Teks: Rozanah Zakaria
Salam pagi Isnin.
Hari ini secara rasmi saya mula berkursus. Sebetulnya malam tadi jam 8.15 kami sudah mula dengan sesi 'pemanas badan'. Pengenalan kepada konsep TFM. TFM bermaksud Teach For Malaysia. Saya adalah mentor di sekolah saya. Nama felo saya adalah Mardhiah Nor Hashim Shah. Setakat sebulan lebih kami berkenalan, belum banyak yang dapat dikongsikan kerana kekangan masa saya sebenarnya yang selalu pack dengan kelas.
Agak teruja juga saya dengan konsep ini. Apa yang saya faham, TFM ini ditubuhkan dengan inisiatif membantu dalam bidang pendidikan. Secara khususnya di peringkat sekolah. Para fellows ini adalah graduates samaada dalam atau luar negara yang sukarela menawarkan diri untuk membantu di mana yang perlu.
Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), felo-felo ini ditempatkan di sekolah atas tiket kontrak. Kiranya mereka dalam probation atau pemerhatian selama dua tahun.
Setakat ini, setakat pengenalan kursus ini serta edaran yang saya terima, saya perlu menyediakan sebuah buku log selepas ini. Buku log berkenaan adalah untuk mencatatkan pertemuan serta perbincangan kami dari semasa ke semasa.
Kini, jam DKNY hitam di tangan menunjukkan waktu 8.38 pagi. Kami masih menunggu slot pertama pagi ini bermula. Saya berharap saya dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dibawa balik ke sekolah Rabu ini.
Walau mata agak layu kerana tidur jam 2.30 pagi tadi dek bercerita panjang tentang travel-round-the-world dengan roommate saya, kak Tipah, saya percaya semangat saya bakal mengatasi rasa mengantuk itu. Caiyok!
Sekian. All the best untuk saya hari ini.😊
No comments:
Post a Comment