Itu janji Allah dalam al-Quran. Petang yg hening semalam, aku mendapat khabar lara, perginya seorang pemurah dari muka bumi ini. Norzahiyah Nordin. Nama insan mulia itu. Isteri kepada sepupuku Azhar, atau kami panggil At, seorang yang asing pada asalnya, masuk ke dalam keluarga kami lantas menjadi kesukaan semua orang. Pandai membawa diri, akhlak yang terpuji, merendah diri serta suka bersedekah.
Sepanjang hidup arwah sekitar 30 tahun, terlalu banyak sifattnya yang mulia jika hendak dihitung. Hanya beberaoa tahun berkahwin dengan sepupuku, kami sudah merasakan seolah-olah telah lama berkenalan dengannya. Kehidupan mereka bukanlah semewah orang lain, namum sifat pemurahnya amat menyerlah. Padanlah Allah membalas sepupuku serta isterinya ini rezeki yang tidak putus-putus. Maha suci Allah.
Melihat Ziah, setiap orang akan sedar bahawa untuk memberi serta menjadi pemurah, bukan perlu tunggu menjadi seorang jutawann. Betapa sedikit masanya dengan kami, betapa banyak peninggalannya yang bakal menjadi penyuluh bekalannya di sana. Amin.
Semoga aku mengambil iktibar dari kisah hidupmu adik Ziah. Sesungguhnya betapa Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana, meminjamkan engkau kepada kami walau seketika, demi untuk kami mengambil iktiibar dari kebaikanmu yang amat tulus tiada mengharapkan balasan.
Di subuh Jumaat yang berkat, tidak lama lagi engkau bakal 'dikirim' mengadap Penciptamu. Berbahagialah engkau di sana adikku, moga kami juga nanti akan menemui pengakhiran sebaikmu. Akna kutitipkan doa serta kusedekahkan pahala bacaan al-Quranku, moga Allah sentiasa merahmatimu disisiNya.
Allahurabbi. Aku tidak menahan airmata ini walau aku sedar engkau kini berada di tempat yang mulia disisi Tuhanmu. Amin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment