Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Salam. Seronoknya cuti sekolah! Saya banyak habiskan masa bersama Cik K. Bukan main seronok lg Cik K bila tiap-tiap pagi bangun dengan ayat ini, "Mama, hari ni cuti lagi ka? Khyra cuti, mama vuti dak?" Bila saya jawab "Ya", terswnyum lebar Cik K, selalunya akan peluk saya kejap-kejap. 😊
Hari ini hari terakhir cuti. Cik K masih sangat gembira apabila saya beritahu esok sekolah. Katanya, "Syoknya esok sekolah, Khyra suka sekolah". Amin. Lega saya mendengar ayat Cik K.
Hari ini sehari suntuk Cik K membantu saya mencuci rumah baru. Seronok bukan maim dia. Yelah, dapat main air sambil memberus lantai. Seharian Cik K menemani saya tanpa keluhan. Ya Allah, syahdu juga apabila melihat wajah anak kecil ini. Ada kecekalan dalam dirinya saya lihat.
Kelmarin, Jumaat. Ketika sepupunya datang berziarah, tiba-tiba selepas bermain, Cik K ke dapur sambil memegang segenggam duit kertas RM1. Dihulurnya pada abang Azim, sepupu yang dia sangat rapat. Semua mata menoleh. Agak terkejut tiba-tiba. Saya biarkan, melihat reaksi Azim juga semacam tidak percaya.
Cik K menoleh. Saya iakan dengan anggukan dan senyuman. Jadi Azim ambil duit nota seringgit-seringgit itu. Cik K tersenyum lebar bila saya benarkan dia bersedekah. Jumlahnya, dia sendiri akan tentukan. Tetapi musykil juga, dari mana duit tersebut. Setelah semua orang pulang, saya naik ke bilik. Terlihat bekas tin saya di depan cermin meja solek. Tersenyum. Saya sudah dapat meneka.
Alhamdulillah, duit di dalam bekas tersebut memang saya sengaja simpan semuanya nota RM1. Niat saya untuk bermula istiqamah bersedekah dengan amaun yang kita paling mampu dahulu. Kemudian in sha Allah boleh tingkatkan nilai. Petua ini saya dengar dari ceramah seorang Ustaz di Radio Mutiara FM.
Allah sudah tunjukkan jalan melalui anak saya. Saya tidak pernah suarakan tentang niat saya ini kepada anak mahupun suami. Subhanallah! Maha suci Allah. Allah yang mengetahui bagaimana Cik K tergerak membuka bekas tin saya.😊
Kisah cuti ini bakal berakhir esok. Namun, kisah saya dan Cik K bakal menempuhi episod demi episod. Moga jalan bakal kami tempuhi adalah yang diredhaiNya, bukan jalan orang-orang yang dimurkai. Na'uzubillah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment