Saturday, March 21, 2015

"Excellent in English Writing"

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Rozanah Zakaria

Salam. Mahu pandai menulis Bahasa Inggeris? Catatan kali ini adalah mengenai satu cara yang saya telah lakukan semasa di universiti dahulu, untuk memahirkan diri menulis karangan Bahasa Inggeris.

Kaedah ini saya panggil 'Daily Journal'. Bagaimana ya? Okey, untuk bermula menulis, ikuti tip dibawah langkah demi langkah:

1) Beli satu buku catatan (pendek) setebal 80-100 muka surat.

2) Letak sasaran untuk menulis apa sahaja yang terlintas di kepala setiap hari. Pastikan setiap catatan mempunyai tajuk supaya penulisan anda berfokus.

3) Mulakan dengan catatan 1 muka sehari. Tulis semuanya dalam Bahasa Inggeris. Abaikan jika grammar anda berterabur sekali pun. Wajib sentiasa rujuk kamus untuk membantu menulis catatan. Kamus Longman Advanved Dictionary adalah yang sangat saya galakkan pelajar guna.

4) Konsisten menulis sehingga habis 1 buku tersebut.

5) Untuk pemeriksaan berkala, boleh minta pertolongan guru bahasa Inggeris untuk menyemak penulisan seminggu sekali.

6) Jika ada pembetulan bahasa, pastikan BACA SEMULA setiap pembetulan. Ambil masa untuk betulkan mana yang salah. Tulis semula versi yang betul.

7) Di akhir setiap bulan, cuba tulis sekurang-kurangnya 1 esei bahasa Inggeris tanpa merujuk kamus. Tulis dalam masa yang ditetapkan untuk menilai tahap penguasaan bahasa Inggeris anda. Minta guru anda menilai dengan memberi markah untuk naskhah tulisan anda.

In sha Allah, saya telah buat ini semasa belajar dahulu dan ianya telah terbukti. Alhamdulillah.

Semoga catatan ini bermanfaat untuk semua diluar sana.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment