Monday, March 23, 2015

Boleh iklan?

Teks: Rozanah Zakaria

Salam semua. Boleh saya iklan? Saya memang minat menjual. Apa sahaja yang boleh jadi duit dan tambah pendapatan (asalkan halal), saya pasti kalut hendak jual. Haha.

Ini kisah saya, bukan hendak menjual pun, iklan je sebab yang jual benda ini, adik saya. Hidayah namanya atau nama gelaran Hidayah Alfidawi. Khabarnya dapat nama ini semasa adik saya giat menulis di Universiti Al-Azhar dulu. 😊

Apa pun, saya sebenarnya hendak bercerita tentang seterika 'magic'. Haha. Ada ke? Eh! Mestilah, sebab itu saya bercerita. 😊. Seterika ini keluaran Philips, dijual oleh Amway. Hmm, saya sebenarnya bukan hendak beli sangat, mahal harga dia! Betul, memang mahal! Yelah, saya beli pun sebab boleh bayar 4 kali. Hehe.

Biasanya saya sukar dipengaruhi. Saya tidak akan mudah untuk saja-saja membeli benda yang saya rasa tidak perlu. Yela, cita-cita saya hendak bersara awal bukan? Jadi kenalah berhemah berbelanja, disamping mencari peluang untuk pendapatan tambahan! 🙋

Ha, macam mana boleh beli? Sebabnya kawan-kawan di tempat kerja bercerita hal seterika ini yang sangat memudahkan hidup mereka, sejak beberapa tahun lepas. Ketika itu, saya sungguh-sungguh tidak faham, 'kenapalah mereka ini sanggup membazir duit beli seterika mahal-mahal, ish, sayang duit lah'. Itu monolog dalam diri saya.

Akhirnya saya beli! Haha, itu pun setelah berpuluh-puluh (atau mungkin beratus-ratus) kali saya mendengar komen yang sangat memberangsangkan berkenaan seterika ajaib ini. Memang ajaib sungguh! Tidak perlu alih pakaian (kecuali fabrik tebal seperti seluar-seluar Dockers suami saya) ketika menyeterika. Sangat cepat, hanya sekali gosok atas pakaian.

Hendak dengar lagi? Yang sangat mengujakan, suami saya yang tidak suka seterika baju (saya juga, tapi sudah terpaksa, apa hendak buat, hehe), tawarkan diri untuk seterika baju sendiri, termasuk baju kerja saya dan baju sekolah anak saya! Wah, tidak dapat saya gambarkan kegembiraan! Encik suami yang tidak suka seterika, kini berubah 360 darjah! Saya masih teruja hingga kini, walau penat baru habis kelas tuisyen tingkatan 5 saya di sekolah.

Okey, jadi anda sudah pernah guna seterika Philips ini? Atau ingin mencuba? Percayalah, apabila saya menggunakannya, kini baru saya faham kenapa kawan-kawan saya sanggup keluarkan duit untuk seterika yang mahal ini! 😊. Ya, kini saya faham, kerana saya sudah menjadi salah seorang daripada mereka.

Kini, kerja menyeterika sangat cepat. Jadi, saya ada lebih banyak masa untuk berehat di rumah, mahupun menemani anak menyiapkan kerja sekolah.

Saya sudah. Anda bila lagi? Hubungi adik saya Hidayah jika anda berminat dengan seterika ini (boleh juga terus jadi ahli dan dapat harga istimewa lagi!). Hubungi 019-569 6189 untuk keterangan lanjut! Selamat menempuhi hidup yang lebih berkualiti dengan seterika stim ajaib oleh Amway! Eh! Macam hendak menjual pula. Hehe. Bukan hendak jual, betul, tak tipu, saya cerita je!🙋

Wassalam.

No comments:

Post a Comment