Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria
Anda guru? Bagaimana pengalaman kali pertama anda masuk ke kelas? Apa yang pertama sekali anda lakukan? Terus mengajar atau pastikan semua pelajar ada di dala kelas? Jom lihat tips-tips pengurusan bilik darjah yang berkesan, terutama bagi adik-adik yang baru atau bakal bergelar guru, terutama di sekolah menengah seperti saya:
1) Riak wajah
Riak bersahaja. Simpan senyuman untuk hari-hari berikutnya.
2) Bilangan pelajar
Bersedia dengan senarai nama pelajar kelas berkenaan. Ambil masa kira jumlah pelajar. Jika ada yang hadir tetapi tiada di kelas, pastikan nama mereka dicatat di Buku Pemantauan Kelas.
3) Kebersihan
Pastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum mula mengajar. Pastikan pelajar bertugas melaksanakan tugas kebersihan pada hari tersebut.
4) Peraturan
Tentukan peraturan yang anda mahu pelajar patuhi semasa kelas anda. Jangan sesekali anda 'break the rules'. Bagaimana anda bertindak di kelas, biasanya akan menentukan tingkahlaku pembelajaran pelajar anda.
5) Buku Latihan
Kembalikan buku latihan pada hari berikutnya. Atau, secepat yang mungkin. Pematuhan kepada amalan ini juga menentukan bagaimana pelajar anda bereaksi untuk menyiapkan setiap tugasan diberi.
Pengurusan bilik darjah berkesan bakal menyumbang kepada pengajaran yang berkesan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment