Monday, February 2, 2015

Jom Bento?

Teks: Rozanah Zakaria
Foto: Carian Google

Persekolahan sudah bermula hampir sebulan. Terasa begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita terkapai-kapai. Namun, di sebalik kekalutan mengejar masa, jangan kita abaikan kebajikan anak yang sudah mula bersekolah.

Bagaimana anak anda ke sekolah sebulan ini? Bawa bekal atau tidak? Apa kata salah satu azam tahun baru kita ibu-ibu tahun ini, kita luangkan masa untuk menyediakan bekal anak. Anda pernaah dengar bento? Sudah bersedia dengan menu bekal anak anda? Apa kata kita cuba bento? Apa itu bento ya? Jom kita lihat!

Memetik Wikipedia, bento bermaksud (alih bahasa) "Bekal dari rumah yang menjadi kebiasaan di Jepun" (Bento (弁当 bentō?)[1] is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine"). 

Rupanya, di Jepun, sekolah mereka tidak ada kantin! Wah, satu fakta yang mengujakan untuk saya lebih dalami negeri matahari terbit ini! Anda kira bagaimana anak-anak mereka makan sewaktu rehat? Ya, mereka makan di kelas beramai-ramai bersama guru mereka. Di Jepun juga, mereka ada pakar pemakanan sendiri bagi setiap sekolah. Jadi tidak hairanlah kenapa orang Jepun bijak-bijak belaka kebanyakannya. Kenapa? Bukankah ada pepatah yang menyatakan, "Kita adalah apa yang kita makan". Jadi, apa rakyat Malaysia (terutama orang Islam) patut makan? Bukankah kita sudah diberikan panduan pemakanan sunnah? Nah, ikut sajalah!

Berikut adalah contoh-contoh bento  diambil dari http://justbento.com/:




Menu yang ingin kita buat tidak semestinya yang susah atau makanan berat. Yang penting, ikut minat anak anda supaya bento menjadi satu kegemaran. Yang paling penting, anak anda dapat menikmati makanan
yang terjamin kebersihan serta berkhasiat. Moga ia membantu mereka daalam pembelajaran di sekolah. Jom berbento ibu-ibu!


Sekian. Selamat tahun baru 2015!


No comments:

Post a Comment