Tuesday, March 3, 2015

Sahabat saya Nourah @ Nora @ Dessert Queen - Catatan yang tertangguh


Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Salam semua pembaca yaang dirahmati Allah. Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan payung rahmatNya, walau di mana kita berada.

Catatan saya pada kali ini berkisar seorang sahabat semasa sama-sama menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Gombak. Saya namakan catatan ini - catatan yang tertangguh. Kenapa ya? Kerana saya memohon izin beliau untuk menulis sedikit cerita kejayaannya (daripada kejayaannya yang banyak). Namun, selepas perbualan saya dengan sahabat saya ini lewat Messenger pada 7 Februari lalu, baru kini saya melangsaikan janji. Hehe. Maaf ye Nora. :) Saya bukanlah sesibuk Nora, namun pening dengan bermacam perkara adhoc yang muncul dalam hidup saya setiap hari. Haha. Kedengaran sseperti saya mengeluh? Tidak sebenarnya, saya sentiasa cuba untuk berfikiran positif. Saya percaya, setiap halangan dan dugaan tidak datang tanpa hikmah di sebaliknya. Amin.

Okey, jom soroti kisah sahabat saya Nora a.k.a Dessert Queen. :)

Saya mula mengenali Nora di kampus UIAM, Mahallah Sumayyah, Gombak. Seorang yang peramah, anak kelahiran Negeri Sembilan. Jika tidak dengan kami yang dari Utara ini, ha, boleh dengar celoteh beliau dalam bahasa Nogori. Boleh tahan ye! Ternganga saya sekejap! Hampir tidak faham butir bicaranya yang laju memetir. Hehe. Cerita ini ketika saya berkunjung ke rumah beliau satu ketika bersama-sama kawan-kawan lain. Celotehnya dengan bonda tersayang membuatkan kami hanya tersenyum, loghat Nogori yang superb! ;) Saya kagum.

Mengharungi pahit-manis hidup di universiti bersama-sama sahabat-sahabat termasuk Nora, hidup saya dipenuhi warna-warni. Nora panggil saya Kak Ninah. nama yang tidak digunakan oleh rakan-rakan di universiti. Itu uniknya beliau. Haha. (Nora, kalau hang baca catatan ni, jangan marah aku ye, nanti aku pi belajaq buat kentang berhantu dengan hang sambil belanja hang makan kentang tu, hehe. Boleh macam tu? *wink*).

Usai pengajiaan kami selama lebih kurang 4 tahun di main campus UIAM, masing-masing membawa haluan diri. Saya bekerja dan menetap di Penang, Nora di Seremban. Bak kata beliau, Seromban (betul ke sebutan aku ni Nora? Hehe). Saya bekerja swasta, kemudian masuk bidang pendidikan. Beliau 'hilang' sekejap hinggalah tidak silap saya sekitar 2009 Nora 'muncul' semula dalam hidup saya dan rakan-rakan lain. Ketika itu beliau sudah mula 'membakar'. Haha. Faham ke tidak 'membakar' tu apa? It's baking. (Eh! Betul ke tranlation saya tu?).

Sejak saya 'jumpa' Nora di alam maya, Nowwa's Heavenly Dessert, saya sentiasa ikuti perkembangan beliau. Yelah, siapa yang tidak teruja melihat rakan-rakan sepengajian, sekolej (dan macam-macam 'se' lagilah) berjaya dalam hidup, kan? Beliau bermula sangat 'humble'. Saya ingat lagi ketika itu saya sangat kagum dengan kraf coklat beliau. Ya, betul, kraf coklat (itu ayat saya, bukan ayat Nora ye!). Sampaikan coklatnya dibawa dari Malaysia ke United Kingdom oleh seorang sahabat kami, Asmin, masih bertahan bentuknya. Kagum? Anda sepatutnya rasa begitu sebagaimana kagumnya saya ketika itu (sampai sekarang sebenarnya). Kreativiti beliau tidak terhenti di situ. Satu ketika, saya terlihat posting muka buku Nora, beliau buat kotak daripada coklat okey! Ha, tutup mulut yang ternganga tu! :). Mungkin sekarang hal itu biasa, tapi cerita saya ini adalah sekitar tahun 2009/2010, ketika tidak ramai yang terdedah dengan seni makanan (lebih tepat, seni coklat) sebegitu! I salute you my friend!

Okey, jom lihat kejayaan Nora sehingga kini. kini, 2015, Nora sangat 'obsess' dan sangat berjaya dengan 'baking class' nya. Sehingga kini, beliau juga menjalankan kelas online bagi pelajar yang berada jauh dari Seremban. Bukan itu sahaja, jika anda teringin pergi belajar tetapi tidak yakin atau ada kekangan untuk memandu jauh, boleh naik kapal terbang ye puan-puan! Ye betul, saya tak tipu. Cuba whatsApp Nora dan tanya sendiri. Beliau ada sediakan perkhidmatan pick-up dan sending dari airport. Hmm, apa lagi alasan saya ye, untuk tidak pergi belajar? Nanti saya fikirkan. :) Gurau je ye!

Sebenarnya, saya teringin sangat hendak pergi belajar dengan sahabat sendiri, entah bila? Saya akan kuatkan semangat, okey, janji pada diri sendiri, "one fine day, I will, one fine day!". Jika anda soroti muka buku atau Instagram (ig) beliau Nowwaheavenlydessert, saya lihat Nora tidak menang tangan untuk melayan semua permintaan kelas. Seronoknya! Saya teringin sebenarnya menjadi berjaya seperti Nora. Itu antara sebab utama kenapa saya maklumkan pada Nora, saya ingin tulis tentang dirinya. Pada mulanya Nora agak keberatan, namun seperti kata orang putih, 'after much persuasion and sweet talk', Nora akhirnya setuju! Horey! Tetapi, pada 16 Februari, 9 hari selepas kami ber'messenger', Nora bertanya saya, 'Mana kata nak tulis?' Owh man, saya pegang kepala. 'Aku baru dok pegang fon nak tulis, lepas tu dok syok tengok ig hang, baca fb hang, topik lari suda' itu jawapan saya. Apa kata Nora? 'Adoi'. Hehe. Saat itu saya ketuk kepala sendiri, 'Ish, selalu tangguh kerja, sebab tu dia berjaya awai dari hang' saya bermonolog sendiri.

Sungguh, saya sangat mengagumi Nora. Beliau antara sumber inspirasi saya dalam bisnes homestay saya yang baru setahun jagung ini. [Untuk pengetahuan, kini homestay saya akan bertambah 'ahli keluarga', Zulaikha Homestay dan terkini Rossa Homestay :) ]

Kemudian kisah Nora dan 'travel around the world'. Bermula kisah Nora ke Indonesia mencari mould untuk coklat, saya ikuti blog tulisan Nora penuh minat. Kemudian setiap catatan kembara Nora, saya telusuri. Beliau mengembara ke serata pelosok dunia dengan hasil home-baking! Dapat ideanya? Di dunia ini, apa sahaja yang kita lakukan, asalkan ada kesungguhan, kita boleh berjaya dalam konteks kita sendiri, bukan?

Mengambil contoh Nora, pernah satu ketika Nora 'mengomel', ada orang-orang yang sibuk bertanya bila beliau hendak membuka kedai. Hehe, tersenyum saya membaca komen Nora. Beliau tegaskan, beliau adalah home-baker, jadi bekerja dari rumahlah, bukan? Andai membuka kedai atau cafe, sudah tentu tidak relevan lagi perkataan home-baker, betul ke tidak? Faham ke tidak? :). Apa-apa jelah Nora kan, manusia ini kadang-kadang hanya teringin bercakap dan bercakap. Selepas bercakap baru berfikir. Hah! Sepatutnya fikir dahulu, baru cakap. Sudah terbalik pula konsep kita di malaysia ini (bukan semua ye, hanya segelintir yang kurang memahami the arts of connecting to other human beings, I guess!).

Hmm, apa-apa pun, saya harap catatan saya yang tidak seberapa ini dapat menyuntik semangat anda di luar sana. Kerana, andai kita ingin berjaya, berkawanlah dengan mereka yang berjaya. Kenapa? Kerana anda akan berasa 'terpaksa' menjadi berjaya seperti sahabat anda itu.

Jadi, jom keluar dari zon selesa kita, hadapi cabaran mendatang, walau apa pun ia. Ingat, jika ingin bercerita, ceritakan kisah kejayaan anda, bukan untuk menunjuk-nunjuk,tetapi untuk memberi inspirasi (niat kena betul ye!). Jangan biasakan bercerita hal atau masalah kita. Kerana apa? Kerana ia akan memburukkan lagi kedaaan. Andai onak dan badai menyapa diri, bermuhasabahlah, kita semua tidak sempurna. Biasakan fokus kepada penyelesaian, bukan fokus kepada masalah.

Arigato gozaimas Nora kerana memberi keizinan untuk saya menulis cerita beliau.

Sekian, jom positif!

Wassalam.











No comments:

Post a Comment