Sunday, March 8, 2015

Saya mahu jadi WAHM!

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Pasaraya Aeon Big, Seberang Jaya. Jam di handphone menunjukkan 17:26. Saya menunggu Khyra bermain di Playland di kawasan food court.

Hendak masuk ke playland ini, bayaran dikenakan biasanya RM6. Hari ini, sebahagian playland ini ditutup untuk kerja-kerja pembaikan, kata kakak India yang menjaga kaunter. Manis senyuman kakak yang peramah ini. Siap tanya samaada saya baru balik kenduri. Hehe, maklumlah ayu berbaju kurung, Khyra pula dengan dress labuh penuh labuci. 😊. Jadi bayaran masuk daripada RM6, kini hanya RM4 kerana tempat bermain jadi separuh. Oklah macam mana pun, Khyra tetap mahu main. Hehe.

Hari ini sebenarnya ada kenduri di rumah Wani, teman sekerja. Kenduri kahwin adiknya, di Penaga. Lama saya tidak ke Penaga sejak berpindah mengajar di Sungai Dua pada 2011. Orang kata, penantian itu satu penyiksaan. Mungkin benar jika kita menunggu tanpa berbuat apa-apa. Apatah lagi menunggu dalam keadaan lapar atau hati yang membara. Haha. Betul ke? Mungkin. Terpulang pada diri masing-masing agaknya.

Saya sekarang menunggu Khyra yang sedang bermain di playland berhadapan saya. Tidak terasa rupanya saya sudah menunggu lebih setengah jam. Saya sudah beritahu Khyra, mainlah sampai puas. Hehe, apalagi melompat ceria la Cik K. Jadi disebabkan sudah set minda saya untuk menunggu, saya tidak tertekan. Malah, dengan segelas Nescafe ais di depan, sambil membuat catatan blog, saya bersedia untuk menunggu lama. Sambil mata tidak lepas meninjau Khyra di dalam playland.

Masa-masa beginilah yang saya rasakan amat berharga. Mememani anak bermain. Santai tanpa tekanan atau terkejar-kejar ingin menyiapkan tugasan diberi ketua. Arghhh! Saya memang mahu berhenti kerja! Walau saya amat sayang dunia pendidikan, saya rasa ianya berbaloi jika saya berhenti untuk mendidik anak saya sepenuh masa.

Saya ingin jadi WAHM atau Working at Home Mom. Motivasi itulah yang membuatkan saya dengan menyertai Kelas Asas Blog Penulisan di bawah naungan Puan Masayu Ahmad. Guru online saya adalah cikgu Anys Idayu Zakaria. Cikgu Anys sangat membantu saya. Terima kasih cikgu Anys. Ditambah kumpulan sokongan kami, dengan rakan-rakan yang sangat positif. Anda boleh lihat di tab sebelah kanan untuk blog rakan-rakan saya dalam Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Ya, motivasi utama saya untuk bekerja dari rumah adalah puteri tunggal saya Khyra. Saya ingin betul-betul mengalami pengalaman melihat Khyra membesar di depan mata saya. Cukuplah saya kira, terpaksa berada dalam dilema untuk memilih antara anak dan kerja saya.

Memang saya akui, kerja adalah satu amanah berat untuk ditunaikan. Keluarga juga merupakan amanah untuk dilangsaikan. Saya suka menjadi guru. Saya juga bahagia menjadi ibu. Bagi kehidupan saya sebagai isteri pula, nature kerja suami yang agak tidak menentu di bidang retail membuatkan saya lebih bersemangat untuk berhemti. Kenapa? Kerana setiap masa terluang untuk bersembang-sembang dan minum petang atau makan malam bersama suami dan anak kadang-kadang terlepas dek kesibukan kerja masing-masing.

Saya juga fikir, saya tidak mahu 'life begins at 40'. Belum tentu saya dapat menempuhi angka itu. Saya mahu hidup sekarang, 'I want to live in this moment'! Semoga azam saya dengan konsisten menulis blog, saya bercita-cita ingin berhenti dan bekerja dari rumah seawal hujung tahun ini. Begitu optimis? Hmm, saya sentiasa percaya, jika mahu sesuatu, mesti nekad untuk mencapainya. Saya pernah buat ini dulu semasa di maktab. Nanti saya tulis ceritanya ye!

Moga niat suci ini dimakbulkan Allah. Namun, untuk berhenti kerja, saya perlu bersedia fizikal dan mental. Banyak aspek perlu saya perhalusi, agar peralihan hidup saya ini nanti, akan menuju ke arah yang lebih baik, bukan sebaliknya. Saya masih mahu berhenti kerja, saya mahu bebas menulis, saya mahu menjadi bos pada diri sendiri!

Semoga akhir Disember ini, saya menulis catatan di blog ini dari sudut pandag berbeza seorang WAHM. Doakan saya ye!

Amin.

No comments:

Post a Comment