Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Anda pernah dengar tentang kontrak latihan? Jujur saya katakan inilah kali pertama sejak hampir sepuluh tahun dalam dunia pendidikan, saya dengar istilah ini. Haha. Kedengaran kelakar. Tapi apabila saya melihat contog yang diberikan kepada saya, saya tersenyum. Ini rupanya. Kalau sebegini, sudah lama saya praktikkan untuk kelas-kelas yang saya ajar selama ini. Tapi saya namakan ia Course Outline.
Seprti contoh di atas. Itu adalah apa yang saya beri pada para pelajar saya pada awal setiap bulan. jadi sewaktu ketiadaan saya kerana berkursus atau bertugas di luar sekolah, para pelajar kelas-kelas saya sudah tahu apa yang perlu mereka lakukan. Sudah tentulah dengan bimbingan guru yang menggantikan kelas saya. Saya juga pastikan bahawa pelajar tahu di mana mereka boleh dapatkan bahan untuk latihan semasa ketiadaan saya. Ketua tingkatan atau wakilnya akan bertanggungjawab memastikan semua pelajar di kelas tersebut melangsaikan tugasan yang diamanahkan.
Rentetan jadual yang saya buat ini, saya dapati ia amat memudahkan saya merancang proses pengajaran saya sebulan sekali. Jadi, jika ada apa-apa yang perlu saya sediakan lebih awal, saya sudah tahu kerana ianya telah dirancang awal. Begitu juga pelajar saya. Mereka sudah tahu apa yang bakal dipelajari 4 minggu berikutnya. Jadi mereka boleh mengambil inisiatif membaca teks atau bahan yang akan diajar sebelum kelas diadakan. Setakat ini saya gembira dengan maklumbalas daripada pelajar berkaitan Course Outline ini.
Saya juga menyediakan sebuah buku latihan untuk caatatan saya bagi setiap kelas. Jadi, saya tidak akan tertinggal atau 'hilang' apa yang telah saya ajar kepada pelajar. Setiap kali selepas kelas, saya akan tulis dengan perperinci tentang aktiviti yang akan dilakukan pada kelas seterusnya dalam buku ini. Cara ini amat memudahkan saya yang selalu lupa apa yang saya telah ajar di kelas. :)
Setakat ini. Guru-guru semua, jom buat kontrak latihan!
No comments:
Post a Comment