212 (whatsApp)

Sekian, wassalam.

101 Idea Home-based Bisnes

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google
Sumber: Puan Masayu Ahmad, e-book 101 Idea Home-based Bisnes


Pagi yang indah. Saya meluangkan masa membaca e-book yang sekian lama tertangguh. Sikap yang kurang baik yang perlu saya buang terus dari kamus hidup sebenarnya.

Seperti tertera di topik hari ini, saya akan membuat ulasan berkenaan e-book 101 Home-based Bisnes oleh Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR).

Membaca e-book ini, semangat saya yang agak malap, bersinar kembali! Bermula dengan 101 pelbagai idea untuk bisnes dari rumah, e-book ini memberi lebih daripada apa yang anda bayar untuk mendapatkannya. Terima kasih Puan Anys Idayu yang membawa saya menelusuri kehebatan ABDR. Kredit juga kepada sahabat seperjuangan Sharimah Yahya yang terlebih dahulu terlibat dengan keluarga ABDR.

Antara bisnes yang dicadangkan di dalam e-book ini termasuklah Bisnes Makanan, Bisnes Operasi di Rumah dan Bisnes Sejuk Beku. Ada 101 bisnes ye dalam e-book ini! Mahu tahu yang lain? Anda kenalah sertai kami di ABDR ya! Hubungi saya di nombor tertera di akhir entri ini atau boleh saja e-mail. Asal anda mahu, pasti ada jalannya. :)

Keseluruhan, terdapat 11 bab dalam e-book ini. Ini termasuklah di Bab 10, diterangkan Rahsi Bisnes Siti Khadijah binti Khuwailid. Menarik bukan? Rugi tau jika anda tidak memiliki e-book ini. ;)

Lebih dari itu, diselitkan juga panduan memulakan bisnes tanpa modal. Hendak tahu bagaimana? Salah satu daripada caranya adalah menggunakan apa sahaja yang anda ada untuk memulakan bisnes. Hendak tahu lebih lanjut, kenalah sertai kami. Pelbagai tips dikongsikan oleh mereka yang telah berpengalaman sendiri memulakan bisnes dengan modal serendah RM50 sehinggalah mempunyai kedai sendiri. Menarik bukan?

Jadi, tunggu apa lagi? Di zaman teknologi ini, jika kita ingin ke hadapan, setiap saat perlu dimanfaatkan sepenuhnya, menggunakan setiap sumber yang kita ada. Jika mahu tunggu dan lihat, macam-macamlah peluang anda bakal terlepas.

Jangan berlengah lagi, hubungi saya untuk maklumat lanjut bagi menyertai keluarga besar kami di ABDR.

Hubungi saya:

Telefon: 0124208212 (saya lebih selesa menggunakan aplikasi WhatsApp)
E-mail: rozanahz@yahoo.com
Facebook: Rozanah Zakaria

Wassalam.

Sunday, July 5, 2015

Baca, baca dan baca

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Setiap hari mesti baca.
Bagaimana?

Pengalaman dari kecil, setiap hari saya tidak akan berlalu tanpa membaca.

Nota: keluarga saya bukan orang senang, ayah kerja di bendang orang dan emak surirumah sepenuh masa.

Jadi, anda fikir ayah beli buku mahal-mahal untuk saya?

Saya juga tiada ruang khusus untuk belajar semasa kecil. Tapi waktu malam, saya berusaha asalkan ada cahaya dari pelita, saya akan membaca.

Pernah saya dengar ada murid saya memberi alasan di rumahnya tiada ruang khusus untuk belajar. Hidup kita untuk berusaha, bukan setiap masa mencari alasan.

Berbalik kepada membaca.

Macam mana saya 'pandai' Bahasa Inggeris ketika itu?

Tidak mudah.

Tetapi, saya pastikan perpustakaan / pusat sumber menjadi tempat wajib singgah setiap hari. Walau ayah tak pernah berkira perihal buku (jika anda baca catatan pengalaman saya, ada entri berkenaan ini, bagaimana ayah mengajar saya tentang prioriti), tetapi saya tidak mahu membebankan ayah. Jadi begitulah, setiap hari saya akan membaca walau sedikit. Lama kelamaan, hal yang kita paksa diri kita buat setiap hari, akan jadi suatu amalan berpanjangan.

Jangan berhenti membaca. Tidak faham Bahasa Inggeris? Kamus kan ada. Kenalah berusaha. Rajinkan diri. Anak saya belajar Mandarin, saya beli kamus Mandarin untuk diri sendiri, supaya saya boleh ajar dia di rumah.

Jika ada kemahuan, kita akan cari jalan.
Orang yang cari alasan akan sentiasa di belakang. Hendak jadi orang hadapan, sentiasa cari jalan.

Dapat?

Jom mula membaca.

Nota: Saya selalu sarankan kepada murid-murid, (terutama calon SPM), baca thestar online dan Reader's Digest online. Semuanya PERCUMA.

Selamat membaca.

Nota lagi: Ingat, Bahasa Inggeris itu tidak mudah, tetapi akan jadi mudah jika anda suka membaca. Tak percaya? Cubalah!

Selamat maju jaya.

Tuesday, June 30, 2015

Jujurlah pada diri

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

"Jujurlah sayang, aku tak mengapa."

Ingat lagu ini? Beberapa ketika dulu agak popular. Ya, kita bercakap perihal jujur.

Saban hari, di kantor kerja. Bermacam hal, perangai serta karenah rakan sekerja kita hadapi. Terkadang memberi motivasi untuk terus menuju ke hadapan. Terkadang menyongsang arah pemikiran, membuat diri terpana tanpa alasan.

Terhenti, berfikir sebentar.

'Haruskah aku menurut arus? Haruskah aku menongkahnya? Haruskah aku buat tak tahu sahaja?' Hati berkata-kata.

Lama meneliti, tekun mengkaji.

Kesimpulan. Tak perlu dilema.

Jadilah diri sendiri. Yang paling penting haruslah JUJUR. Ya, JUJUR. Pada diri, juga pada orang lain. Bukan sekejap begitu, sekejap begini.

Teringat aku kata-kata pensyarah semasa di maktab (sekarang Institut):

"Jika anda bermasalah dan membawa masalah anda ke mana-mana, dengan itu supaya orang lain tahu anda ada masalah. Anda sebenarnya hanya menunjukkan kelemahan diri, bahkan tidak langsung mengurangkan masalah anda."

Terkesan dengan kata-kata itu, seboleh mungkin aku menyembunyikan masalah jika boleh.

Mengapa?

Supaya kita terlihat sentiasa mensyukuri kemudahan serta kesenangan, bukan hanya mengeluh membesarkan kesusahan yang selalunya hanya sebahagian kecil daripada nikmat yang kita kecapi selama ini.

Jujurlah pada setiap ketika, pada semua termasuk diri kita.

Jujur bukan hanya sekejap-sekejap.

Jujur dari saya. Wassalam.

Sunday, June 28, 2015

Novel Catch Us If You Can: Beyond the Text/Worsheet 14 (Tony)

Teks: Rozanah Zakaria
Sumber: Form 5 Literature (BPK KPM)

Questions to ask Tony
Soalan-soalan untuk Tony

1) What was your first impression of Rory when he arrived?
Apakah tanggapan pertama kamu tentang Rory semasa dia tiba?

2) How did you try to get to know him?
Bagaimana kamu cuba mengenali dia?

3) What special problems do you have at Castle Street?
Apakah suatu masalah istimewa yang terdapat di Castle Street?

4) What are your impressions of him now?
Apakah tanggapan kamu terhadap dia sekarang?

5) Why do you think he hates Castle Street so much?
Mengapakah kamu fikir dia sangat membenci Castle Street?

6) Do you think he should stay there?
Adakah kami fikir dia patut tinggal/menetap di sana?

7) Can you think of a better solution to hus problems?
Bolehkan kamu fikirkan satu penyelesaian yang lebih baik untuk nasalah-masalahnya?

8) Do you think Rory and Granda should be able to live together?
Adakah kamu fikir Rory dan Granda sepatutnya boleh tinggal bersama?

Note/Nota:

Students' responses may derive from their own experiences or from their understanding of issues in the novel.
Jawapan-jawapan para pelajar boleh diambil daripada pengalaman sendiri atau kefahaman daripada novel Catch Us If You Can.

Pakcik Guard dan Masa

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Petang. Mata mengantuk. Kepala pusing. Badan letih. Jarum jam DKNY bertali hitam di tangan menunjukkan 3.

Khyra sampai bersama Abah. Menangis. Akhirnya destinasi menuju Sungai Petani. Swift tercatuk di sekolah.

Petang. Selepas buka puasa jam 7.34, masing-masing keletihan.

Terlelap. Kemudian tersedar. Jam hampir 10.30 malam. Keluar dan membeli lauk untuk makan malam (jam 11+) untuk ibubapa mentua (nota: aku hanya makan ketika berbuka dan sahur sahaja semasa bulan Ramadhan, 'tank' perut kecil).

Hampir 11 malam, tiba di hadapan pintu pagar sekolah. Dijenguk, pakcik jaga sedang mengalunkan ayat suci al-Quran.

Aku mengangkat tangan, beritahu tujuan ingin ambil kereta. Namun cepat-cepat kutahan tatkala pakcik ingin berdiri. Isyarat memberitahu ,"Tidak mengapa pakcik, saya buka pintu pagar sendiri."

Usai tugas. Ambil kereta, lambai pakcik jaga, tutup pagar sekolah dan memandu terus ke rumah, sambil berfikir tentang diri sendiri.

Refleksi diri:

1) Hati tersentuh (tersentap pun ada) dengan kegigihan pakcik jaga bertadarus seorang diri. Aku? Selesa di rumah. Kembali mencongak di dalam kepala, berapa helaian al-Quran telah aku baca hari ini.

2) Aku tidak perlu bekerja lewat malam seperti pakcik jaga. Tetapi nampaknya pakcik jaga lebih berjaya memanfaatkan masanya agar tidak berlalu sia-sia.

3) Pengajaran dari cerita pakcik jaga. Untuk aku dan untuk kita. Mendalam ertinya. Jom baca al-Quran hari ini.

Ramadhan kareem. Wassalam.

Thursday, June 25, 2015

Novel Catch Us If You Can: Beyond the Text/Worsheet 14 (Val Jessup)

Teks: Rozanah Zakaria
Sumber: Form 5 Literature (BPK KPM)

Salam Ramadhan.

Questions to ask Val Jessup
Soalan-soalan untuk Val Jessup

1. What was your reaction when Dr Nicol first called you?
Apakah reaksi anda apabila Dr Nicol menghubungi anda?

2. What was your reaction when you were told that Granda had set fire to the flat?
Apakah reaksi anda apabila anda diberitahu bahawa Granda telah menyebabkan flat mereka terbakar?

3. Why do you think Rory hates Castle Street so much?
Mengapakah anda fikir Rory sangat bencikan Castle Street?

4. Do you think he should stay there?
Adakah anda fikir Rory patut tinggal/menetap di sana?

5. Can you think of a better solution to his problems?
Bolehkah anda fikir cara lain yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah-masalah Rory?

6. Do you think you should have tried to get Granda a home help sooner?
Adakah anda fikir, anda sepatutnya cuba  mendapatkan pembantu rumah untk Granda secepat mungkin?

7. Do you think Granda should stay in Rachnadar?
Adakah anda fikir Granda patut tinggal/menetap di Rachnadar?

8. Do you think Rory and Granda should be able to live together?
Adakah anda fikir Rory dan Granda sepatutnya boleh tinggal bersama?

Selamat menjawab. Sebarang persoalan boleh dikemukan melalui:

W/app: 0124208212

Facebook (sila pm inbox): Rozanah Zakaria

E-mail: rozanahz@yahoo.com

atau

tinggalkan komen anda di bawah.

Selamat maju jaya.

Novel Catch Us If You Can: Beyond the Text/Worsheet 14 (Mrs Foley)

Teks: Rozanah Zakaria
Rujukan: Form 5 Literature (Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Ini adalah sambungan bahagian 1, tugasan Lembaran Kerja 14, kelas 5 Perdagangan A, Questions to ask Dr Nicol.

Nota penting: Maksud dalam Bahasa Melayu bukanlah translasi secara terus, yang penting maksudnya adalah sama. Jadi, mohon pelajar-pelajar tidak bandingkan perkataan demi perkataan.

Questions to ask Mrs Foley
Soalan-soalan untuk Mrs Foley

1. What do you think of Rory?
Apa pendapat anda tentang Rory?

2. Do you think it is right that he has to look after his Granda?
Adakah anda fikir Rory patut menjaga Granda?

3. How has this affected his work in school?
Bagaimana hal ini memberi kesan kepada pembelajaran Rory di sekolah?

4. How has it affected his leisure time?
Bagaimana ini memberi kesan kepada masa lapang Rory?

5. What did you think of Granda's behaviour at Parents' Night?
Apa pendapat anda tentang sikap Granda semasa Parents' Night?

6. What do you think should happen to Granda now?
Pada fikiran anda, bagaimanakah sepatutnya kehidupan Granda sekarang?

7. What do you think should happen to Rory now?
Pada fikiran anda, bagaimanakah sepatutnya kehidupan Granda sekarang?

8. Do you really want to be his foster mother?
Benarkah anda betul-betul ingin jadi ibu angkat Rory?

Sila lihat entri seterusnya untuk soalan-soalan yang dikemukan kepada Val Jessup & Tony.

Anda boleh tinggalkan komen di bawah atau email saya di rozanahz@yahoo.com jika ada apa-apa pertanyaan atau kemusykilan.

Selamat memjawab.

Novel Catch Us If You Can: Beyond the Text/Worsheet 14 (Dr Nicol)

Teks: Rozanah Zakaria
Sumber Rujukan: English Literature Component for Form 5: Teacher's Resource Book (Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Berikut adalah Lembaran Kerja 14 bagi tingkatan 5, kelas 5 Perdagangan A. Di dalam lembaran kerja ini, berikut adalah tugasan yang perlu dilakukan para pelajar.

Disertakan di sini versi Bahasa Melayu untuk rujukan dan panduan para pelajar.
Selamat menjawab.

TASK
TUGASAN

In the first half of Catch Us If You Can many people try to help Granda and Rory.
Dalam sebahagian pertama Catch Us If You Can, ramai individu yang cuba membantu Granda dan Rory.

Imagine that four of these people have a meeting to discuss what is best for both Granda and Rory.
Andaikan 4 orang daripada mereka mengadakan mesyuarat membincangkan apa yang tebaik untuk Granda dan Rory.

Decide what your character thinks would be the best thing to do. The questions below will help you.
Buat keputusan yang terbaik. Soalan-soalan di bawah boleh membantu anda.

Questions to ask Dr Nicol
Soalan-soalan untuk Dr Nicol

1. What do you think of Granda and Rory?
Apa pendapat anda tentang Granda dan Rory?

2. Why do they make you laugh?
Mengapa mereka buat anda ketawa?

3. What is Granda suffering from?
Apakah penyakit Granda?

4. Where will he get the best care?
Di manakah dia boleh dapat rawatan terbaik?

5. Do you think it is right that Rory has to look after Granda?
Pada fikiran anda, patutkah Rory menjaga Granda?

6. Why did you contact Val Jessup?
Mengapa anda menghubungi Val Jessup?

7. What do you think should happen to Granda now?
Pada fikiran anda, bagaimanakah sepatutnya kehidupan Granda sekarang?

8. What do you think should happen to Rory?
 Pada fikiran anda, bagaimanakah sepatutnya kehidupan Rory sekarang?

Peringatan: Tarikh akhir (deadline) adalah pada Isnin 29/6/2015.

Sunday, June 21, 2015

Kawan yang betul-betul kawan.

Teks: Rozanah Zakaria

Siapa kawan kita?
Betul ke kita kenal siapa kawan kita?
Siapa kawan, siapa lawan?

Hendak tahu siapa kawan?

Kau senang, dia juga gembira, memberi semangat supaya lebih berjaya.
Kau gembira, dia juga menguntum senyum ceria.

Bukan dia yang membunuh semangat membaramu.
Bukan dia yang mencebik melihat tawamu.

Hendak tahu siapa kawan?

Kau susah. Dia turut susah. Dia juga gundah. Takkan dibiar kau harungi sengsara sendiri.

Hendak tahu siapa kawan, siapa lawan?

Tunggu semasa engkau berada di roda paling bawah.
Dialah yang akan paling setia menemanimu, walau apa yang mendatang.

Tika itu, baru kau betul-betul tahu, siapa kawan, siapa lawan.

Salam ramadhan.

Wassalam.

Saturday, June 20, 2015

Aku cikgu?

Teks: Rozanah Zakaria

Sudah lama aku jadi cikgu.
Dari dulu sampai sekarang.

Cinta aku masih di sini dalam diri. Ya, akulah cikgu itu. Yang dahulu semangat wajaku setinggi awan tanpa sempadan.

Aku kira, aku masih bersemangat seperti dulu. Namun, aku rasa, ada sesuatu telah 'hilang' dari ruh aku sebagai guru. Entah apa, aku pun tidak pasti.

Hmm, terkenang pabila kurenung satu-persatu wajah mulus anak didikku.

Senang aku memanggil mereka sebagai anak-anakku, atau 'my children'. Aku mengajar Bahasa Inggeris. Ya, bahasa penjajah itu, kata sesetengah muridku.

Ada yang pernah sinis bertanya, 'kenapa perlu belajar bahasa penjajah? Tidak cukupkah bahasa kita sebagai anak Malaysia?'.

Aku senyum.

Ya, mereka anak didikku. Mana bisa aku berlalu tanpa jawapan bagi mereka pandu.

Aku beritahu, 'ini bahasa ilmu. Bukan milik penjajah, tetapi milik Allah semua bahasa ini. Pahala untuk kita belajar ilmu dan memberi manfaat kepada yang lain.'

Kini mereka tersenyum. Mohon maaf padaku atas bahasa mereka sebelumnya.

Aku senyum juga.

Biasalah adatnya. Guru ini seorang yang perlu tahan cabaran. Perlu sentiasa jiwanya kental. Terkadang terfikir juga, aku tidak sekental mana, bagaimana aku boleh bertahan?

Ya, aku kira itu takdirku. Aku bahagia bersama anak didikku.

Hanya ketika bersama anak-anak didikku.

Aku seorang guru.

Aku bukan kerani.
Aku bukan tukang kebun.
Aku bukan pengasuh.
Aku bukan pelawak.
Aku bukan jururawat.
Aku bukan penyanyi.
Aku juga bukan pelakon.

Tetapi,

akulah kesemuanya pada mereka, anak didikku.

Wassalam.

Entah berapa lama?

Teks: Rozanah Zakaria
Idea asal: Rozanah Zakaria

Entah berapa lama?
Aku busa bertahan lagi

Entah berapa lama?
Sebelum aku nekad undur diri

Entah berapa lama?
Aku akan di sini

Mengira detik demi detik
Hari demi hari
Dalam jiwa yang semakin pudar ilusi
Dalam hati yang semakin pasrah mencorak erti
Segalanya mungkin
Tatkala aku terkadang semangat tinggi
Tatkala aku terkadang merudum sanubari

Masih aku di sini
Membilang hari
Di senja merah
Meniti hari, demi hari.

Wassalam.

Tuesday, June 9, 2015

Doa untuk Sabah

Teks: Rozanah Zakaria

Berita sedih yang menyayat hati ini berlaku semasa saya berada di bumi Shanghai.

Apabila teknologi seperti whatsApp digunakan untuk menyebarkan sesuatu yang penting seperti berita gempa bumi di Sabah, ramai yang mendapat manfaat. Namun, jika ada yang menokok tambah berita palsu dan negatif, perbuatan sebegini amat menyedihkan.

Mari sama-sama meadah tangan, sekurang-kurangnya sedekahkan al-fatihah kepada mangsa samaada mereka msih hidup atau yang telah pergi.

Mari kita doakan juga, pasukan keselamatan kita berjaya menemui kesemua mayat mangsa yang terlibat.

Alfatihah.

Wassalam.

Tuesday, May 26, 2015

Pernah rasa geram?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google.



Pernah rasa geram? Apa anda buat bila geram?

Bila saya geram, macam-macam saya buat untuk melepaskan geram. Sebenarnya memang bila geram, rasa macam hendak lempar apa sahaja yang di depan mata kita, bukan? Bukan sekali saya terfikir bgitu, namun saya tukar objek. Kerana, pada saya, jika kita marah, tidak boleh terlalu simpan di dalam hati, parah jadinya! Haha.

Berbalik kepada objek yang saya tukar tadi. Objek paling selamat adalah bantal. Geram punya pasal, bantal jadi mangsa, kena tumbuk, kena baling, macam-macamlah. Hehe. Kerana apa? Kalau ambil pinggan, alamat jenuh hendak ke langkawi pula hendak beli yang baru, haha!

Selain itu, saya tidak boleh duduk diam jika geram atau marah. Saya boleh siapkan semua kerja seperti lipat kain, gosok pakaian, sapu lantai dan mop lantai, kemas dapur, kemas rak buku dan cuci bilik air. Itu antara yang selalu saya buat untuk melorongkan rasa marah atau geram.

Apabila selesai semua tugas, biasanya saya akan rasa lega yang teramat sangat. Fuh! Biasanya tidak mengira waktu. Pernah saya siapkan semua kerja-kerja ini sehingga jam 3 pagi! Selepas selesai, apa lagi, terus tidak sedarkan diri, tidur!

Alhamdulillah, dengan melakukan ini, saya selalunya berasa lega dan hilang beban dan rasa marah. Secara tidak langsung juga, tenaga marah atau geram itu saya salurkan untuk selesaikan kerja yang selalu tertangguh dek kurangnya semangat.

Hmm, itu cerita saya. Anda pula bagaimana? Apa anda buat bila geram atau marah? Boleh tinggalkan komen positif agar perkongsian kita sama-sama bermanfaat untuk kita semua.

Wassalam.

Nota: "What You Give You Get Back": Lagu Scorpion


Monday, May 25, 2015

Tema Sambutan Hari Guru

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google


Bahang sambutan hari guru masih terasa.

16 Mei tidak berlalu begitu sahaja setiap tahun tanpa meninggalkan kesan kepada saya. Sungguh, betapa saya berbangga menjadi seorang pendidik. Pernah saya terbaca satu petikan kata-kata (tidak diketahui siapa penulis asalnya) di laman muka buku saya. Bunyinya lebih kurang begini (saya ubahsuai sedikit dengan ayat saya):

"Bukan semua orang boleh menjadi guru,
andai ini takdir anda, percayalah,
ada sesuatu dalam diri anda
yang melayakkan anda memegang status mulia ini."

Membaca status itu, hati saya berbunga. Tipulah jika tiada perasaan bangga dalam diri tatkala mendapat pujian atas amanah yang berat ini.

Bercerita tentang Hari Guru, minggu lepas sekolah anak saya mengadakan sambutannya. Saya awal-awal lagi sudah memastikan dengan guru kelas anak, nama guru-guru yang mengajar kelas anak saya. Hendak buat sedikit 'goodie' untuk guru-guru cemerlang ini, yang tidak jemu mendidik anak saya.

Petang hari sebelumnya, saya terfikir hendak membeli kek. Terus saya ke pekan berdekatan rumah, beli sebiji kek. Si kecil saya yang pilih sendiri kek untuk cikgu-cikgunya. Betapa saya lihat dia gembira. Begitu juga harapan saya, guru-gurunya gembira dengan tanda penghargaan saya yang tidak seberapa, jika hendak dibandingkan kesabaran mereka mendidik anak saya.

Selesai satu bab.

Sekolah saya pula, akhir minggu ini baru akan diadakan sambutannya. Hari terakhir persekolahan sebelum bercuti panjang dua minggu. Tema diberikan tuan pengetua: 60-an. Hehe. Tersenyum. Saya terus terbayang cerita-cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Mana hendak cari baju tema 60-an ye? Saya terfikir sebenarnya baju kurung 'peplum'. Baju ini kembang dari pinggang ke bawah. Hmm, menarik juga. Saya sempat menyuarakan kepada suami. Saya katakan, boleh terus buat untuk baju raya nanti. Suami mencadangkan baju kebaya. Haha, saya sudah pening.

Siang tadi, dalam perjalanan pulang dari berkursus, saya singgah menelek baju-baju tema 'polkadot'. Menarik juga. namun akhirnya tidak jadi membeli kerana kurang berkenan di hati. Jadi, misi mencari baju Cikgu Rose tinggal lagi 4 hari. Harap-harap saya dapat baju yang sesuai. :)

Tidak sabar rasanya menanti menjelangnya sambutan hari guru tahun ini. Bersemangat lain macam rasanya. Haha.

Apa pun, yang penting, tugas guru adalah sepanjang hayat. Andai suatu hari, saya tidak lagi bergelar guru secara hakiki, saya yakin, jiwa saya tetap di bidang ini. Namun, saya mungkin menyumbang dengan cara saya sendiri. In sha Allah.

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik! Saya bangga menjadi guru Malaysia!

Wassalam.

Bila kali terakhir?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Bila kali terakhir anda merenung ke dalam cawan kopi?

Merenung saat kopi tersebut berputar melawan arah jam apabila sudu besi kecil mengacaunya.

Merenung butir-butir serbuk krimer larut sedikit demi sedikit.

Atau menguis-nguis krimer yang berketul-ketul dek terlalu tepu.

Atau melihat corak terjadi akibat krimer dan putaran kopi tersebut.

Bilakah kali terakhir?

Anda mengambil sedikit masa menikmati kopi dengan fikiran lapang.

Sambil sudu di tangan menguis-nguis bubur jagung cair bersama bukan roti benggali.

Ada bunga di meja.
Walau bunga plastik dengan jeli palsu sebagai hiasan; ternampak begitu indah.

Kenapa?

Kerana setiap detik indah yang kecil-kecil begitu; andai kita hanya 'berhenti' sebentar dan merenung,

maka;

kecilnya momen-momen indah ini jika dikumpul saban hari, pasti bakal menjadi kilauan gemerlapan hidup anda - hidup kita - bagai bintang-bintang di dada langit.

#Nota: saya bukan peminat tegar kopi. Namun, adakala saya 'layan' juga 'masa kopi'. Hidup yang indah adalah pilihan. Hidup anda, anda tentukan-dengan izin Allah jua.

Anda tidak perlu minum kopi untuk cipta 'masa kopi'.

Jom hari ini, cipta 'masa kopi' anda.

Wassalam.

Kemudahan tambahan di homestay

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria


Salam. Apa yang perlu ada di homestay? Hendak dihias seperti bilik hotel? Atau sekadar keprluan asas yang betul-betul asas? Atau bagaimana? Berikut panduan ringkas bagaimana menghias / menyediakan kemudahan di homestay bagi anda yang baru meneroka bidang ini.

Antara kemudahan asas yang perlu ada (yang saya sediakan di homestay saya):

    a} Katil dan meja solek / cermin di setiap bilik. Katil 1 'queen' atau  2 'single' setiap bilik. Penghawa 
        dingin di bilik utama (pilihan)

    b} Kipas siling dan lampu setiap bilik dan ruang, termasuk lampu tangga (jika homestay anda dua tingkat 
         seperti rumah saya).

    c} Jika ada almari, pastikan penyangkut baju disediakan. Sejadah juga sekurang-kurangnya 2 atau di setiap bilik (pilihan).

    d} Dua biji bantal dan 1/2 selimut.

    e} Toto (pilihan)

    f} Bilik air: penyangkut tuala dan sabun mandi cecair.

    g} Ruang tamu: Penghawa dingin (pilihan), set sofa, meja kopi, majalah / bahan bacaan.

    h} Ruang menonton: Televisyen, pemain vcd/dvd, set sofa, kipas angin

    i} Ruang makan: Kipas tambahan (jika perlu)

    j} Dapur: 'Rice cooker', cerek air elektrik, pinggan, cawan, cecair pencuci pinggan dan span, dapur dan 
        gas (jika anda membenarkan memasak), makanan ringan / biskut (pilihan), gula, teh / kopi, mesin     
        basuh  (pilihan), kain pengelap meja, kain pengelap tangan, plastik sampah, sudu, garpu dan lain-lain 
        yang difikirkan perlu.

    k}Kemudahan / barangan lain: Bakul sampah (4 unit), lapik kaki (4), pencuci tandas (cecair pencuci dan 
        berus di setiap tandas), rak buku di ruang tamu (ikut pilihan masing-masing), tanda arah kiblat di siling.

Selamat datang ke dunia homestay!

Wassalam.

E-book Super WAHM Super MOM

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google
Sumber: E-book Super WAHM Super MOM oleh Puan Masayu Ahmad


Salam. Selesai membaca e-book ini, saya bertambah semangat.

Permulaan e-book ini (muka hadapan) dimuatkan dengan kata-kata ini, 'urus masa, urus tenaga, urus rumahtangga'. Sangat menarik minat saya. Saya percaya, para pembaca juga teruja dengan kata-kata ini, bukan?

Pada fikiran saya, zaman mutakhir ini, ramai yang bercita-cita seperti saya juga. Ingin mengejar kerjaya sebagai seorang profesional dalam bidang saya, tetapi pada masa yang sama ingin menjaga anak sendiri di rumah. Bukan kerana malas ingin keluar ke dunia luar, namun saya percaya ramai yang makin menyedari peri pentingnya sentuhan seorang ibu, mama atau umi dalam mengemudi kehidupan berumahtangga.

Apabila saya mula membaca e-book ini, saya sangat gembira! Kenapa? Kerana ia sarat motivasi dan inspirasi yang memberikan saya persepsi yang betul tentang bekerja di rumah.

Antaranya, Puan Masayu menyenaraikan 8 kegembiraan bekerja dari rumah. Saya selitkan beberapa contoh di sini:

1) Tidak terikat dengan sesiapa
2) Tinggalkan kebiasaan orang ramai. Contoh seperti tidap perlu menghadapi kesesakan lalulintas setiap hari.
3) Bercuti pada bila-bila masa.

Beberapa konsep bekerja di rumah seperti SAHM (Study at Home Mom/Stay at Home Mom), WAHM (Working at Home Mom) dan SOHO (Small Office Home Office).

Apa ada dalam fikiran anda sekarang? Terfikir hendak berhenti kerja kemudian baru mulakan bisnes dari rumah? Berhenti dulu! Fikir! Anda perlu singkirkan mitos itu dari fikiran anda! Itu kata-kata Puan Masayu.

E-book ini juga memuatkan banyak contoh-contoh 'kehidupan-sebenar' atau 'real life situation' tentang mereka yang telah menjadi WAHM. Membaca kisah-kisah ini menyuntik semangat dan inspirasi kepada saya.

Jadi, jika anda ingin menjadi WAHM, bila masa yang sesuai? Jawapannya ada di dalam e-book serba lengkap ini. Terdapat panduan asas dan persediaan sebelum berhenti kerja. Juga diselitkan kisah suri yang telah berhenti kerja dan menjalankan bisnes sendiri.

Hendak tahu lagi? Ha, kenalah menyertai ABDR, baru dapat kesemuanya! :)

Jom sertai ABDR hari ini! Saya teelah mendapat manfaatnya, anda? Bila lagi?

Hubungi saya unttuk maklumat lanjut di:

W/app@sms: 012 4208212
E-mail: rozanahz@yahoo.com

Wassalam.